Kad Undangan Perkahwinan Design Pertama

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua.

Sebelum ini, saya ada menolong seorang akak senior saya masa zaman sekolah dulu, Kak Faizah@kak Faiz. Kak Faiz minta tolong design kad kahwin untuk adik ipar dia. Saya pun apa lagi, terima jelah. Saya tolong selagi mana saya boleh tolong. Bermula dari sinilah saya membina satu nama baru dalam career saya iaitu ERFAy' ART WOLRD (angan-angan bakal menjadi nyata.. InsyaAllah). Best tak!!!..hahahahaha


ERFAy' ART WORLD in the house. Design in Adobe Illustrator mode.
Kemudian saya senaraikan apa yang kak Faiz inginkan pada design kad kahwin tu. Bagi saya, perkara paling penting dalam sebuah design itu adalah keinginan individu/pelangan tersebut. Warna design, rekebentuk macam mana, latar belakang, tema dan maklumat-maklumat yang perlu ada dalam design. Saya mula bertanya kak Faiz bagaikan seorang pengintip yang berkaliber. Semua benda saya tanya dengan kak Faiz. What she needs and what she wants.

Setelah mendapat semua maklumat tu, saya mula merangka draftnya. Memandangkan warna tema adalah ungu, design adalah bebas dan saiz pun ikut suka hati, saya rasa lagi senang nak draft!!


Nampak tak lukisan atas laptop saya tu? That one is my draft. Senang nak faham, lakaran yang perlu dilakukan sebelum saya design dalam laptop. My precious shiba.
Saya buat lakaran tu menggunakan tangan dan marker pen je. Lepas tu baru berhempas pulas lukis dalam komputer pula. Banyak kerja! Emm..tak rasa pun banyak kerja, sebab saya suka!!


Hasil design dalam laptop tanpa warna.

Setelah melakar, barulah sesi mewarna. Saya menyediakan pelbagai option supaya kak faiz senang nak pilih. Janji warna ungu. Tema adalah tema, jadi ungu tetap diutamakan. Saiz kad undagan kahwin ialah 166mm x 90mm Jom kita scroll!!

1. Pilihan pertama:


Muka depan
Muka belakang
2. Pilihan kedua.


Muka depan
Muka belakang
3. Pilihan ketiga.


Muka depan
Muka belakang
Memandangkan kak Faiz hanya black and white printed dalam kertas warna ungu, Kak Faiz memilih pilihan pertama. Kak faiz tetap berpuas hati. Perasaan saya? Lagilah Puas hati apabila orang gembira dengan hasil kita. Yeaaa!!!! Yang penting idea background adalah idea saya menggunakan tema kak Faiz.

Gambar yang dihantar oleh kak Faiz. Hasil black and white printed. Masih cantik. -Muka depan
Muka belakang (tak beberapa jelas tapi masih nampak design saya kan?)
Korang dah ada idea sendiri tetapi tak tahu nak buat? Nak saya buatkan untuk korang? Boleh aja. Korang boleh email ke nurernahazwani@gmail.com atau pm ke facebook saya di SINI. InsyaAllah, saya sudi buatkan untuk korang.



Terima kasih membaca! Jumpa lagi di lain design. :)

Share:

3 comments

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^