Family Gathering FLOC SRCJ 2014

Bismillahirrahmannirrahim. Assalamualaikum semua.

Sebelum ini, saya ada berjanji untuk menceritakan tentang sebuah program yang berlangsung di Desaru Damai Beach Resort, Desaru, Johor. Sebelum ini, saya ada buat sedikit review tentang Desaru Damai Beach Resort [Klik Sini]. Dalam review tu, saya ada sebut program, kelab kereta dan hari keluarga/gathering. Adakan kan? Ada tu, cuba baca balik.

Jadi, kali ini saya datang menunaikan janji saya untuk menceritakan tentang tugasan saya dan aktiviti yang dijalankan. Tapi, nak inform awal-awal la sebab review saya separuh program je tau. * Mengapa????? Tolong bagitau sama patik sebabnya.* Oit2...... Tak yahlah berdrama dekat sini. Buat malu je...hahahaha....

Setelah sekian lama duduk di bawah ketiak emak lepas tu beralih bawah ketiak drama swasta, akhirnya saya kembali berprogam dan tolong handle program luar daripada universiti *sekarang dah kerja ye bibik*. Yahooooo!!! gembira kot... Lama kot tak berprogram dan bermesyuarat segala bagai. Ehh! Lupa nak bagitau nama program tu. Programnya ialah "Family Gathering SRCJ FLOC 2014" yang dikendalikan oleh sebuah kelab kereta saga iaitu "FL Owner Club Southern Region Johor (FLOC SRCJ)".  Program ini diadakan pada 3-4 Mei 2014 di Desaru Damai Beach Resort tu lah. Oh!!!! hangpa masuk kelab kereta ka? Eh, Dok eh. Bukan. Saya bukan ahli kelab kereta tu pun. Nape??  hangpa ingat budak kelab kereta ni asyik melepak je ka? *sambil melentokkan suara ala Fifi Hot fm gitu* Takda maknanya, mereka ada aktiviti mereka sendiri apa.

Macam mana saya boleh terlibat secara tak langsung dalam program ni?  Panjang ceritanya tapi saya pendekkan lah yek. En. Tunang saya ahli kelab kereta FLOC SRCJ. Dalam masa yang sama * datang dah bahasa baku dia tu*, housemate saya merangkap tuan rumah merangkap bride-to-be yang tinggal beberapa hari je ni *Ohoi!!! nak jadi bini orang* lain tak bukan Kak Alya tu pon ahli kelab kereta FLOC SRCJ. Orang penting jugak tu. Entah macam mana, saya terofer diri untuk membantu merekabentuk beberapa design logo untuk program tu.

Asalnya, niat menolong jelah. Tak mintak upah pon. Lepas tu, depa terus masukkan saya dalam list ajk program. Terima kasihlah korang bagi peluang kepada kita ni yang asalnya orang luar, tapi tulah ikatan keluarga kan. Dari situlah, saya menyediakan beberapa draft design untuk baju dan botol sebagai cenderahati dalam program tu. Yang bawah ni, tugas merekabentuk yang dihasilkan. Tema program ialah 'blue'. Sinonim untuk laut.


Sticker untuk crew daripada no 1 sehingga no 85. Banyak lebih wo.

Sticker untuk Marshal. Agak berbeza sedikit dari segi susunan tapi masih mengekalkan keserasian dengan sticker crew tu.

Design untuk diletakkan/dicetakkan pada botol minuman.

Design untuk diletakkan/dicetak pada baju dan beg.

Haaa! nilah hasilnya selepas dicetak. Cantikkan!!!!  Untung dia orang ni. Dapat baju, botol dan bag lagi.

Tugasan terakhir saya ialah menempah kek untuk sambutan hari jadi untuk baby floc. * Baby FLOC lah sangat, masing-masing nak jadi mak dan bapak budak...wahahahahaha (gelak kejam)*

Dalam posting Desaru Damai Beach Resort [Klik Sini] , saya ada nyatakan ketika hari kejadian, saya hanya melibatkan pada hari pertama sahaja. Daripada tengah hari sampai ke petang. Padahal program tu 2 hari 1 malam. Program ini berbayar tau. Jadi, disebabkan kekangan kewangan, saya hanya mengikuti program tu pada hari pertama sebelah petang sahaja. * uitt tak jauh ke?*  Mana ada jauh. Kampung saya pun sekitar situ je. Untungkan? hahahahaha

Sekitar pemasang sticker crew dan sticker Marshal. Tungkus lumus perah idea nak wat sticker Mak jemah oitt...Akhirnya, depa pasang jugak sticker den ni haa!!!! Aktiviti ni bermula sebelum mereka memulakan konvoi. Tak silaplah, mereka berkumpul di RNR Pandan. Taklimat pun diberi kat sana jugak.

