JANJI ALLAH MANIS



Assalamualaikum w.b.t.....

Sudah pastinya kita mengharapkan sesuatu dengan berdoa kepada Allah. Mengharap agar segala apa yang kita inginkan menjadi kenyataan. Doa senjata mukmin. Memang betul. Tetapi apa erti berdoa jika hati kita tidak mengikhlaskan, kita tidak percaya kepada takdir Allah. Apalah erti doa tanpa usaha. Dan apalah erti doa jika kita hanya berserah sahaja tanpa usaha.

Alhamdulillah, 

Janji Allah itu manis. Saya merasakan sekarang. Segala usaha saya dan tawakal saya diberi hadiah terbaik. Janji Allah itu manis. 

Allahu Akhbar. 

Sekian lama saya menburu sesuatu perkerjaan. Turun naik mahkamah. Mahkamah?eh, bukan-bukan turun naik syarikat yang berbilang bangsa. Hati ingin memilih kerjaya tetapi jiwa perlu cari kerja secepat mungkin. Berbakul-bakul resume saya kirimkan. Sebulan menunggu, bila dapat reply daripada pihak syarikat melonjak kegembiraan. Bagaikan kanak-kanak menerima hadiah daripada ibu bapa. ups! terlebih pulak.

Berdoa agar dipermudahkan segala urusan, segala nasihat diterima. Berkepuk-kepuk di kepala. Belum lagi berjumpa dengan si penemuduga. Semasa temuduga, segala soalan dijawab. Lancar dengan tak lancar je. Cakap pun entah pape. Janji dapat expose kan diri. Jawapanya,

"Maafkan kami, jawatan ini sudah diisi oleh candidate lain."

Ya Allah, nak kata kecewa. Memang kecewa, tetapi bukanlah sampai satu kotak tisu lencun dengan air mata. Tetapi keyakinan saya kepada Allah lebih tinggi daripada kekecewaan saya. Saya tanamkan diri saya bahawa pasti ada yang lebih baik. Tak gitu? Allah akan balas dengan sesuatu yang lebih baik.

Saya cuba lagi, cuba dan cuba lagi. Ditambah dengan sokongan keluarga dan dia, saya tidak pernah akan berhenti mencuba dan terus berusaha. Walaupun adakalanya saya hampir berputus asa, saya cepat-cepat berkata dalam diri saya "janji Allah itu manis". Saya kembali segar dan kembali kepada diri saya.

Ya Allah, jangan ada sekali perkataan selingkuh terhadap-Mu dalam hati ini.

"Along, dapat kerja dekat kampungkan senang. Tak adalah mak risau sangat."

Itu dia. Mak saya apabila melepaskan idea dan keinginan, memang terfikir dua tiga kali. Tidak bermakna mak dan ayah saya mengongkong saya. Malah menyokong apa pilihan saya. Ikut kata hati, memang nak cuba duduk luar. Berdikarilah katakan. Aik...selama duduk belajar jauh-jauh  tak berdikari lagi ke? Itu masa belajar, waktu kerja belum lagi. Ikut kata mak dan ayah, banyak perkara selamat. Boleh simpan duit. :-)

Alhamdulillah....

Segala penat usaha dan tawakal, saya memperolehi sesuatu yang berharga. Apa yang berharga? Saya memperolehi pekerjaan. Banyak yang saya berlajar ketika duit tengah sengket. Berlajar menyusun kewangan dan perbelanjaan, belajar bagaimana berhadapan dengan orang yang suka cakap lepas, belajar bagaimana menghadapi cabaran, berlajar lebih bersabar dan yang penting berlajar meningkatkan diri untuk lebih menghargai apa yang kita perolehi.

Cukup sempurna perjalanan yang Allah susun untuk saya. Bagaimana dengan kawan-kawan? InsyaAllah, Allah akan tetapkan sesuatu terbaik untuk kawan-kawan. Yang penting, jangan lupa untuk berusaha, tawakal dan berdoa kepada Allah. Dekatkan diri kita kepada Allah.







Share:

0 comments

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^