BELAJAR

Assalamualaikum w.b.t

Belajar. Ya, saya masih belajar. Semua orang masih belajar. Nenek tua pun belajar juga tau. Tidak kiralah, kita belajar di sekolah ke, universiti ke, di rumah ke, tempat kerja ke, di kebun ke, kita masih berlajar. Ilmu Allah luas, tersangatlah luas. Tidak tercapai akal kita untuk mengumpul semuanya. Tetapi apakan daya, kita manusia. Terasa begitu mudah untuk kita melepaskan ilmu. Sedangkan ilmu itu sangat besar.

MasyaAllah,

Besar sangat nikmat yang Allah bagi. Ilmu yang Allah bagi pun besar sangat. Rasa bersyukur apabila saya masih lagi diberi peluang untuk mengapai ilmu Allah selagi mampu.

"Hassan, budak tu boleh buat keje?"

"Datuk, jangan risau. Budak tu boleh buat keje. Pengalaman boleh cari, yang penting dia nak belajar dan kerja dengan baik."

Ketika kita menempuh alam pekerjaan, kita masih berada dalam sesi pembelajaran. Belajar lagi! La, kenapa tak mahu belajar ke? Belajarlah selagi boleh belajar. Penoreh getah pun kene belajar bagaimana nak menoreh dan pokok yang bagaimana boleh hasilkan getah yang baik. Bukan setakat pergi sekolah, duduk dalam kelas, tunggu cikgu masuk, buka buku, cikgu mengajar, loceng sekolah bunyi, balik rumah.

Padahal, kita mula belajar ketika kita masih bayi lagi. Perkataan pertama yang muncul di mulut kita adalah 'ibu @ emak @ mama @ umi' dikuti 'ayah@abah@papa@abi'. Mengapa kita boleh sebut perkatan tu? Sedangkan ketika itu kita masih kecil lagi kan.

Ketika saya melakukan satu kesilapan ketika saya mula-mula masuk kerja, Ya Allah...hanya Allah sahaja yang tahu perasaan saya. Tapi, ianya dalam proses pembelajaran. Saya belajar sedikit demi sedit berkaitan dengan kerja saya. Sambil meminta Allah melancarkan segala urusan saya, saya akan lakukannya dengan keikhlasan hati kerana Allah.

Alhamdulillah..

Semua kembali sedia kala. Kita dituntut untuk menuntut ilmu tidak kira dimana sahaja. Menuntut ilmu itukan sunat mua'kat. MasyaAllah, rugi bagi mereka yang lari daripada belajar. Mudah-mudahan kita akan terus mencari ilmu Allah walaupun ianya hanya sebesar zarah.

"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran siang dan malam, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring, mengiring, dan mereka pula memikirkan kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan semua ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka."
(Surah Ali Imran :190-191) 





Share:

0 comments

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^