Apabila Makan Seorang Diri?

Bismillahirrahmannirrahim. Assalamualaikum semua.

**** Geram tahap ciput dengan kesilapan sendiri. Alahai, diingatkan, ini entry haa kene taip semula sebab ter'paste' dengan entry selepasnya. Penat tak penat, kene taip semula. Ayat konfem hilang. Bayang-bayang je yang tinggal.


Wah!!!!!! Jumaat sudah. Lesu badan ni bila tengok kerja berterabu di atas meja. Tambah pulak, bos datang!! Come on Erna. Jangan lembik sangat teruskan perjuangan mu (ecececeh.....mata kuyup still lagi bersemangat). Itu hanya sementara, lepas tu hilang semangat tu. Bila bos nak balik pun tak tahu.

Cepatlah pukul 12.30. Memandangkan hari ini hari Jumaat, saya rehat lama sikit daripada hari biasa iaitu 1 jam setengah. Wooo!!! Tak tahan dah ni. Tepat je jam menunjukkan 12.30 tengah hari, terus capai kunci kereta, dompet dan handphone. Pastu pergi puch card (laaa...masih guna puch card. Orang lain asyik dok scan card je...Company kaya katakan. Nak berjimat. Hahahaha)...

Kepala duk pusing nak makan ke mana. Hati redha je ni. Ikut tuntutan hati. Last-last, saya bawak kereta sampai ke AEON. Kata ikut tuntutan hati. Tapi, masuk je ke dalam AEON, terus blur nak makan apa pulak (pe kejadah Erna ni. Makan pun susah ke? Hahahaha)..Lastly teringat, seorang staf saya suka makan Bi hoon Tomyam kat Johnny's. Tengok cara dia makan, nampak sedap. So, saya pun menghala ke Johnny's (kelas ko erna...sekali sekali. Almaklumlah, makan sorang-sorang je).


Memandangkan kita makan sorang, pelayan pun letak sebatang sudu, sebatang garpu dan sehelai tisu. Alahai, malangnya nasib tapi ada aku kisah.... hahahaha

Saya oder Value Rice/Noodles Set. Yang atas sekali. Dlam set tu, mereka hidangkan 4 jenis item. Memandangkan, saya nak mencuba Bi Hoon Tomyam, tu yang saya pilih tomyam di kalangan 15 menu yang dia orang tetapkan.

Thai Tea yang rasa macam air pandan. Hahahaha..tawar pun ada. Ada yang tak suka manis, boleh amik ni. Lagi pun, murah je Thai tea ni. Tak silaplah.

Aiskrim vanilla. Saya minta dia orang hantar awal. Tekak terasa panas. Dapat ngap aiskrim memang best.

Haaaaa! nilah Bi Hoon Tomyam tu. Siap ada tomyam kosong lagi. Apa kes!!!! Ala, kata menu set. Termasuklah tu. Lagipun, kalau korang pilih nasi, kan dah boleh buat kuah. Tak lah kering memanjang. Banyak tapi portion terlalu sikit. Ada 2 ketul udang sederhana, crab cake 2 ketul dan secubit sayur. Hahahahaha

Nilah sup tomyam kosong. Sebenarnya, ada isi dalamnya. Cendawan butang dalam 2 atau 3 ketul tetapi dibelah dua dan ayam yang di potong dadu kecik.

Harga set pun bolehlah, RM8.90 untuk seorang. Ini belom masuk tax segala bagai tu yek. Lagipun, makan tempat macam ni memang tak lari daripada tax segala bagai. 

Oklah, sampai sini saja. Jumpa lagi. Kan dah cakap, ayat ni lain dari yang lain. Tapi nampak cool je. 

Oklah, sampai si je.






Tags:

Share:

2 comments

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^