DUGA + HIKMAH
Assalamualaikum w.b.t....
Salam kembali ye kawan-kawan. Sudah lama saya tidak bercerita malah berkongsi sesuatu dengan kawan-kawan.
Sekali lagi saya menghadiri temuduga di Johor Bahru. Temuduga lagi!!!! Tak dapatlah tu!!!! Ehemm......Ya, temuduga lagi. Temuduga kali ini mengundang duga dan hikmah. Terlalu banyak yang saya perolehi.
Allah cuba menduga saya dengan pendirian saya. Apa yang saya inginkan, apa yang saya mahukan dalam hidup saya. Apa pula yang saya perlu lakukan untuk keluarga saya dan apa pula yang saya ingin lakukan dalam career saya. Tidak semua yang kita ingin akan diperolehi dengan hanya memetik cari. Petik sekali datang sekali, petik kali kedua datang berduyun-duyun. Seandainya berlaku seperti itu, senangnya hidup kita.
Tidak bagi Allah. Allah terlalu sayang kepada kita. Allah sentiasa berada disisi kita. Baik buruk kita, Allah tetap mengampuni segala dosa kita, memberi kita peluang untuk mengejar cinta-Nya dan berubah kepada yang lebih baik. Baik kuasa 100X..wink..wink....
"Ayah bukan tidak benarkan along bekerja jauh, tapi along kene fikir baik dan buruknya. Apa faedahnya."
Setiap ibubapa ingin yang terbaik untuk anak-anaknya. Baik keselamatan atau kehidupan. Dan bukan ibu bapa itu ingin mengongkong anaknya, walhal anak itu adalah anugerah Allah yang dikurniakan kepada ibubapa. Ibu bapa kita cuba sehabis baik untuk mencorak yang terbaik untuk anak-anaknya.
Setiapkali saya cuba untuk membuat keputusan, saya akan pastikan dahulu berbincang dengan emak dan ayah saya. Walaupun akan ade tentangan atau sedikit penghujahan tetapi sedikit sebanyak ianya akan membantu kita untuk lebih berfikir. Befikir dan berdoa kepada Allah adalah jalan yang terbaik.
Dugaan demi dugaan sehari sebelum saya pergi ke temuduga. Kebiasaannya, saya akan membeli tiket dahulu sebelum saya ke Larkin, Johor Bahru. Mengapa? Kerana takut tiket habis. Bukan takut apa, kita perlu menyediakan payung sebelum hujan, betul tak?
"Along, kaunter tiket tak buka!"
Alamak...bagaimana ini. Bagaimana esok pagi kaunter tiket tidak buka? Tidak jadilah pergi temuduga ni. Macam-macam saya fikir. Akan tetapi kita lupa, apa yang terjadi pada esok hari, kita tidak pernah langsung tahu. Mungkin kaunter tiket buka, mungkin juga tidak, mungkin juga saya akan dapat menghadiri temuduga tersebut dengan jayanya dan mungkin juga saya memperolehi pekerjaan tersebut.
Apa yang terjadi pada esok hari dan hari mendatangnya, kita tidak ada kuasa untuk meramalnya kerana kita hanya manusia biasa. Apa yang mampu kita lakukan adalah berdoa. Doa adalah senjata mukmin. Malamnya, saya cuba dapatkan nombor telefon agent di kawasan saya tu. Alhamdulillah, cuba dan terus cuba, dan dapatkan kepastian sama ada kaunter tiket buka atau pun tidak. Alhamdulillah, usaha tangga kejayaan.(pepatah je tu), mendapat maklum balas daripada agent yang kaunter tiket dibuka esok. Senyum lebat tau...:-)
Apa-apa pun, keputusan temuduga itu sangatlah mengejutkan. Hari itu, saya ditemuduga, hari itu juga saya diterima untuk bekerja. Walau bagaimanapun, saya terpaksa menolak tawaran tersebut. Bukan menolak rezeki, mungkin ada yang lebih baik untuk saya. Dengan pandangan daripada ibu bapa saya dan beliau, saya membuat sesuatu keputusan yang orang akan mengatakan bahawa saya menolak tuah.
Saya tidak menyesal dengan keputusan yang diambil. Pendirian saya tetap sama dan keyakinan saya masih lagi sama bahawa Allah akan menentukan sesuatu yang terbaik buat saya. Apa yang kita perlu lakukan, jangan sekali-kali berpaling daripada Allah. Sejauh mana Allah cuba menduga kita, pasti hikmah itu akan kembali dengan seribu kebaikan.
Allahu Akhbar!!!!
*Terima kasih mak, ayah....terima kasih juga kepada kamu.....
0 comments