Perubahan yang menghilangkan kenangan


Bismillahirrahamannirrahim.
Assalamualaikum semua.

Ahad yang lepas, Erna dan En.Husband balik kampung. Memang sebulan sekali kami akan balik kampung Bukit Raja, Sg,Rengit. Kebiasannya kami akan balik bila En.Husband off day. Terkena pula pada hari Ahad. Jadi dapatlah balik sekejap.

Memandangkan hari Ahad tu, En.Husband kepenatan bekerja, kitalah yang memandu. Walaupun kepenatan melanda sejak seminggu yang lalu, untuk husband yang mengantuk dan penat bekerja, kita pun pandulah kereta. Tapi seronok dapat bawa kereta pagi-pagi. Kenderaan tak banyak. Smooth je highway Senai-Desaru. 

Tapi satu je Erna nak pesan, bagi sesiapa yang ingin ke Pengerang, silalah ikut jalan alternatif untuk mengelak lubang-lubang yang ada yek. Besar-besar pula tu disebabkan projek RAPID. Erna amik kesempatan untuk melihat perubahan yang berlaku di Teluk Ramunia. Serius, kiri-kanan semuanya bengkel-bengkel dan company baru. Sebelum ini, tak ada pun. Dahlah tepi pantai. Lepas tu, ada pulak taman rumah 3 tingkat. Amboi, ingat bandar ke. Eh! tak boleh nak cakaplah. Itu baru Teluk Ramunia, belum lagi Sunai Rengit hingga ke bekas Sungai Kapal. Kenapa bekas Sungai Kapal? Di sebabkan projek RAPID tulah jadi Sungai Kapal jadi bekas Sungai Kapal. Tak ada dah Sungai Kapal. Ini semua gara-gara tutttt. Tak baik cakap kat sini.

Sejak-sejak ada prjek RAPID Pengerang ini, semua orang berlumba-lumba nak buat duit. Sewa rumah dengan harga beribu-ribu. Penyewa mesti daripada company. Ada orang tertentu je boleh menyewa. Disebabkan projek tu jugalah, kepanasan melanda di tanah Pengerang, berhabuk. Lepas tu boleh jadi jem kat sungai rengit setiap pagi dan petang, kemalangan jangan cakaplah. Semuanya melibatkan orang-orang yang bawak hilux. Sampaikan ayah Erna terus buat bonggol kat kampung. Sebabnya orang-orang yang bawa hilux ni tak faham bahasa. Bawa laju-laju. Tak tahu agaknya itu kawasan kampung bukan bandar. Eiii...lecehlah ada projek ini. Menyesakkan,

Disebabkan projek inilah, kampung tergadai. Tempat bermain telah hilang. Memang dapat duit, tapi warisan orang-orang dulu  dah hilang disebabkan projek ini. Biarlah macam dulu, orang tak kenal pun Pengerang tu kat mana. Tapi sekarang ini orang kenal Pengerang disebabkan projek ini. Projek yang mengadaikan warisan untuk generasi seterusnya.

En.Husband geram je tengok-tengok bangla yang bertapak di Pengerang. Erna minta dia bersabar. Selagi mereka ada permit, kita tak boleh nak buat apa. Tu kat kampung tu ramai rasanya yang dah tamat permit. Itu boleh mendatangkan geram. Siap ayah bawa En.Husband pergi tengok kawasan yang di huni bangla. Kampung pun dah tak selamat dah. Dulu siap boleh jalan kaki lagi pusing-pusing kampung. Sekarang, semua budak kene kurung dalam rumah. Tak selamat dah. Dahlah jenis bangsa yang ambil barang orang. Rumah orang tu, pakai terjah ambil hak orang. Emak siap cerita kes curi menjadi-jadi kat kampung. Sabar ye En.Husband, tunggu masa je p cekup orang-orang asing tu. Ni pun gara-gara orang TUUTTTTTTTT. Tak boleh juga cakap kat sini.

Kan dah bebel panjang. Rindu dah kampung dulu, Sungai rengit dulu, Teluk Ramunia dulu dan Pengerang dulu. Ini semuanya gara TUTTTTTTTT!!!.

Geram dah ni.





Tags:

Share:

1 comments

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^