ALLAH S.W.T DI SISI KITA


Assalamualaikum w.b.t

Setiap perkara yang berlaku kepada diri kita ada hikmahnya. Hikmah itu datangnya juga daripada Allah. Perkara yang kita dijangka, sebenarnya berlaku atas dasar perincian dan perjalanan hidup kita. Pastinya, ianya ada kaitan rapat dengan diri kita. Allah jadikan perkara itu berlaku kerana Allah masih menyangi kita. Allah minta kita berlajar dengan perkara yang berlaku. Daripada itu, kita akan terus bermuhasabah diri dengan setiap tindakan yang kita lakukan.

"Macam mana pegawai tu suruh aku bayar balik? Tak ke banyak nak bayar balik."

"Tak pe , kau pergi dulu. Jangan fikir negatif. "

Kita tidak mampu untuk menjadikan sesuatu itu akan betul-betul terjadi mengikut keinginan kita. Malah, pemikiran kita juga tidak sama dengan apa yang Allah tentukan untuk kita. Allah Maha Berkuasa. Allah berhak mengatur sesuatu yang terbaik untuk kita. Kita je yang perlu memilih mana yang lebih baik.

Firman Allah swt : "Sesungguhnya perkataan Kami terhadap sesuatu apabila Kami menghendakinya, Kami hanya mengatakan kepadanya: "kun (jadilah)", maka jadilah ia." (An-Nahl : 40)

Jika kita mengharapkan sesuatu yang lebih baik, berdoalah kepada Allah. Allah Maha Mendengar. Allah mendengar segala rintihan dan luahan kita. Allah mendengar segala pengharapan kita. Allah tidak pernah meninggalkan kita. Melainkan kita yang alpa, lalai dan lupa dengan segala pertanggungjawaban yang telah diberikan.

Manusia sering kali lupa apa yang kita luahkan adalah satu doa. Dan adakalanya kita lupa bahawa setiap tindakan kita ada balasannya. Tindakan yang baik pastinya akan dibalas baik, tindakan yang kurang baik, pastinya akan dibalas dengan tidak baik. Tetapi balasan tidak baik bukannya Allah tidak sayang kepada kita. Setiap balasan ada hikmahnya. Jika kita sedar dengan kesilapan kita, pastinya Allah akan memberi peluang kepada kita untuk mengubah kepada yang lebih baik.

hadis riwayat Syuhaib r.a yang menyebut bahawa baginda bersabda:

“Sungguh menakjubkan perihal orang mukmin kerana semua perkara yang menimpanya adalah kebaikan dan perkara ini tidak berlaku melainkan hanya kepada orang yang beriman. Apabila dia diberi nikmat lalu disyukurinya maka jadilah nikmat itu sebagai kebaikan baginya. Sebaliknya apabila dia diuji dengan musibah, maka dia bersabar lalu menjadikan pula musibah itu sebagai kebaikan baginya.” - Hadis sahih riwayat Muslim no. 2999. 

Bersangka baiklah dengan Allah. Allah tidak akan sesekali menzalimi kita. Allah sentiasa memberi peluang kepada kita untuk lebih memperbaiki diri. Jangan kita menyangka bahawa Allah itu tidak adil. Setiap yang ditentukan itu adalah petanda bahawa Allah masih lagi berada disisi kita.

"Ya Allah, ku mohon kepada-Mu agar permudahkanlah segala urusan pada hari ini."

Tidak salah jika kita berdoa yang berulang-ulang tiap-tiap hari. Malah, semakin kita ulang, InsyaAllah kita akan merasainya. Berdoalah benda-benda yang baik-baik. Perkara yang boleh dibawa kepada kebaikan akan terus menjadi baik. Setelah Allah melancarkan segala urusan kita, bersyukurlah. Syukur itu perlu dalam semua nikmat dan kejadian yang diturunkan untuk kita. Tidak kira ianya suatu nikmat ataupun musibah, syukur dalam hati itu perlu. Kita masih diberi ruang untuk bernafas agar kita dapat melakukan amal dan ibadah dengan lebih lama. Kumpul pahala tau!!!




Share:

0 comments

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^