SENTIMENTAL KEHIDUPAN


Assalamualaikum w.b.t...

Malam semalam emak saya bercerita mengenai sepupu saya yang petah bercakap. Sepupu saya baru sahaja 4 tahun tetapi apabila bercakap mengalahkan orang besar. Agak susah untuk mengawal percakapannya. Sepupu saya yang lebih digelar NANA mudah terikut-ikut dengan ayat-ayat di dalam filem-filem zaman sekarang ni. Sangat bahaya!!!

Berbalik kepada apa yang emak saya cerita mengenai sepupu saya ini amat melucukan. Ketika Nana bersarapan bersama dengan  ibu, ayah dan kakaknya, Nana terlihat sebuah keluarga yang berpurdah/niqab masuk ke dalam warung tersebut. Terpancul ayat Nanan yang mengelikan hati ibunya dan kami yang mendengar cerita daripada emak saya. "Ibu, hantu!". MasyaAllah, ketika saya mendengar pun nak tersembur air di dalam mulut saya.


Nielah budak Nana. Ketika ini usianya baru setahun jagung(blurlah plak)

Apa tidaknya, dikalangan keluarga saya semuanya biasa-biasa sahaja. Apabila melihat sesuatu yang luar biasa daripada pandangan Nana, maka terkeluar sesuatu ayat yang mengelikan hati. MasyaAllah, mengucap panjang jugalah saya. Kemudian, Ibu Nana merangkap mak cik saya menegah Nana berkata demikian. Tetapi, timbul satu persoalan yang menyebabkan ibunya terfikir.

"Ibu, macam mana dia orang nak makan bu."

Pemikiran kanak-kanak, kita tidak boleh agak. Kanak-kanak akan bertanya dan terus bertanya sehingga mendapat jawapan yang dapat memuaskan hati mereka. Dengan persoalan itu juga menyebabkan beberapa ahli keluarga saya juga turut bertanya, bagaimana wanita berpurdah makan.

MasyaAllah, sedikit sebanyak keluarga saya cuba membuka satu konteks baru yang selama ini sempit. Apabila mereka melihat sendiri dengan mata mereka, maka mereka akan peka dengan sesuatu yang baru(Termasuk yang sedang menulis ini). Berkongsi itu kan penyayang.

Apabila Nana dan ahli keluarga yang lain melihat sesuatu yang unik sedangkan ianya adalah perkara biasa, barulah mereka mengerti bahawa bukan susah pun nak makan apabila berpurdah. Buka sahaja kain purdah itu. Emak saya pun berkata kepada saya bahawa emak pernah terfikir mengenai cara wanita berpurdah ketika makan.

"Mereka pegang sunnah Rasulullah, sebab itu boleh je buka purdah ketika makan. Selepas makan mereka pakai balik"

"eh, boleh pula"

"Banyak hukum pakai purdah ni. Yang peting mereka pakai purdah ni niat kerana Allah. Tak jadi masalah"

Bukan nak tunjuk lagak pandai cuma saya berkata apa yang pernah saya baca dan melakukan sedikit kajian. Saya sekadar tersenyum.

Alahai...manisnya kartun nie...hehehehe....:-)

Sejujurnya, saya tidak arif mengenai mereka yang berpurdah tetapi disebabkan saya mengenali seorang kakak yang berpurdah, sedikit sebanyak ianya menarik  minat saya untuk mengetahui wanita berpurdah. Sungguh, sejuk bila memandang kakak tersebut. Terasa damai. Sungguh, mereka lebih selamat. Malah, saya juga ada mengikuti blogger yang berpurdah atau berniqab. Bagaiamana kehidupan mereka yang berniqab? Tiada masalah malah lebih gembira. Gembira dengan menjalankan sunnah Rasulullah. Tidak teringin ke? Siapa kata tidak. Mestilah teringin.

Kembali kepada sepupu saya ini. Disebabkan Nana, keluarga saya telah keluar daripada kepompong yang sibuk dengan kehidupan masing-masing. Sekali-sekala apa salahnya mengetahui sesuatu yang lain daripada kehidupan mereka.

