Bismillahirrahmannirrahim...
Assalamualaikum semua. Dalam masa beberapa bulan ni, cuti mingguan saya banyak diperuntukkan dengan melukis. Adakalanya, saya akan siapkan logo atau apa sahaja yang kawan saya minta buatkan. Tapi, kebanyakkan hari minggu saya dihabiskan dengan melukis yang entah apa-apa.
Entah apa-apa itulah yang membuatkan saya rasa gembira dan puas. Sebab apa? Sebab itu yang saya mampu isi ketika saya senang. Biasanya, hari minggu adalah untuk berehat. Jika saya tidak balik kampung, saya akan bersihkan bilik saya, masak, basuh baju dan sebagainyalah. Kemudian, barulah saya bertelaku dengan peralatan melukis. Bermula daripada pensil, pensil warna, watercolour sehingga penggunaan artline pen. Seronok!!!!! Sangat seronok. So, hasilnya di bawah.
|
Lukisan 1 : Universal Studio |
|
Lukisan 2 : Story 2 Universal Studio_Sesame StreetMasa kecik-kecik dahulu, saya suka tengok cerita ni sebab sambil tengok Sesame Street sambil belajar. |
|
Lukisan 3 : Far-Far Away.Cerita kisah dongeng di malam hari.
|
|
Lukisan 4 : Lonely tree.Fully watercolour. Saya memang lemah dengan watercolour. Macam mana pun nak guna jugak. |
|
Lukisan 5 : Glommy at Night.Habis dakwat Sharpie black colour. Hahahaha |
|
Lukisan 6 : SenjaTentang lukisan ni tak tahu nak bilang apa. Sebab pakai conteng aja. Macam lukisan budak kecik tapi pro kata, ianya tetap ada value. Ye ke? |
|
Lukisan 7 : Dunia Daun.Fully artline pen warna hitam. Lebih 2 minggu nak siapkan. Sebab kerja banyak. |
|
Lukisan 8 : Mozart Life.Tak tahu mengap, tetibe saya berkarya dengan Mozart Life. Ianya mendatangkan satu perasaan tentang kehidupan yang seakan berbentuk mozart atau puzzle. |
|
Lukisan 9 : Got You.I got you. Comel pulak lah hai watak-watak yang ada ni. |
|
Lukisan 10 : Tak letak nama sebab lukisan ini secara sepontan. Masa tengah potong sayur sawi jepun, terfikir sesuatu. Jadi saya simpan bontot sawi jepun tu. Kemudian, saya main cop-cop.. Hasil yang seakan pelik sikit. |
|
Lukisan 11 : Senja 2. |
|
Lukisan 12 : Think Out Of The Box. |
Ini adalah beberapa koleksi saya yang tidak seberapa. Sudah lama sebenarnya saya tidak melukis. Terfikir juga lah, tangan mungkin dah keras. Jadi, lukisan mesti carca merba but one person said to me; " Tak apalah, yang penting value tu ada.". Thank you my dear. Awaklah orang yang bagi saya semangat untuk terus berkarya. I need more learn to improve my art work.
Kepada sahabat-sahabat lain atau sahabat blogger yang turut berkarya, jom kita kongsi. Some of you, I know very well, like Blogger, Dayang Deno and one of artist from Instagram, aslah92. Saya yakin ramai lagi berkarya kan? Saipa2 tu, sila muncul yek...hihihi......
Jumpa lagi di akan datang!!!!!!.....
4 comments
Cantik dan kreatif sungguh lukisan tu.
ReplyDeletecantik!!!
ReplyDeletewah semua cantik ^_^ bestnya kalau sy boleh buat art mcm ni. hehe
ReplyDeletecantiknyaaaa :D suka sangat seni macam ni.. tapi sayang tangan kita xberseni sangat.. huhu..
ReplyDelete