KENALI ADOBE FLASH!

Assalamualaikum w.b.t




Kali ini, saya ingin berkongsi serba sedikit mengenai beberapa penggunaan perisian. Sebagai permulaan, mari kita kenali Adobe Flash. Adobe Flash? Ya, Adobe Flash. Tahu tak apa itu Adobe Flash. 

Adobe Flash adalah satu perisian yang digunakan untuk menghasilkan objek yang bergerak ataupun sebuah animasi. Ye ke? Betul. Malahan, Adobe Flash juga boleh menghasilkan satu aplikasi seperti pembelajaran interactive. Malah, saya juga membangunkan satu aplikasi kamus mandarin menggunakan Adobe Flash. Mengapa? Tidak percaya. Sila KLIK SINI.

Nak lukis anime ke doodle ke kartun muslimah ke cibi yang comel ke, boleh je menggunakan Adobe Flash. Lagi senang. Mudah.

Sebelum menggunakan perisian ini, kita perlu mengenali beberapa elemen utama yang terkandung di dalam perisian ini. Ada 3 elemen asas antaranya stage, timeline dan toolbar.


Antaramuka Adobe Flash

1.  STAGE

Setiap perisian yang menghasilkan design, perlu ada stage atau pentas. Senang kata, apa-apa sahaja yang kita ingin melukis atau menghasilkan satu gerakan, kita memerlukan stage. Di tengah-tengah stage terdapat segiempat. Itulah tempat untuk membuat design. Kemudian, jika kita rasa nak viewsize stage yang lebih besar, kita hanya perlu laraskan di bahagian atas yang ada petak tertera 100%. Di situ, kita boleh zoom-in atau zoom-out dengan menyelaraskan peratusnya. Mudahkan!!!


2.  TIMELINE

Untuk pengetahuan kawa-kawan, perkara paling utama yang membezakan antara Adobe Photoshop dan Adobe Flash adalah timeline. Apa itu timeline? Timeline ini adalah tempat untuk menentukan bagamana aplikasi itu berungsi. Pendek kata, untuk menghasilkan sesuatu objek yang bergerak, kita perlu guna timeline. Macam masa. Boleh buat animasi lah macam tu? ya, nak animasi macam naruto pun boleh kita hasilkan. Best tau!!!


3.  TOOLBAR

Sama seperti di dalam Adobe Photoshop, beberapa tool's atau peralatan yang digunakan dalam menghasilkan aplikasi mahupun animasi. Banyak tool yang boleh digunakan seperti Selective tool,Free transform tool,paint bucket tool, paint tool, line tool dan sebagainya. Kebiasannya, dalam menghasilkan doodle ataupun kartun, saya menggunakan line tool, oval tool selective tool dan rectangular tool. Kemudian, kawan-kawan boleh ubah atau adjusting the tool's yang kita pilih di bahagian properties bersebelahan toolbar. Sebagai contoh, ketika kita memilih paint bucket tool, kita perlu melihat properties untuk menentukan warna yang kita ingin gunakan. Nah!! Tidak susahkan.


Selepas kawan-kawan dah kenal serba sedikit mengenai Adobe Flash, kawan-kawan sudah boleh mula melakukan kreativiti. Orang tua-tua bilang, 'tak kenal maka tak cinta'. Tak gitu. Untuk tutorial seterusnya, saya akan tunjukkan bagaimana ingin menghasilkan cibi menggunakan Adobe Flash. Jumpa lagi!






Share:

2 comments

  1. Betul ke lebih senang? skrg ni duk try tool paint sai tuh... tak reti2 lagi nk lakar... hehehe~! thanks for the info... :)

    ReplyDelete
  2. betul.....esok saya akan ajar bagimana nak gunakannya.....

    ReplyDelete

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^