Sakit Itu Bahagia

Assalamualaikum......

Kebiasaanya, hari saya akan bermula dengan senyuman. Hari ini, senyum ke? Of courselah senyum. Tetapi kurang sikit. Melayan pak cik yang tiba-tiba hadir tanpa diundang. Mungkin pak cik ni rindu dekat saya. Sebab itu Allah izinkan pak cik ni jengah seketika. Nak atau tidak saya perlulah menerima kehadirannya dengan penuh keikhlasan. Ikhlas ke? Mestilah.

Nanti dulu..siapakah gerangan yang di panggil pak cik tu? Opss..lupa nak perkenalkan pak cik tu. Pak cik tu adalah DEMAM...hehehehe...Sakit. Sesiapa sahaja boleh sakit. Orang sedang berlari pun boleh sakit. Orang yang sedang masak pun boleh sakit. Tetapi bagaimana kita untuk menghadapi sakit tersebut. Tidak kiralah besar atau kecil, sakit tetap sakit.

Hari ini, badan tetiba meminta untuk dimanja. Untuk dibelai dengan penuh kasih sayang. Selama ini tak dibelai ke? uhuk...kan sudah batuk. Ye, saya lupa kepada badan saya. Badan saya ini adalah pinjaman daripada Allah. Sebab itulah badan ini merengek untuk dibelai. Makanya, saya pun membelai dengan sepenuh jiwa dan raga saya. jeng-jeng.....jangan ada yang jeles pulak yek...

Allah menitipkan sedikit kesakitan untuk saya. Mengeluh ke? Buat apa saya nak mengeluh. Sepatutnya, Alhamdulillah. Berterima kasih kepada Allah, sebab memberi satu hadiah yang begitu bermakna buat saya. Sakit satu hadiah? Mengapa? Tidak percaya ke?

Setiap apa yang Allah turunkan kepada kita pasti ada makna disebaliknya. Jika turunnya sakit demam kepada saya, maka saya yakin Allah meminta saya untuk lebih bermuhasabah, selain daripada membelai badan saya.

Ketika saya sakit yang tidak seberapa, dokor memang ramai. Ramai ke? Sekejap yek...saya kira sekejap....emm..1...2...3..4....hehehe..tak ramai pun....Tetapi salah seorang daripada doktor ini, sangatlah mujarab orangnya. Setiap waktu dia minta saya, jangan lupa makan ubat..pukul ni, makan ubat...lepas tu makan ubat ini pulak. Ubat lagi. Sedangkan hati saya meminta saya untuk bersemangat agar saya tidak sesekali menyusahkan doktar kesayangan saya.

Emak saya adalah doktor saya. Mohon ampun ye emak, along sedaya upaya untuk membantu emak menyelesaikan tugasan rumah. Untuk meringankan beban emak, tetapi apakan daya, apabila ubat sudah tiba ke perut mulalah mata menari-nari. Along tertidur. Emak pun meminta along tidur dibilik sambil meyelimuti badan. Maafkan Along ye mak.

Allah juga mengirimkan dia untuk mengurangkan kesakitan saya. Sakit sangat ke? tidaklah sakit manapun, tetapi dengan nasihat dia yang minta saya rehat dan makan ubat, cukup menyedapkan badan saya. Ubat lagi. Memang hari ini, hari ubat untuk saya. Alhamdulillah, sedikit sebanyak, ianya membantu saya untuk lebih bersemangat.

Sebab itulah sakit merupakan satu hadiah. Saya tidak pernah sekali menyesal atas hadiah ini. Dengan hadiah ini saya lebih bermuhasabah dengan dosa-dosa yang telah saya lakukan, muhasabah diri dengan setiap amalan saya, memanjakan diri saya, malah saya akan lebih cuba untuk mendekati diri saya kepada Allah, saya dapat memanjakan badan saya dan saya dibelai oleh orang yang saya sayang. Tetapi saya berharap sakit tidak perlulah lama kerana saya perlu bangkit untuk menjalani kehidupan saya sebagai hamba-Nya. Untuk melakukan Ibadah dan menjadi anak yang soleha. InsyaAllah. Jangan sesekali mengeluh dengan kesakitan yang dialaminya.







Share:

0 comments

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^