Bismillahirrahmannirrahim.
Assalamualaikum semua.
Sekali lagi sahabat Erna, Aziah meminta Erna menyediakan satu design logo untuk warung makanan keluarganya. Oh!!! Terima kasih sahabat! Sayang ko ketat-ketat sebab percayakan kita yek. Muahhhh sikit. Sila kesat air liur di pipi leper mu itu...hehehehe...
Sebelum ini Aziah ada tempah satu design logo DISINI tapi kita bagi dia dua design logo terus. Satu untuk dia punya syarikat SMILE TO RICH dan satu lagi produk kegilaan orang Perak di sana iaitu KRUNCHEESE. Sangat awesome!!!!!! Kalau tak percaya, korang boleh hubungi Aziah di:
No. Telefon : 014-9435769 / 0134637520
Kali ini design logo yang Aziah tempah adalah logo Warung Buluh Madu. Warung Buluh Madu adalah warung makanan keluarga Aziah. So, Aziah minta Erna untuk hasilkan logo yang simple tapi nice. Tapi, cara Erna sangatlah senang.
Untuk memuaskan hati korang, korang boleh draft design logo ikut cite rasa korang. Tak kisalah draft korang macam cakar ayam ke itik ke apa ke... Tak kisah. Erna akan hasilkan mengikut apa yang korang nak. Pastu korang boleh select warna yang korang nak. Kalau tak nyatakan warna apa, Erna masuk sumbat je warna dekat logo korang. Hahahaha...
 |
| Ini Cik Aziah punya draft. Bukan kite yang buat ni. I tak pemalas tapi I nak biar client I puas hati dengan apa yang client I nak. Wahahaha.....banyak lah. |
Jadi, Cik Aziah ni seperti biasa menghantar draft yang dia inginkan. Then, Erna pun apa lagi. Hasilnya di bawah ini.
Review Logo Warung Buluh Madu :
- Tema : Elegent dan menerapkan sedikit kepada masakan dan buluh sebab Cik Aziah kata, warung dia ada buluh. Hahahaha
_5.jpg) |
| Logo Warung Buluh Madu |
Gah tak? Metsilah. Wahahaha...terpuji pulak. So, sesiapa orang Perak, jangan lupa terjah Warung Buluh Madu milik keluarga sahabat Erna ni. Bukan setakat orang perak je, sesiapa je kalau datang Perak, boleh singgah ke warung Aziah ni. Macam-macam ada. Lauk yang pelbagai. Tak percaya? Kalau tak percaya, korang pergi terjah. Alamatnya disini:
Batu 13, Jalan Segari, 34900 Pantai Remis, Perak.
Jumpa design yang akan datang. 
p/s: Berapa harga satu rekabentuk logo? Email kepada nurernahazwani@gmail.com.
Bismillahirrahmannirrahim....
Assalamualaikum semua.
Baru-baru ini, nile.com.my telah membuat satu Giveaway sempena Tahun Baru Cina 2015. Awesome!!!!! Jujurnya, saya sangat berpuas hati dengan barangan daripada nile.com.my terutamanya blouse. Sangat berpuas hati okeii. So, ada peluang ke nak menang? InsyaAllah, try and try. Kalau tak menang, bukan rezeki namanya kan? Kalau menang, Alhamdulillah.
Sebelum Erna senaraikan barang-barang yang Erna nak, korang tengok bawah ni dulu.
Next is the one important too. What that? Barang-barang yang Erna nak lah. Hanya RM150 sahaja korang dah boleh dapat banyak barang. Lagipun, harganya murah dan mampu kita miliki. Macam Erna lah. So, inilah barangnya. Jangan lupa klik gambar sebagai rujukan yek.
Jumlah harga barangan : RM52.90+RM34.90+RM38.50+RM19.90= RM146.20
Kalau korang nak join contest Giveaway daripada nile.com.my, nilah cara-caranya
:
1. Sediakan satu entry yang bertajuk "Saya Nak RM150 Produk
Percuma daripada Nile.com.my".
2. Letak banner macam yang Erna letakkan diatas tu bersertakan
backlink untuk banner tersebut.
3. Letakkan produk yang korang nak daripada Nile.com.my
bersama dengan link produk tersebut macam Erna buat diatas tu.
Lepas tu, korang emailkan kepada give_away@nile.com.my berserta dengan detail dan tajuk :
CNY Giveaway 2015 (dan nama penuh)
Link blog :
Nama Penuh :
No. Telefon :
Lepas tu, korang boleh cek kat >> SINI<< untuk tahu siapa pemenang. Tarikh tutup untuk korang update blog pada 15/02/2015, jam 11.59 malam. Keputusan akan di paparkan oleh pihak nile. com.my pada 17/02/2015, pukul 4.30 petang yek. Nak tau lebih lanjut korang pi >>SINI<< dan >>SINI JGK YEK<<.
