Zentangles

Bismillahirrahmannirrahim.

Assalamualaikum semua. 

Pernah dengar tentang Zentangle? Benda alah apa tu? Jika korang perasan, sejak kebelakangan ini, Erna ada koleksi karya lukisan Erna sendiri [Lihat DISINI dan DISINI]. Ada diantara lukisan Erna tu merupakan lukisan zentangles tau.

"Yelah, tapi apa dia Zentangles ni."

Ok, Erna tarikh nafas jap yek. Bukan mudah nak terangkan. 

Pengasas Zentangle iaitu Rick Roberts dan Maria Thomas menyatakan bahawa:

"Zentangles adalah salah satu cara yang mudah, lebih santai dan lebih menyeronokkan untuk menghasilkan satu gambar yang cantik dengan menggunakan corak (patterns). 

Semua orang boleh menghasilkan satu gambar yang cantik dengan mengunakan zentangles ni. Berlaku peningkatan fokus, daya kreativiti dan kepuasan dalam seni serta peningkatan kesejahteraan dalam diri. Kaedah Zentangles ini dapat dinikmati daripada pelbagai peringkat umur, kemahiran dan minat "

Macam mana tu? Em...macam mana ek. Ok, jika korang lakukan sesuatu perkara seperti memasak atau mengemas rumah, mesti korang takkan fikir benda yang lain. Korang terus jadi lebih fokus sebab nak siapakan memasak atau menyiapkan kemas rumah. Betul tak? Lepas itu, bila dah selesai semuanya, korang akan rasa lebih tenang je jiwa kan. Contoh je ni.

Secara ringkasnya, kita akan rasa lebih santai dan seronok je ketika melukis tanpa rasa tergangu. Yang rasa-rasa tak pandai melukis pun boleh jadi melukis. Tak percaya? Alah, mula-mula kita ambil matapelajaran seni masa sekolah dulu pun, perkara asas yang pertama adalah bentuk corak dan garisan. Pusing-pusing tu jugak kita guna dalam lukisan. Mudah je.

Contoh corak(patterns) yang digunakan dalam kaedah zentangles:

Sumber daripada google

Sumber daripada google

Sumber daripada google

Sumber daripada google


Erna ni sebenarnya barulah tahu yang kebanyakkannya lukisan Erna hasilkan adalah teknik Zentangles. Wahahahaha, lawak betul. Tapi tak mengapalah, asalkan kita ada rasa keinginan untuk lebih tahu. Betul tak?


Jumpa lagi. 




Rujukan:
1. http://minetteriordan.com/what-is-zentangle/
2. https://www.zentangle.com





Share:

3 comments

  1. Oo.. ade belaja lukis gak. Tp ni 1st time dengar perkataan zentangle ni..

    ReplyDelete
  2. I have no idea kalau nak melukis , saya bukan budak seni , tapi saya suke org y hasilkan seni :)

    ReplyDelete

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^