Review : Good Virtues Co.


Bismillahirrahmannirrahim.
Assalamualaikum semua.

Eh! Sekejapnya masa berlalu, hari ini dah Jumaat. Esok Sabtu. Rehatlah kita di rumah. Erna nak ajak korang review satu produk baru ni iaitu Good Virtues Co. Nak kata baru, 2-3 bulan jugak menjenggul di pasaran. Orang lain jenuh membeli. Erna je kene tinggal di belakang. 

Packaging dia cantik Kak Kiah!!! Amboi! Tengok packaging je ke? Eh! Mana ada Kak Kiah. Mestilah tengok bahan yang digunakan dalam produk tu. Buatan daripada mana. Halal ke tak. Kemudian, wangi ke tak. Tapi kak Kiah, packaging akan menentukan customer tu tertarik untuk cuba atau pun tidak. Erna tertarik masa Erna singgah ke Watson.

Sebenarnya, Erna nak tukar syampu rambut. Memandangkan rambut Erna makin gugur dan kelumumur makin banyak, Erna cakap dengan En.Husband yang Erna nak tukar syampu. Risau tengok rambut. Tak keruan jadinya. Untuk En.Husband dan kesihatan diri, Erna wajib beli syampu baru. 

Jadinya, produk Good Virtues Co. ada menghasilkan syampu rambut untuk masalah kelumumur dan rambut gugur. Good Virtues Co. juga ada menghasilkan sabun badan mengikut masalah kulit badan dan penjagaan wajah. Semuanya adalah produk untuk penjagaan asas peribadi. 

Good Virtues Co. adalah produk baru yang baru muncul di pasaran. Bahan utama dalam setiap produk- produk mereka ialah minyak biji hitam atau dikenali sebagai minyak habatusauda atau black seed oil. That's the important ingredient dan it's organic.Betul ke ni? Malah, produk yang ada dalam Good Virtues Co. dijamin halal serta ianya merupakan buatan Malaysia. Produknya wangi. Tapi akan jadi masalah bagi mereka yang ada alahan dengan frangance. 


Antara produk yang Erna grab di watson. semua ni lebih kurang RM30++ macam tu. Cantikkan pakaging dia. Warna-warni lagi. Addicted dengan bau wangi dia.

Syampu anti-Dandruff dan perlindungan rambut untuk rambut gugur menggunakan Biji Hitam/Habatussauda. Superb best. Tapi rambut akan jadi keras. Tak boleh guna syampu je. Kejung rambut korang nanti. 

Anti-Dandruff conditioner juga menggunakan bahan Habatussauda.. Wajib guna conditioner selepas syampu rambut. Baru rambut halus, mulus, lembut. 

Lepas cuci rambut menggunakan syampu dan conditioner, kita sapu rambut dengan Hair serum juga menggunakan bahan Habatussauda. Jangan risau, rambut tetap wangi Kak Kiah. Sampai ke esok pagi, rambut masih bau wangi.

Ini tambahan penjagaan je. Lotion badan dan tangan. Erna asyik cium tangan je sebab wangi gila. Hahaha

Betulkan apa yang Erna cakap Kak Kiah, cantikkan packaging dia. Memang menarik perhatian Erna. Kemudian setiap pakaging tu ada perkataan yang positif seperti 'HAPPLY' , 'HEAVENLY' , 'HELPFUL' , 'DELIGHT' dan macam-macam lagi.

Alhamdulillah, seminggu dah Erna pakai syampu dan lotion badan. Respon En.Husband pun sangat positif. Rambut jadi wangi, lembut. Kelumumur pun dah berkurang. En.Husband yang katalah. Sebab dia yang tolong cekkan rambut. Rambut pun dah kurang gugur. Respon yang paling positif, En.Husband suka cium bau. Hahahahaha

Disebabkan Erna juga, Mak dan adik pun terjerat dengan produk Good Virtues Co. Erna dah belikan untuk mereka secara belian online. Harap-harap sampailah kat kampung tu.

Lupa nak bagi tahu, korang boleh dapatkan produk Good Virtues Co. ini di setiap watson seluruh Malaysia atau boleh beli secara online.



Selamat mencuba!





Share:

3 comments

  1. hari tu mak suruh try syampu ni lah.. sebenarnya dah lama tengok, cuma tak try..

    ni dah ada review ni, bolehla try.. thank you

    ReplyDelete
  2. Good entri!! Siqah memang tengah mencari syampu. Masalah yang sama macam erna. Boleh cuba juga syampu ni. Thank you! :)

    ReplyDelete
  3. memang menarik packaging dia tapi takut nak try..hehe..

    ReplyDelete

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^