>>Keputusan cabutan bertuah via random.org
Bismillahirrahmannirrahim.
Assalamualaikum semua. Dengan ini, saya maklumkan bahawa, umur makin bertambah. Takutnya!!!!!! Why? Why? Saya belum mampu menjadi seorang mukmin sejati apabila tahun hijrah dan tahun masihi sudah menginjak kepada satu anak tangga.
Post sebelum ini iaitu "Keseluruhan 2014, Permulaan 2015", saya ada menyatakan bahawa adakah kita sudah bersiap sedia dengan kehidupan yang seterusnya. Hari kita sebenarnya semakin lama semakin pendek, semakin sengkat. Kadangkala, ego kita yang cuba menutup perkara yang sebenar. Saya akui, kadangkala ego saya membatasi segala perkara yang benar. Sebab itu, takut. :(
Walhal, sepatutnya kita takut dengan Allah. Takut dengan azab Allah. Bila kita ingat semuanya, mudah untuk kita buang sifat ego kita. Betul tak? Jadi, saya mencari sesuatu candy yang sangat hebat untuk memberi mata dan jiwa terbuka luas.
 |
| "Padanya Ada Himah" - Prof. Dr.Muhaya Mohamad, Bahruddin BekriBaru je dapat habiskan bacaan. Mudah faham dan terasa kerdil je sebab apa yang saya lakukan sebelum ini ada kerana ego saya. Terlalu longgar untuk berharap dengan Allah. |
Penerangan yang sangat mudah difahami kerana ianya ditulis dalam bentuk cerpen.
"Alahai , nak tunjuk baik lah tu.'
"Cik Kiah, Ilmu Cik Kiah."
Banyak intipati yang kita boleh dapat dan kita boleh gunakan untuk muhasabah diri. Saya konfem, korang tak berganjak daripada tempat duduk korang. Lagipun, ianya lebih kepada memotivasikan diri kita. Antara intipati yang boleh saya senaraikan:
"Sekiranya kita menghadapi Musibah, jangan hadapinya sebagai seorang
manusia, atau guru, atau jururawat, atau doktor, atau polis, atau
pemimpin tetapi usahakanlah menghadapinya sebagai seorang mukmin. Ini
kerana, sebagai orang mukmin kita menjadi orang yang ajaib. Kita tetap
menang dlm apa jua situasi. Pada ketika kita diberi nikmat, kita
bersyukur dan mendapat pahala daripada-Nya. Pada ketika kita diberi
musibah pula, kita bersabar dan mendapat pahala daripada-Nya. Tidak
terlihatkah kita bahawa kita tetap menang di dalam apa jua situasi?"
" Sakit meberi amaran awal, bahawa kita perlu beramal. Sakit itu pencuci dosa-dosa yang lalu, sakit itu adalah cara untuk mendekatkan diri kepada Allah, tetapi kita perlu ubah dahulu persepsi kita berkenaan sakit itu. Sekiranya kita terus melihat sakit sebagai sesuatu yang tidak ada kene-mengena dengan peringatan Allah, selagi itulah kita tanpa sedar terus menyalahkan "
"Menyimpan dendam itu ibarat menyimpan racun. Awak menyimpan racun bagi meracuni dia, tetapi awak tidak sedar, racun itu jugalah yang akan membunuh awak dari dalam. Ibarat awak mengali dua kubur. Satu kubur untuk awak, satu kubur lagi untuk orang yang awak berdendam. Sekarang awak perlu maafkan sahaja kesalahannya. Hanya itu sahaja yang perlu awak buat sekarang. Sekiranya awak berjaya, saya tidak mampu bayangkan tingginya darjat awak di sisi Allah."
-Padanya Ada Hikmah (Prof. Dr. Muhaya Mohamad, Bahruddin Bekri)
Eh, cukup-cukuplah tu yek. Kalau korang nak tahu lebih lajut baik korang pergi cari buku ini. Tak mahal pun. RM13.00 sebuah buku. Untuk ilmu, untuk benteng pertahanan jiwa dan diri kita, apasalahnya kita wardahkan diri kita dengan perkara sebegini. Malah sesuai untuk seisi keluarga.
Bukan itu sahaja, ianya satu permulaan untuk kita lebih baik kepada kehidupan yang akan datang. Muhasabah diri dan terus mencari kebaikan untuk kehidupan kita kerana Allah S.W.T. Tak susahkan. Eh! susah ke? Niat kerana Allah. InsyaAllah, semuanya akan dipermudahkan.
 |
| Selamat Tahun Bahru Masihi. Semoga kita semua berada dalam Ibrah-Nya. |
Jumpa lagi di akan datang.