Durian Sudah Mari!


Bismillahirrahmannirrahim.
Assalamualaikum semua.

Akhirnya, nafsu makan durian dah kembali semula. Seronoknya. Nasib baik boleh bau durian. Kalau tak, asyik mengelak je bila nampak durian.

Disebabkan MIL dan FIL serta adik ipar datang, En. Husband dan Erna pun bawalah mereka pergi jalan-jalan. Tetiba, adik ipar boleh kata 'TERINGIN' nak makan durian, maka kami pun bawalah pergi ke tempat makan durian di A Mart Tampoi, Johor Bahru.

Perghh!!! dapat pula durian yang King punya. Harga pun kinglah. Tapi, masing-masing puas hatilah.
Puas hati memang puas hati tapi kenelah beringat, bahawasanya durian bersifat panas. Kemudian, melahap ketika elnino melanda, musim panas yang membahang. Jadinya, panas dalam lah jawabnya kan. 

Nampak tak isi die yang gebu. Inilah durian king segala king. Berlemak, tapi tak manis dan tak muak makan.

Nikmat betul En.Husband makan. Nampak sangat menahan lama untuk makan.

My MIL and my FIL. 

Budak yang berbaju hijau tulah yang mengidam makan durian. Mengalahkan ibu mengandung. Hihihi. Lepastu angin je memanjang.

Fuhhhh!!! basah tilam kami dengan peluh yang mencurah-curah. Take some precaution before the hard condition appeared. Kami minum ikut cara orang tua-tualah. Petua untuk mengurangkan panas dalam selepas makan durian ialah minum air dalam bekas durian. Walaupun peluh mencurah-curah, tapi masih bertahan sebab amalkan petua orang tua-tua.

Asbab betul makan durian ketika musim panas. Nasib baik tak makan banyak. Itu pun segala atok nenek angin datang menerpa. Nasib baik tak lama. 

Eh! Eh! terselit pula si comel ni. Terima kasih emak, ayah, ika, adik ipar dan adik sebab sudi datang rumah dan bawa si comel ni yang semakin bijak. Inilah Si comel Muhammad Rafiq bin Norazizan selepas 2 bulan. Tunggu mak long ahad ni yek. Mak long cuti balik kampung.

pss:// Gambar tak berapa cantik sebab Handphone boleh hang.



Share:

6 comments

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^