BANGKIT DARIPADA KEPAYAHAN

Assalamualaikum...

Bagaimana saya mulakan ye. Banyak kali saya ingin mulakan dengan mukadimah yang sesuai untuk posting ini. Tetapi hilang entah ke mana. Begitu jugalah kita, sering lalai dan lupa pada tanggungjawab kita, sampaikan hilang entah ke mana. Tidak susah untuk mulakan mukadimah. Cukup sekadar memberi salam dan bertanya khabar. Mudah bukan. Tetapi perkara itu jugalah susah untuk dilakukan.

Kerdil sangat diri ini bila melihat nenek ku yang sudah dimamah usia masih lagi gah meneruskan kerja-kerja rumah walaupun seorang diri. Tanpa ditemani anak-anak yang sudah berkeluarga, tetapi cekal menjalankan rutin harian. Siapa yang dimaksudkan? Tok yah saya. Tok yah? Tok yah adalah nenek sebelah ayah saya. Kami tidak panggil nenek tetapi panggil tok yah. Mudah juga saya, adik-adik saya dan sepupu sepapat saya membezakan panggilan nenek .


Tok yah tetap kuat walaupun sudah dimamah usia, penyakit pun sudah menjadi nadi dalam diri tok yah tetapi tetap bersemangat melakukan kerja.

"Tok ni degil wa. Kalau tok tak degil semangat tok tak kuat. Tak dapatlah tok  buat kerja rumah."

Memang saya akui, tok yah saya sangat degil orangnya. Puas ayah saya, mak saya, pakcik-pakcik dan makcik-makcik saya nasihat supaya berhenti buat kerja rumah. Nanti makan diri. Tidak ada maknanya. Nasihat tetap tidak jalan. Malah makin buat kerja adalah. Sampaikan pak ngah, adik ayah merajuk selama seminggu. Tetap tidak jalan.

Saya faham perasaan anak-anak yang tidak mahu emaknya sakit. Sebab saya pun seorang anak. Saya sendiri tidak mahu emak saya sakit. Saya masih ingat lagi, bagaimana takutnya saya bila semput emak saya datang mengejut. 

Alhamdulillah.

Sekarang kembali pulih sedia kala.  Inikan pula tok yah yang sudah dimamah usia. Tetapi, si ibu pula tidak mahu menyusahkan anak-anaknya. 

"Jika tok rasa mampu kemas, tok kemas tapi buat mana yang patut je ye. Jika perlukan pertolongan, cucu-cucu tok kan ramai. Telefon je kami."

Apa lagi yang mampu saya  katakan. Cukup sekadar peringatan dari segi pertolongan sahaja. Tetapi saya fikir, kemana kudratnya orang muda zaman sekarang. Kerja sedikit, sudah mengeluh. Sakit sedikit, sudah jadi malas. Malah dijadikan alasan untuk mengelak daripada melakukan pekerjaan. Malunyakan. Betul, betul, betul...

Sebab itu, apabila si lembut anai-anai menyerang rumah, saya membuka seribu langkah untuk membantu ibubapa saya mengemas rumah. Berkepul-kepul sarang anai-anai. Geli ke? Geli lah. Tak payah nak geli-geli. Sepatutnya malu dengan anai-anai tu. Almari tu punyalah besar,  boleh rosak teruk dek anai-anai yang comel lote tu. Comel ?  Awak jangan risau, badan saya tetap teguh ketika membantu mengemas bilik tu yek. Senyum....:-)

Alhamdulillah.

Kehadiran anai-anai membuka mata saya bahawa, sedikit kejahatan boleh mendatangkan kemudaratan, sedikit pertolongan boleh meringankan beban dan sedikit mujahadah boleh melembutkan kekerasan. Memanglah menyusahkan anai-anai ni, tetapi kehadiran mereka menjadikan saya untuk tidak hanya duduk diam di rumah akibat demam biasa malah menjadikan saya bersemangat untuk menolong ibu bapa saya. Cekal untuk terus menjadi anak yang solehah. 

InsyaAllah.

Selepas kemas, suara saya hilang! Banyaklah suara hilang. Ada je, cumanya suara saya sudah jadi macam Ella. Ratu rock Malaysia tu. Tetapi tidak adalah sampai nak buat konsert pulak. Dalam rumah bolehla. Bila sakit ni timbul balik, mulalah terngidam nak makan ini, nak makan itu. Erk...bukan orang sakit tidak ada selera nak makan ke? Itu orang lain, saya lain. Selera makan sangat kuat.

Kawal nafsu tu. Masa nilah kawal nafsu. Didik nafsu makan tu dengan sehabis baik.

"Mak, jadi tak buat kek coklat?"


Kek coklat! Terliur sudah. Ya Allah, mengapakah nafsu tidak terdidik lagi? Silap kita dimana? Di hati kita? atau diminda kita? Bukan tidak boleh makan, makan jelah tetapi berpada-pada. Alhamdulillah, ikut sunah. erkkk...selama ini ada ke? Kantoi sudah. Peringatan untuk semua dan diri sendiri. Tetapi keperihatinan doktor saya di rumah, saya kian pulih. Makan jelah apa yang ingin dimakan tetapi sering diingatkan oleh doktor saya lebihkan sayur dan protein untuk kekuatan tubuh badan dan beri tenaga balik kepada badan. Syukur, Allah kurniaankan doktor yang mujarab kepada saya. Doktor mana? Emak saya lah. Mampukah saya jadi macam emak saya ye? 

InsyaAllah....


 Kek merekah selepas diangkat, tapi sedap....terima kasih mak
lepas ni, saya pula mencubanya...









Share:

0 comments

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^