BUKAN RIAK, CUMA BANGGA


Assalamualaikum w.b.t.........

Dalam kehidupan kita ini, tiada yang sempurna. Kita juga bukan diciptakan sempurna. Apapun kita adalah istimewa. Istimewa yang Allah ciptakan memang tiadalah sia-sia. Kesempurnaan terletak pada Allah. Makanya, tidak perlulah riak semacam dengan apa yang kita ada.

Kita jalani hidup perlulah bersederhana. Sederhana dalam segala aktiviti asalkan tidak melampaui batas. Cukup bahagia jika kita mengikuti segala suruhan-Nya, dan jauhi larangan-Nya. Sama juga perkerjaan. Tidak kiralah apa yang kita pilih, asalkan ia halal, tiada masalah.

Ya Allah, segaknya ayah saya.

Segak? Yelah segak. Ayah saya tidak berkot hitam, berkemeja kemas, bertai sutera, berkasut berjenama. Ayah saya bukanlah seorang doktor berkot putih, bukan seorang guru membawa sebatang rotan dan bukan seorang polis membawa sebilah senapang. Senapang? ups!!!silap pistol....Hanya berboot coklat dan hanya membawa shovel operator. Mesin besar tu!!!!!

"Wah, hebat lah ayah bawa mesin besar tu."

Kita hanya nampak perkejaan itu hanya biasa-biasa sahaja. Gaji pun ikut masa. Sejam berapa ringgit.. Buat OT dapatlah duit lebih. Tetapi, apabila kita fikir balik siapa yang mengerakkan semua kerja jika bukan orang bawahan. Merekalah yang sepatutnya kita bangga. Kerana mereka, kerja menjadi mudah.

Alhamdulillah,

My father is the best in the world. Bukan kerana dia mendapat anugerah daripada negara. Tetapi kegigihan beliau menyara keluarga kami cukup hebat. The best thing is not everyone can do what he can do. Walaupun, gaji besar melambung tinggi, belum tentu orang itu dapat melakukan mesin besar yang ayah saya bawa masa kini.

"Jangan riak."

Saya tidak riak, tetapi saya bangga dengan ayah saya. Siapa tidak bangga dengan ayah kita. Kawan-kawan mesti banggakan. 

"Tapi kerja ayah aku hanya seorang pengutip sampah."

Jangan sesekali kita menghina pekerjaan ayah kita. Walhal, itulah punca rezeki dia untuk menyara keluarga. Janji ianya halal. Tidak menyalahi hukum Islamkan. Allah menjanjikan sesuatu pekerjaan untuk hamba-Nya yang sentiasa mendampingi-Nya. Janji Allah itu manis. Lebih manis daripada gula. Makanya, setiap pekerjaan itu pasti ada hadiahnya. Sedikit atau banyak bukan menjadi masalah. Masalahnya ialah diri kita untuk menerima atau pun tidak.

Rasulullah SAW bersabda:
“Bahawa seseorang yang mengambil seberkas kayu api dan diletak atas belakangnya untuk dijual, Allah melindungi maruahnya. Itu lebih baik baginya daripada meminta-minta kepada orang lain sama ada mereka memberinya atau tidak.”




 Inilah mesin besar tu!!!!!!bergaya tak??



p/s: Saya akan terima awak seadanya.Saya tidak memilih apa pekerjaan awak. Yang penting awak menyukainya. Macam ayah saya, dia suka bawa mesin besar ini. Jadi tiada masalah. 










Share:

0 comments

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^