Keseluruhan 2014, Permulaan 2015
Bismillahirrahmanirrahim....
Assalamualaikum semua. Secara sahnya, hari ini 31/12/2014. Manakala esok adalah 01/01/2015. Itu sahaja yang saya nak sampaikan. Hihihi...Jangan marah. Itu adalah fakta bukannya auto. Yang auto, semua orang telah menghasilkan satu karangan rumusan tentang kehidupan pada tahun 2014. Ada di antaranya juga, telah merangka kehidupan yang bakal berlaku pada tahun 2015. Betul tak? Sudah tentunya tidak. Sebab, tidak semua orang buat rumusan dan rangkaan kehidupan. Malah ada yang buat sambil lalu je.
"Minta lalu ye, Tan Sri."....
"Lalulah nak.."..
2014.Secara amnya, memang banyak yang berlaku pada tahun 2014. Sama ada perkara baik atau perkara buruk, ianya memang sudah tertulis untuk kehidupan saya. Adakalanya saya memilih jalan yang penuh berliku dan adakalanya saya memilih jalan yang sangat mudah.
Kegembiraan. Secara kasarnya, banyak perkara yang mengembirakan saya. Malah memberi impak yang sangat positif dalam diri saya. Baik keluarga saya, kerjaya saya dan bakal pendamping saya. Semuanya memberi satu ruang yang sangat selesa. Malah, saya tidak terfikir bahawa kegembiraan pada tahun ini memberi wardah yang sangat luas di jiwa saya.
Kesedihan. Kegembiraan lawannya kesedihan. Jika asyik gembira je dalam hidup kita, bukan manusia namanya. Salah ke? Manusia juga, tapi dalam definasi yang lain. Adakalanya, kesedihan itu datangnya daripada saya sendiri. Bagaimana saya mengawal keadaan. Bagaimana saya menjadi kesedihan itu satu kebangkitan tapi sedikit tergelincir di dalam lubang yang gelap. Bagaimana saya memperagakan diri saya dalam keadaan yang selamat tetapi saya tetap memilih jalan yang gelap. Semuanya membuatkan kesedihan saya seakan menang daripada kegembiraan.
Tahun 2014 masihi bakal melabuhkan tirai pada pukul 11.59 malam. Baliklah rumah wahai En.Tahun 2014 masihi. Tak reti-reti nak balik rumah. Masa awak dah sampai dah."Alooooooooo " |
Tapi, jika kita sering bangun daripada duduk, kegembiraan saya menutup kesedihan saya. Malah sebaik mungkin menutup segala kekusutan dan keburukan yang saya lakukan.
"Nak tunjuk baiklah tu."
"Tak adalah Mak Kiah. Saya muhasabah diri. Cuba baiki diri. Mak kiah nak ikut tak?"
Muhasabah diri. Banyak-banyak benda yang saya cuba dan terus cuba lakukan adalah muhasabah diri. Apa yang saya lakukan sebelum ini, apa yang saya niatkan sebelum ini dan apa yang saya cuba untuk ikat diri saya adalah muhasabah diri. (Dahsyat sangat kau ni Erna sampai ikat-mengikat. Hahahaha) Saya sentiasa gusar, adakah selama ini amalan saya diterima oleh Allah? Adakah perbuatan baik saya diterima oleh Allah? Adakah kesakitan dan kelelahan saya mampu menghapuskan dosa saya yang tidak tertanggung ini? Hanya Allah sahaja kita berserah.
Kesempatan. Alhamdulillah, Allah masih memberi saya peluang untuk perbetulkan segala keburukan saya. Mana yang buruk saya perbetulkan dengan niat hanya kerana Allah S.W.T. Kesempatan yang tidak mungkin datang untuk keseratus kalinya. Walhal, Allah terlalu banyak bagi kesempatan kepada saya. Begitu juga kepada rakan-rakan sekalian.
Berfikir. Kali ini saya hanya berfikir adakah saya mampu membaiki diri saya kelak? Mampukah saya sentiasa menjalani kehidupan saya dengan baik untuk kehidupan baru yang tidak lama lagi menjelma? Adakah saya mampu untuk menjadi wanita yang diharapkan? Saya mungkin ada kekurangan yang tidak dapat diterima oleh akal dan seakan kebudakan tapi saya akan cuba sebaik mungkin untuk membaiki diri saya agar ianya selari dengan kemampuan dan keadaan kita.
Bagaimana pula dengan rakan-rakan? Adakah kita sudah bersiap sedia untuk hari esok? Bukan kerana pada keesokkannya ialah tahun baru, tahun 2015 masihi tetapi kerana hari kita semakin lama semakin sengkat, semakin pendek. Mudah-mudahan kita semua berada dalam keadaan baik dan berada dalam lindungan Allah S.W.T.
Selamat melangkah TAHUN BARU, TAHUN MASIHI.
0 comments