Jiwa Manusia Tidak Pernah Selari

Bismillahirrahmannirrahim. Assalamualaikum semua.

Ahlan Wahsahlan wahai sang blogger yang menyepi begitu lama. Korang rindu dengan saya tak? Rindulah..rindulah. hihihi...Menulis. Saya tetap terus menrindui untuk menulis. Acap kali bertanya, bilalah aku nak menulis balik ni? Bila nak menaip je, kerja datang berduyun-duyun. Harap maklum, saya tak dapat nak menulis di rumah. Hanya di pejabat je yang mampu untuk menulis. Amboi, awak! Buat kerja lain ye. Sekali sekala.

Rindu. Rindu nak menjengah rakan-rakan blogger yang lain dan blogger yang saya follow yang hampir sentengah tahun saya menyepi tanpa khabar berita. Menyepi juga tanpa meninggalkan sebarang note kunjungan kerana saya tak berkunjung ke rumah korangkan. InsyaAllah, saya cuba dan akan bagi masa yang besar untuk berkunjung ke rumah korang yek. Sabar tau.

Tertinggal. Banyak yang saya tertinggal. Tertinggal apa? Tertinggal cerita-cerita yang menarik yang ingin saya kongsikan dengan korang. Banyak benda yang saya buat tapi tidak dapat berkongsi dengan korang sebab ada limit untuk menulis. Sedih diri ini. Tidak mengapalah. Yang lepas biar lepas. Yang baru kita akan harus tuju tapi jadikan perkara lepas untuk memajukan diri kepada yang baru. Tunggu yek!!!!!

Fuhhh!!!! Mukadimah terpanjanglah pula. Hihihi, Al-maklumlah, sudah lama tak menjenggah kan?
Nampak tak jiwa saya sebenarnya tidak pernah selari dengan apa yang saya katakan. Sebelum ini, pada post yang terakhir [Klik Sini], saya berjanji akan muncul dan jengah-jengah korang tapi sampai sekarang tak menjengah kan? Itulah maksudnya jiwa saya tidak pernah selari dengan apa yang saya katakan.

Termaksuklah jugak dengan korang semua. Baik yang muda atau tua. Yang cerdik dengan kurang cerdik. Mengapa? Kita bisa menuturkan apa yang kita tuturkan tapi adakah jiwa kita menerima apa yang kita katakan? Jika ada di kalangan korang ingin berkata "Apa yang aku cakap ni memang jiwa aku yang", baguslah. Sekurangnya, jiwa kita tahu dan selari dengan apa yang dikatakan. Tetapi, adakah ianya memberi kesan yang baik kepada diri kita? Jawapan itu hanya pada diri korang dan diri saya sendiri.

Sebagai contoh, musibah ribut yang sangat kuat telah menimpa kepada keluarga Ali dan orang kampung sehingga memusnahkan kampung mereka. Masyarakat luar cuba membantu orang kampung Ali. Ada diantara mereka cuba memberi semangat dan dorongan agar mereka tabah jalani dugaan yang menimpa mereka. Dalam masa yang sama mereka cuba mencampur adukkan perkara yang tidak ada kaitan langsung dengan musibah yang menimpa mereka. Sebagai contoh, mencampur adukkan kelemahan politik dan sistem kawalan bencana (contoh sahaja. Sahaja. Tak ada kaitan langsung hidup dengan mati..). Bukankah itu langsung bercanggah dengan apa yang kita cuba lakukan iaitu menbantu mereka untuk menringakan beban yang mereka tanggung. Mengeluarkan kata kesat dan tanpa langsung memikirkan perasaan yang menerima dugaan. Ianya menampakkan keadaan semakin memburuk. Ini sebagai contoh aja.

Sebab itulah Jiwa manusia tidak pernah selari. Seandainya, kita memikirkan apa berlaku itu adalah urusan Allah, maka jiwa kita sentiasa berada di landasan yang betul dan tepat. Tidak akan bercanggah dengan apa yang kita lakukan. Allah itu Maha Mengetahui apa yang berlaku. Kita manusia yang memang tidak tahu apa yang berlaku. Ambillah sesuatu itu sebagai Ibrah dan Hikmah. Daripada bising sana sini tanpa hala tuju. Bukan kuasa kita juga untuk menghakimi dosa seseorang melainkan Allah yang Berkuasa ke atas kita. Jika akal dan jiwa kita sentiasa berpegang kepada Allah, InsyaAllah, kita akan percaya segala yang berlaku adalah kehendak Allah.


# Peringatan dan panduan untuk diri sendiri.



Share:

1 comments

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^