PERANG

Assalamualaikum w.b.t

Hampir seminggu kita melangkah ke tahun baru.


SELAMAT TAHUN BARU!!!!!!
HAPPY NEW YEAR!!!!
SALAM MA'AL HIJRAH!!!!

kenapa tiba-tiba je bersorak sakan ni. Orang dah lama sambut tahun baru. Hehehe...rasanya tidak terlambat lagi nak mengucapkan selamat tahun baru. Bukan sambut tahun 2013 ye, tapi tahun baru Islam. Salah ke menyambut tahun baru Islam? Tidak salahkan. Yang bezanya, janganlah keterlaluan sampai berparti-parti. Itu bukan Islam. Itu budaya barat. Bezakan antara tahun Islam dengan tahun kebiasaan yang kita sambut.

"Jadi tak salahkan nak buat sedikit majlis untuk menyambut Maal Hijrah."

"Boleh, tapi biarkan majlis itu majlis berilmu."

Haa! kan cantik tu. Mestilah kita bangga dengan tahun Islam kan. Usaha Rasulullah menjadikan Islam termasyhur dan terulung di zaman baginda. Bermulanya tahun Hijrah, makanya kalendar Islam pun lahir. Bukan ibu beranak ye. Oh! tidak.

***********

Dikala kita menyambut Maal Hijrah, terasa sayu hati ini mengenangkan penderitaan mereka yang berjuang untuk agama Islam. Siapa? Rakyat Palatine. Masya Allah, begitu kejam perbuatan Yahudi Israel. Sesungguhnya, Allah lebih berkuasa daripada mesil-mesil mereka.

Melihat keteguhan kanak-kanak Palestin yang tidak pernah takut dengan hujan peluru, membuatkan saya terfikir adakah kita selayak mereka. Sekecil-kecil tubuh mereka, menjadi tetamu Allah dalam keadaan Syahid. MasyaAllah, beruntungnya mereka.

" Israel akan jatuh juga nanti!"

"Jahanamlah Israel!!!!"

"Boikot MCD!!!!!"

Mudah kita mengatakan tapi sukar untuk melakukan. Sedap diperut kita, derita datang menanti mereka disana. Apa yang perlu kita lakukan? DOA. Ya, doa adalah senjata mukmin. Pada saat ini, kesemua menadah tangan berdoa agar parasit Islam terkubur dengan mudah. Allah itu Berkuasa. Tetapi teguhkah kita untuk berdoa untuk keselamatan rakyat Palestin. MasyaAllah, mari kita berdoa agar kita terus membantu rakyat Palestin walaupun bukan dengan cara berjihad menggunakan mesil, tetapi doa merupakan senjata kita, senjata Islam. Aminn.

*********

hehehehehehehehehe..............................hehehehehehehehehehehe.................Kenapa ketawa memanjang ni. Ada yang tidak kena ke?

MasyaAllah, terlebih pula ketawanya. Dalam masa yang sama, kita ini tidak kurang hebatnya berperang. Berperang untuk sesuatu kekuasaan. Mangsanya, rakyat. Tetapi rakyat pun sama juga.

"MasyaAllah, cakap tidak pernah berlapik."

"Engkau ingat masuk kumpulan Abu tu bagus sangat. Dahlah tak buat kerja. "

"Habis kau ingat, kumpulan Ali itu, hebatlah ya. Asyik-asyik berjalan sana sini."

"Eh, minah ni ingat alim sangat ke? Dua kali lima je. Bukannya solat pun."

" Eh, kau fikir si minah tu betul-betul tak solat ke? Habis tu yang si Gayah tu, rambut mengerbang sana sini, apa kes?"

Tunding-menunding, keji-mengeji adalah makanan dalam kehidupan kita zaman masa kini. Bukti yang tidak sahih, disahihkan. Baik satu pihak mahupun pihak lagi satu. MasyaAllah, banyak pula dosa kitakan. Mahupun secara terang atau pun tersembunyi.

"Eh, kau mana tau dosa banyak atau dosa sikit. Bukan kerja kita pun."

Tau pula bukan kerja kita menentukan dosa seseorang itu dan juga kerja kita mennetukan hukuman masyuk Syurga atau Neraka. Kita perlu ingat, kita hanya hamba Allah yang INSAN. Kita juga bukanlah MAKSUM seperti Rasulullah. Walaupun kita ini merupakan makhluk yang istimewa tetapi kita tetap ada kelemahan dan kekurangan.

Jika kita merasakan bahawa orang yang kita keji, maki dan mengata itu salah, makanya tidak perlu kita keji-mengeji, tunding-menunding dan kata-mengata. Ianya seakan-akan kita seperti mereka. Tidak kurang hebatnya, kata-kata yang kita lemparkan itu boleh menyakitkan hati mana-mana pihak. Berbekam hati ini membaca dan mendengar segala kata-kata yang dituturkan.

Kita juga berperang. Berperang dengan diri sendiri melawan sifat-sifat mazmumah. Adakah kita menang?

***********

Jika kita merasakan kita sangat berkuasa dengan kedudukan, pangkat, harta, percakapan(hujah dan pendapat), jangan lupa bahawa Allah Maha Bekuasa. Allah Maha Mengetahui. Jika Allah inginkan ianya berlaku, maka berlakulah ia. Ketika itu kita tidak boleh mengelak malah tidak dapat bersembunyi walaupun dalam lubang cacing ataupun hujung dunia.

Ingatlah, sebelum melakukan sesuatu, berfikir dahulu agar segala perbuatan dan percakapan kita mendatangkan satu kebaikan dan hikmah yang berguna untuk semua orang.


"SAVE GAZA FROM PARASITE!!!!"
"ALLAH, Give them the strength to live. From us to give them the strength through our prayers"
"ALLAH, save them from israel


p/s: peringatan untuk saya. Mudah-mudahan kita sentiasa muhasabah diri dengan






Share:

0 comments

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^