Barakallah!!!!
Assalamualaikum w.b.t
Hari ini, terdapat satu walimah dikalagan sahabat-sahabat saya. Sedar tak sedar, kita sudah menjangkau usia yang bukan makin kanak-kanak tetapi makin jauh dan semakin matang untuk berfikir. Sebelum ini, datang ke walimah mesti dengan emak. Tapi kali ini, lain benar rasanya tanpa kelibat emak. Yang hanya adalah sahabat-sahabat yang turut memeriahkan walimah sahabat.
Ikatan sahabat tetap utuh walaupun masing-masing sudah mempunyai kehidupan sendiri. Masing-masing mengorak langkah ke arah satu kehidupan yang sebenar. Pening kepala nak mengatur. Apa-apapun, kita perlu banyak berdoa kepada Allah, minta petunjuk agar Allah memimpin kita ke jalan yang benar.
Sebelum pergi ke walimah sahabat Izati bersama dengan pasangannya, dok memikir pasal baju. Walhal, banyak bebenar baju dalam almari tu. Adohai....Akhirnya, saya mengambil keputusan untuk memakai baju kurung warna biru. Bersiap seperti biasa. Tidaklah sampai bersolek melebih daripada pengantin. Prinsip saya tetap sama iaitu saya akan berhias untuk yang berhak sahaja. Saya lebih suka simple.
"Simple is a style."
"Simple is a better."
See! ramai mengakui simple itu lebih baik. Biarlah berhias secara bersederhana . Bersolek paling mudah? Sentiasa mengekalkan senyuman di wajah. ecececeh.......Dalam pukul 1.30 kami bergerak ke rumah sahabat. Sementara menunggu sepupu saya merangkap sahabat merangkap rakan kelas datang mengambil, saya melayan blog seketika. Nak bawa kereta, kereta tak ada. Lagipun, lesen kereta pun tidak ambil lagi. huhuhu
Biru itu pilihan saya!!! |
Alhamdulillah, menangis bertepik si Syaitan melihat anak Adam dan Hawa membina Masjid. Syukur, bertambah hamba-hamba Allah yang soleh dan solehah. InsyaAllah. Terhindar segala fitnah dan hanya doa kebahagian dititpkan untuk si pengantin. BarakaAllah Izati dan Pasangan!
Selepas nie siapa yek???? Tunggu akan datang! |
“’Abdul Rahman bin ‘Awf melakukan perkahwinan, maka Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam bersabda kepadanya: Hendaklah anda mengadakan walimah walaupun dengan seekor kambing.”
(Al-Hadith)
“Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu.Oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai,dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu;dan bertaqwalah kepada Allah SWT serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemui-Nya (pada Hari Akhirat kelak).Dan berilah khabar gembira (wahai Muhammad) kepada orang beriman”- (Surah Al-Baqarah 2:223)
2 comments
ko ble lg erna??? heheh
ReplyDeleteBdk-pUnCaK : aq? Dizinkan Allah, sampailah surat jemputan drpd aq...
ReplyDelete