KONVOKESYEN

Assalamualaikum w.b.t

3 Nov 2012 dan 4 NOv 2012, Majlis Konvokesyen UTHM kali ke-12 telah berlangsung dengan jayanya. Walaupun sudah hampir dua minggu majlis itu berlangsung, tapi kenangan itu masih terpahat di jiwa. Erkkkk...rasanya macam dah hilang je???@@@@

Alhamdulillah.

3 tahun setengah saya mencari ilmu di bumi UTHM yang terletak di Parit Raja. Pahit, manis, masam, masin,suka dan duka, semuanya ada. Tidak terhitung dijari pendek ini. Pendek ke jari ini? Pendek, pendek, pendek(nada ipin). Macam-maca saya berlajar. Macam-macam saya bina hubungan keluargaan dan macam-macam ilmu yang saya perolehi. Seronok. Sangat seronok!!!!!

KELAB KAUNSELING DAN KERJAYA
JAWATAN KUASA PELAJAR KOLEJ KEDIAMAN PEWIRA
FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
MULTIMEDIA GROUP
(terbaikkkkkkk!!!!!!!!!)

Balas Jasa.

Segulung ijazah saya sudah gengam. Niat dihati untuk menghadiahkan segulung ijazah kepada mak dan ayah saya sudah tercapai. Senyum meleret mak dan ayah saya. MasyaAllah, itu adalah hadiah yang paling bermakna yang saya perolehi iaitu senyuman mak dan ayah saya.

Saya bukanlah pelajar terbaik. Malah bukan pelajar tercorot. Jika tercorot, tidaklah saya naik ke atas pentas untuk mengambil scroll Ijazah. Betul tak? Besar pengorbanan mak dan ayah saya selama ini. Kira bintang yang berjuta-juta di langit masih tidak mampu untuk menandingi pengorbanan mereka. Begitu juga dengan scroll ijazah ini yang masih lagi tidak mampu untuk membalas segala jasa dan pengorbanan mak dan ayah saya. Terlalu besar pengorbanan mereka. Hanya doa saya titipkan untuk kedua-dua ibu bapa saya.

Seorang Role Modal.

Sungguh, dengan adanya scroll ijazah ini, saya mahu adik-adik saya belajar bersungguh-sungguh. ecececehhhh....mula dah. Bukan senang nak jadi kakak yang baik ni. Susah tau. Tapi jika niat kita betul dan ikhlas kerana Allah, maka ianya mudah untuk kita lakukan. Bukannya hari-hari kita buat tazkirah untuk adik-adik kita. Tak ke mereka lagi menyampah walaupun perkara itu sangat baik untuk dilakukan.

Jiwa remaja ini tidak sama dengan jiwa orang dewasa. Sedangkan orang dewasa pun belum tentu menerima. Jadi kita guna pendekkan yang lebih masyukkk. Contohnya, bawa mereka pergi Majlis konvokesyen ke(macam saya), ceritakan kisah mereka-mereka yang sudah berjaya ke. Dan yang paling mudah jadi seorang kakak dan abang yang mereka hormati. Mulanya dari diri kita sendiri. Mengapa? Sebabnya kita akan jadi ikutan buat mereka. Sedikit demi sedikit lama-lama jadi bukit.macam menabung pulak kan?

Ijazah Tertingi

Bagaimana dengan Majlis Konvoksyen daripada Allah? Adakah kita berjaya memperolehi segulung Ijazah daripada Allah? MasyaAllah. Jauh lagi perjalanan kita untuk memperolehi Ijazah yang paling tertinggi di sisi Allah. Apa yang kita perlu lakukan sekarang? Menjadi seorang hamba-Nya yang cuba untuk menjadi soleh dan solehah. Hati kita perlu Istiqamah. Istiqamah disetiap genap perlakuan yang kita lakukan.

In Shaa Allah.

Allah Maha mengetahui apa yang terbaik buat kita dan apa yang bakal berlaku terhadap kita. Setiap perkara yang kita lakukan pasti ada balasan daripada Allah. Kurniaan segulung Ijazah yang saya terima ini adalah hasil titik peluh saya menuntut ilmu Allah yang masih luas. Masih kita perlu korek dan terus korek untuk mendapatkan Ilmu Allah. Allah tidak lokek dengan kita. Ini bermakna, ianya bukan penamat untuk saya mencari ilmu, tetapi perjalanan saya mencari ilmu masih panjang.


Saya dah dapat!!! awak dah dapat???
credit to my parents , my sisters and my special







Share:

0 comments

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^