Resepi : Ayam Halia Kukus

Bismillahirrahmannirrahim.

Assalamualaikum semua.
Memandangkan, dapur gas dan tong gas dah kene ambil semula oleh tuan penyewa yang lama, jadi Erna rasa nak masak Ayam halia kukus. Mudah dan ringkas je. Bahan pun tak banyak sangat nak guna. 

Eh, bukan ke kukus wajib atas dapur gase? Ala, apa susah, Periuk nasi kan ada, Sambil tanak nasi, kita kukus ayam. Periuk nasi saya seberguna. Rasanya semua orang tahu. Periuk nasi plus stim. Haaa! jadi tak usah nak pening-pening kepala yek.

Tara!!!! nampak macam serabut sikit. Nak cepat sebenarnya. Lauk pun tak keluar lagi tempat kukus. 


Bahan A:
  1. Ayam. Kita guna boneless chicken. senang. Tak payah nak siang. Rumah kedai memang semua tak ada apa-apa. Pastu, makan untuk sorang je kan.
  2. Halia. Ini ikut masing-masing yek.
  3. Bawang putih. Erna guna 2 ulas bawang putih. (Bawang putih dan halia tumbuk kasi lumat yek)

Bahan B:
  1. Halia di hiris. Guna sikit je yek.
  2. Bawang merah dipotong mayang. Kite guna sebiji je. Yang kecil sikit.
  3. Kentang. Potong ikut citarasa masing-masing.
  4. Lobak merah. Potong ikut citarasa masing-masing.
  5. Kiub ayam. Erna guna kiub ayam knorr.
  6. Sedikit lada hitam.
  7. Sedikit garam
Cara-cara :
  1. Peram bahan A antara 15-30 minit yek. Jangan lupa panaskan air siap-siap yek. 
  2. Lepas dah peram tu, masukkan bahan B ke dalam bahan A. Gaul sedikit. Nak letak air sedikit boleh, x nak letak air pun tak apa, sebab kita kukus. Tapi , kalau nak ade kuah yang banyak, letaklah air yek. 
  3. Kemudian, boleh lah kukus. Siap.
Jadilah lunch box ni. Ada orang tu tak sabar nak bawak macam ni. Sabar-sabar, tak lama lagi. Nyum, nyum,,,,

Cara yang sangat mudah ikut rasa sendiri je. Ada sesetengah orang akan letak sedikit sos tiram. Tapi Erna tak guna pun. 

Selamat mencuba!!!!!!


Tags:

Share:

4 comments

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^