Mana nak cari Zentangle?


Bsimillahirrahmannirrahim.
Assalamualaikum semua.

Orang lain buat kerja, kita melangguk depan komputer. Masih menunggu hari tiba. Seronoknya lepas ini tak perlu bersusah payah nak ke tempat kerja lagi. Eh! Kak Kiah, kita bukan melangguk tau. Kita cari bahan untuk memperbaiki lagi Zentangle drawing kita. Kerja nan ado!!

Pergh, makin lama mencari ilmu dilaman sesawang tentang Zentagle, makin banyak yang Erna tertinggal. Serius, kenapa Malaysia tidak menitik beratkan satu karya yang pernuh bewarna-warni. Malah, Zentangle drawing ini mampu mengurangkan tekanan kita.

Ini yang tak sabar nak melukis balik ini. Nak kumpul karya yang carca-merba. Sebenarnya lah, Malaysia tidak pernah ketandusan pengkarya atau pelukis bukan sahaja tertumpu kepada lukisan portrait atau arcylic. Malah pengkarya atau pelukis doodle yang sudah hampir mengumpul kesemua pelukis doodle Malaysia. Kini, mereka giat menjalankan setiap even yang awesome! Erna je yang tak dapat hadir ke majlis mereka. Kekangan waktu.

Sekarang ini Erna baru tahu bahawa Malaysia ada pengkarya atau pelukis Zentangle. Such a beutiful. Setiap pattern yang dilukiskan akan menghasilkan satu seni yang sangat mantap. Malah, mereka ada workshop lagi. Erna belum dapat mampu untuk pergi. Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih. Disebabkan ada kekangan waktu untuk sertai Workshop tu, Erna cari bahan lagi, baiki lagi patterns yang ada kemudian kembangkan idea. InsyaAllah, I will take this challenge for my attire ideas.  Keep it up Erna!!

Ohh! Erna pernah tulis article mengenai Zentangle. [Klik Sini]. 

Nak tahu dimana boleh cari group Zentangle Malaysia :

Nak cari bahan berkaitan Zentangle Malaysia?
6). www.zentangle.com --> Website utama

Korang juga boleh buka mana-mana laman sesawang images like flickr, shuttershock, painterest sebab disitu penuh dengan pattern dan karya yang dihasilkan oleh mereka.

Nak tengok hasil tangan yang Erna pernah lukis zentangle kemudian stop balik? Korang boleh [Klik Sini].
Nak tau cara-cara lukis pattern yang ada, Hihihi part ini belum lagi yek. Nanti yek.

Gigih Erna mencari bahan yang berkaitan dengan Zentangles okai. Lenguh mata dan jari kita ni. Di sebabkan minat punya pasal, sanggup kita search dan menahan sabar untuk kumpul semua bahan-bahan yang berkaitan dengannya. Malah, boleh jadi cemburu tengok hasil tangan mereka yang awesome! I want to be like them! Please! Haaa! Sampai merayu-rayu lagi.

Em, nanti Erna update lagi yek. Oh ye! Segmen First-Erna Mini GiveAway[Klik Sini] masih berlangsung. Sila jemput ke segmen Erna yek. 6 orang bertuah akan dapat lukisan portrait percuma!


Love,
Erna


Share:

0 comments

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^