Sekitar di meja pendaftaran. Saya gerak lambat daripada kampung. Dalam pukul 11.55 pagi saya gerak dan tiba di sana pada pukul 12.10 tengah hari. Masa saya sampai, mereka sudah berada di Bandar Penawar tapi belum masuk ke Desaru Damai lagi. Sementara menunggu mereka tiba, saya jalan-jalan di kawasan resort tu. Tu yang buat review tentang Desaru Damai Resort tu. Lepas tu, beberapa ajk yang lain gerak masuk ke resort awal daripada kelompok yang besar untuk set up bahagian pendaftaran.

Sekitar sukaneka di sebelah petang hari. Selepas masing-masing dapat kunci bilik dan berehat seketika, mereka perlu bersiap sedia untuk aktiviti sukaneka. Nampak simple tetapi penuh dengan imaginasi masing-masing. Mereka diminta untuk memakai T-Shirt program. *Macam cantik je T-Shirt tu..kikikiki*

Sekitar sukaneka lagi. Ini adalah salah satu sukaneka yang dijalankan yang diberi nama Menara Belon. Aktivitinya mudah je. Mereka dibahagikan dalam 4 kumupulan. Setiap kumpulan diberi beberapa belon yang belum ditiup dan selotip. Kemudian, mereka dikehendaki membina menara menggunakan belon tersebut. Kumpulan mana yang dapat menghasilkan menara yang paling tinggi dan kukuh, kumpulan itu adalah pemenangnya. Belon yang meletop tidak boleh diganti balik. Haaaa!!!!! Ni baru belon, cuba bina menara menggunakan batang paip PVC. Agak-agak korang, berapa batang paip yang boleh dibina setinggi alam bangunan? Antara sukaneka yang lain ialah Kapal Terbang MH370 (yang ini menggunakan kepakaran sains okay. Agak-agak angin hala kemana, korang baling kapal terbang menggunakan surat khabar dan masukkan ke dalam baldi. Masalahnya, semua fail!!! hahahahaha) dan Tarik Tali (Game tarik tali yang terakhir sebelum mereka melompat ke dalam laut).

Walaupun, suku hari je saya dengan dia orang ni, tapi best. Sebab apa best? Sebab mereka sangat sporting dan kebanyakkan daripada mereka sudah berkahwin. Melepaslah kak alya nak berhoneymoon masa program ni...Wahahaha... Ada jugak yang bawa mak tau.

Kadang kala, kita fikir mereka daripada kelab kereta ini memiliki sosial yang tinggi. Yes!! mereka memiliki sosial yang tinggi tapi sosial mereka umpama sebuah keluarga yang besar. Membina ukhwah yang besar. Bukan setakat melepak kosong yang boleh menghuru harakan keadaan tapi mereka berkumpul dalam membina satu persahabatan yang luas. Sama juga ketika kita berada di alam universiti dan alam pekerjaan. Dengan adanya kelab kereta sebegini, mereka berpeluang untuk mencerita masalah kereta yang mereka hadapi, berkongsi pandangan dan mereka juga sangat happening kot!!!!!

Tak salah nak melibatkan diri dalam mana-mana kelab kereta, atau mana-mana kelab selain daripada kereta. Kelab jungle tracking ke apa ke * bukan clubbing okai..no..no..no..no, bukan jugak kelab merokok yek...itu binasa namanya*, asalkan masing-masing tahu mana yang baik dan mana yang buruk. Dan yang penting, ada sifat ingat-mengingati dalam tuntutan perintah Allah. InsyaAllah, kelab itu adalah kelab yang berjaya.

So, jangan korang nak ngada-ngada cakap budak kelab kereta pendek akal. Wahahahaha...sebab saya dah join bermacam-macam aktiviti dengan dia orang ni. *Padahal baru setahun mengenali dia orang ni* Wahahaha...

Oklah, panjang pulak reviewnya. Ini baru suku hari je. Belum 3 hari 2 malam. Sampai berbahagian agaknya. InsyaAllah, jika ada program lain bersama mereka lagi, saya akan buat review ok. Terima kasih membaca.


**** Credit kepada crew media dan ahli-ahli kelab yang mengambil gambar. Wahaha...sorry curi-curi gambar.
******Terasa nak buat imbauan/kenangan berprogram masa zaman matrik dan zaman Universiti dulu lah. InsyaAllah...Baru ada bahan bacaan kan?






Share:

2 comments

  1. Meriahnya.... FLOC tu apa erk..??

    ReplyDelete
    Replies
    1. FLOC tu FL Owner Club sis...tu saye ade mention..hihihi...

      Delete

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^