Perbezaan perbualan Antara Anak dengan Emak dan Ayah
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua.
**Amik kau sekali dapat tajuk panjang menjelar.
Orang kata, komunikasi antara anak dan ibubapa adalah satu pembelajaran yang akan merapatkan lagi hubungan antara anak dengan ibubapa. Mana dapat option ni tak tahulah. Tapi, kite kene akuilah, jika komunikasi antara anak-anak dengan ibubapa hambar, woo masalah besar tu.
Tapi tak semua perbualan akan sentiasa sama antara anak dengan emak dan antara anak dengan ayah. Mesti lain-lain. Mungkin ada yang lebih gemar bercerita masalah dengan emak dan tak berapa gemar bercerita masalah dengan ayah. Ada pulak tu, lebih suka bergosip liar dengan emak tapi lebih bosan bercerita pasal hobi dengan ayah. Macam tu.
Macam saya pun sama, ada perkara tertentu saya akan bagi tahu dengan ayah, baru bagi tahu dengan emak. Dan ada juga, saya akan inform awal dengan emak, baru inform dekat ayah.
So, ayah lebih tertumpu dengan apa yang dia ingin sampaikan berbanding dengan emak yang akan tanya macam-macam dan saya pun akan cerita macam-macam. Tapi, jika cerita dah habis, emak tak akan tanya balik "Nak cakap dengan ayah ke? " Tak ada maknanya. Tapi dia akan cakap:
"Oklah, tak ada cerita dah ni. Nanti telefon lagi."
Hahahaha, susah nak dengar woitt, melainkan mak akan cakap :
"Along cakap sendiri dengan ayah. Terangkan kat ayah."
Haa! Ini jika ada kes terpencil.
Kedua, jika saya teringin nak masak sesuatu dekat rumah ni, automatik saya akan call emak saya. Saya akan tanya emak, cara-cara nak masak. Kau tahu, mana ada mak saya ajar memasak duduk sebelah-menyebelah. Masa kecik-kecik dulu, saya suka tengok mak saya masak. Bila dah besar, dari penglihatan tulah saya masak sendiri. Kalau lupa bahan, terus call mak. Sampaikan adik dah boleh hidu dan cakap :
"Nak cakap gan mak tu, nak mintak resepi lah tu."
Wahahaha!!!! Munjur tanya kan. Tapi, takkan nak tanya ayah kot tentang cara masak asam pedas. Dibuatnya ayah bagi resepi lain. Memang taklah. Tapi ayah saya masak sayur kailan goreng sangat sedap. Bila dapat masak, mak pun akan buat-buat muka cebik:
"Yelah, ayah masak sedap." Alahai mak, nak tarik muka pun, simpanlah senyum tu. Hihihi....
Ketiga. Jika saya ada masalah, saya akan terus cari ayah saya dulu. Woooo! Bahaya cari emak dulu. Kami kenal mak kami macam mana. Kami kenal ayah kami macam mana. Berkaitan dengan masalah ke apa ke, better terus cerita dengan Ayah. Lepas dah setel, baru cerita dekat mak.
Pernah sekali, saya nak minta izin dengan ayah saya tentang en. tunang saya. Saya tak cakap dengan emak saya dulu. Saya bagi tahu dengan ayah, than ayah akan cerita dekat emak. Fuhhh!!!! berpeluh kot menunggu pandangan dan keizinan daripada emak dan ayah saya tentang en tunang saya. Masa tu, awal lagi. Alhamdulillah, semua setel. Kini, en tunang menjadi kawan ayah saya. hahahahaha
Kalau ikutkan, banyak lagi. Tapi, Ini adalah paling ketara sekali. So, korang pun mesti macam tu kan. Oklah, jumpa lagi di entry akan datang.
4 comments
Ana akan cakap dgn mak bile ade urusan prmpuan2 je. Kalau dgn arwah ayah dlu, sebab nak ngendeng duit poket. Hahaha..
ReplyDeletekalau mak dengan ayah sama mesti bosan :)
ReplyDeletesalam. sy semua akan cakap dengan mak..ayah dah takda ..
ReplyDeletesaya tak pernah cakap fon dgn ayah.. sebab ayah meninggal masa zaman telefon pon tak de lagi kat rumah.. telefon bimbit lagiii la tak de..
ReplyDelete