Mata kanak-kanak mudah menangkap perkara yang lain daripada yang lain. Apatah lagi keluarga yang kesemua anak-anaknya turut berpurdah. SubahanaAllah, saya pernah berjumpa dengan keluarga ini. Mungkin, masyarakat di tempat saya akan memandang mereka dengan perasaan pelik sehingga memandang mereka dengan perasaan jakun. Tau jakun tu apa? Jakun tu macam tak pernah tengok. Macam tulah.

"Orang Arab mana pula ini?" ayat yang akan muncul disesuatu kawasan sedangkan mereka adalah masyarakat seperti kita. Sama je, tiada yang beza.

Segelintir masyarakat yang dahulunya tidak berkembang, apabila tanah diteroka, maka datang segerombolan yang berlainan budaya, bangsa dan agama. Bukan jajah eh tapi ianya adalah satu pembangunan untuk sesuatu kawasan. Bermula disitulah sentimental baru berlaku.

Siapa pemerhati yang pertama? Mestilah kanak-kanak. Walaupun jangkauan minda mereka masih di tahap peringkat permulaan, tetapi mereka menilai satu yang kita tidak terfikir. Di luar kotak pemikiran. Apatah lagi, zaman kini kanak-kanak ligat membesar dengan begitu pesat. Bukan pembangunan yek.



Siapa pula yang perlu menjadi pembimbing? Sudah tentu kita sebagai orang dewasa. Perlu bergerak dengan memberi satu nilai murni dan moral dalam kehidupan mereka. Berteraskan Islam terutamanya al-Quran dan al-Sunnah. Bukan hidup dalam dunia semata-mata.

Allah tidak memilih hambanya, maka kita tidak perlu demand atau memilih dalam kehidupan kita. Ikut perintah Allah dan tinggal larangannya, Kemudian, tambah sedikit perencah dalam kehidupan kita dengan amalan-amalan sunnah Rasulullah, InsyaAllah gembira kita di dunia dan InsyaAllah gembira kita di akhirat kelak.







Share:

2 comments

  1. Assalamualaikum . ok macam mana pulak kalau seseorang muslimah yg berpurdah tiba2 ibu dia cakap It's not the right time yet to wear purdah . kemudian hati dia memang was-was tiap kali pakai purdah . lepastu bila dia pakai purdah kan org tengok so , timbul kadang rasa riak dan takabbur .
    Adakah perlu seseorang ini membuka purdah nya disebabkan di sedar bahawa hatinya ini sebenarnya belom benar-benar ikhlas . lgpon dia pakai purdah sebab ikot kawan satu , then macam mana dgn pandangan org lain yang dah tau dia berpurdah kemudian lihat dia dah tak berpurdah lg ..
    apa yg dia harus lakukan ?? please jawab :)

    ReplyDelete
  2. Hunny Tiffanny:

    Wa'alaikummussalam.. Terima kasih ye sis dengan persoalan tersebut..InsyaAllah saya jawab yek.

    Permulaan, suatu perlakuan mesti didahulukn dgn niat. niat tu mestilah krn Allah..bila niat selain dr tu, maka ia xkan kekal lama dan akn jd spt kes spt soalan sis.. klu betul dia nk teruskn pki purdah, perbaiki niat dia dl..dktkn diri kpd Allah..sentiasa bertaubat..jaga ibadah. abaikan apa yg org lain ckp selagi mana pkra ni x melanggar syariat..klu dia xnk pki dah, pandai2 la nk jwb klu org lain tanya..tiada mslh..lgpun pki purdah ni bkn wajib..klu nk buka, buka ja..apa yg pntg jaga yg wajib dahulu.

    Saya ada bertanya dengan sahabat saya berkaitan dengan purdah,ada juga pndgn ulama' yg menyatakan zaman skg ni xberapa sesuai nk pki purdah..tp sahabat saya lupa nama ulama' tu..tp klu nk pki pun xda mslh.. slh 1 usaha utk menjaga diri

    klu yg bersuami, klu suami suruh pki maka itu dah jatuh wajib..wallahualam

    ReplyDelete

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^