Sotong Masak Lada Hitam
Bismillahirrahmannirrahim. Assalamualaikum semua.
Happy Sunday!!!!! Bagi yang bekerja, selamat bekerja. Bagi yang cuti, selamat bercuti, macam saya. :) .. Bestnya dapat rehat kat rumah. Syokk wo!!! Tapi Bulan ni penuh dengan aktiviti. Jadi, hari ini kita habiskan cuti kita dengan rehat, kemas rumah dan masak. Masak????
Makanan lagi. Bila tinggal sorang-sorang kat rumah, tak tahu nak makan apa. Aiyoyoyo, Buka peti sejuk, tengok di bahagian freeze, apa yang ada. Sotong!!!! Tapi nak masak apa yek? Duk fikir lagi tadi kat rumah, lepas siap basuh baju, kemas rumah baru kita masak.
Tetibe terlintas nak buat sotong masak lada hitam versi Erna. Boleh tak? Boleh ajakan. Ini first time buat sotong masak lada hitam. *Alahai senang je Cik Erna oit*...Alaa, nak masak jugak. Mai sini, saya kongsi resepi yang tak seberapa ni.
Sotong Masak Lada Hitam |
Bahan-bahan :
1. Sotong sederhana besar (buang dalamnya, bersihkan dan dipotong bulat). Saya guna 4 ekor sotong.
2. Bawang merah yang telah dikisar (Nak hiris mayang pun boleh).
3. Bawang putih yang dikisar (Nak hiris pun boleh)
4. Halia yang diketuk.
5. 3 biji cili padi.
6. 2 sudu besar sos tiram.
7. 2 sudu kicap manis.
8. Sedikit serbuk lada hitam.
9. Garam
10. Minyak
Cara-cara :
- Panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan cili sehingga naik bau.
- Masukan sos tiram, kicap dan masukkan sotong. Kacau rata.
- Bila sotong sudah bertukar warna/ masak, masukkan serbuk lada hitam dan garam secukup rasa.
- Kacau sikit2 dan siap. Bolehlah dihidangkan.
7 comments
tak pernah try lagi resipi ni.boleh lah buat lepas ni :)
ReplyDeleteSelera sungguh kalau masak sendiri pastu menjadi kan? Huhu
ReplyDeleteokey la.. harini nak masak sotong masak lada hitam la... hihhihi
ReplyDeletenyum3....sdapnyer..... jln2 sni yer along...hihi :-)
ReplyDeletewah..boleh cuba ni...anda ditag http://aspireangel.blogspot.com/2014/06/ga-by-farahdeena-fisal.html
ReplyDeletesedapnya... sotong tengah tunggu turn kat dalam peti ais tu... hehe
ReplyDeletenampak sedap...kena try gak ni
ReplyDelete