Smudge Painting dalam bentuk frame


Bismillahirrahmannirrahim.
Assalamualaikum semua.

Adoi, muka merah Kak Kiah! Kenapa? Panas ke? Maaf ye Kak Kiah. Kepenatan dan tengah bekerja untuk siapkan lukisan ni. Jenuh juga. Hihihi, terima kasih kepada yang bloglist yang menang untuk segmen erna tu kerana sudi hantar gambar yek. InsyaAllah, masih dalam proses menyiapkan lukisan. 

Ada antara korang yang telah menerima lukisan tu. Hope korang sangat berpuas hati. Lepas siap lukisan itu, Erna akan review page korang dan perkenalkan di laman page facebook Erna yek. InsyaAllah.

Ok, kali ini Erna nak kongsi satu hasil lukisan smudge painting yang Erna telah siap sebelum dalam bentuk Frame. Sila [Klik Sini] untuk ke smudge painting tersebut. Sahabat erna tempah dengan pakej bersama frame untuk dihadiahkan kepada sahabat beliau. Akhirnya, lukisan tersebut sudah sampai ke penerima. Macam-macam halangan lukisan itu kene tempuh. Akhirnya, sampai juga kepada penerima. 



Alhamdulillah, kawan Erna berpuas hati, penerima berpuas hati dan Erna pun berpuas hati. Jika korang nak lukisan format digital itu dicuci dan diframekan, meh sini hubungi Erna. Tapi, sebelum tu jangan lupa jenguk page [Tempah Painting] untuk tahu maklumat dengan lebih lanjut. 

Oh, ye! Akan menyusul satu segmen mini giveaway untuk bulan Mei nanti. Bulan Mei banyak sambutankan? Bolehlah buat. Korang tunggu yek. Kali ini judge dia bukan random.org tapi En.Husband sendiri. Amik kau. Masalahnya, dia pun tak tahu yang dia akan jadi Judge.

Oklah, jumpa lagi!



Share:

0 comments

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^