Romantis sehingga ketua
Bismillahirrahmannirrahim.
Assalamaualaikum semua....
Erna ada satu cerita. Ceritanya bergini:
Ahad lepas, Erna bertemu dengan sepasang suami isteri tua yang sangat romantis di R&R Pagoh. Erna berehat bersama emak dan ayah selepas hantar adik pulang ke kolej dan melepasi jem yang sangatlah teruk. Apa yang buat Erna rasa sweet sangat-sangat dengan pasangan ini ialah kemesraan mereka. Pasangan yang dah berumur sememangnya sweet sesangat. Seronok melihat mereka.
Pasangan tu itu mendekati Erna. Ketika itu Erna menunggu emak dan ayah Erna oder makanan dna minuman. Si suami bertanya sama ada Erna berapa orang. Erna cakap tiga orang. Mereka kata ok ke duduk situ. Erna pelawa je mereka duduk sebab tempat lain dah penuh. Tindak tanduk mereka Erna perhatikan sampailah Erna dan parents Erna beredar daripada tempat itu.
Si suami minta si isteri duduk sebab si suami nak pergi beli air. Barang kali si isteri penat kot. Si isteri tu pun duduklah dengan Erna. Kemudian, sampai si suami membawa dua gelas air teh suam. Kemudian si isteri bangun untuk beli pau pulak. Si suami kata sebiji pau harga RM 1.40. Mereka pun kira duit. Pada tangan si isteri ade lebihan duit. Si suami kata pau RM1.40. Si isteri kira lagi....Barulah si isteri tersedar bahawa ada duit lebihan di dalam tangannya sambil kedua-duanya ketawa kecil menandakannya lucu. Pergilah si isteri membeli pau.
Selepas beberapa minit, kembali semula si isteri dengan membawa dua abiji pau yang berinti kaya. Dua-dua inti kaya tau. Kemudian si suami kata betul ke sebiji RM1.40. Si isteri menggiling kepala. Dia kata harga pau sebiji ialah RM1.70. Nasib baik si isteri bawa duit syiling lebih. Si suami ketawa lagi sambil si isteri tersenyum. Duduklah kembali si isteri di sebelah si suami. Apabila si suami membelah pau,ternyata bukannya pau berinti kaya. Sebaliknya berinti kelapa. Si isteri kata kelapa pun kelapa lah janji makan. Tersenyum kembali pasangan tu.
Mesra sangat pasangan ini walaupun sedikit je. Hati Erna cemburu kerana romantiknya mereka sehingga ketua. Walaupun sekejap je Erna dengan mereka dan tak kenal pun pasangan ini tapi Erna boleh rasa mereka adalah pasangan yang bahagia. Bahagia tidak semestinya waktu muda. Tua-tua nilah romantiknya tak terkata.
Hati Erna terdetik lagi. Adakah Erna akan melihat kemesraan mereka lagi? Adakah Erna akan memiliki kemesraan sebegitu dengan bakal suami Erna? Allah lebih tahu.
Jumpa Lagi!!!!!
pisttt....Tak ada nak ambil gambar dengan pasangan tu ke? Isyy..buang tebiat ke apa. Hahahahaha..
0 comments