Shopping Barang Hias Rumah


Bismillahirrahamannirrahim
Assalamualaikum semua..

Allah jadikan perempuan dengan sifat suka membeli belah. Walaupun mulut kata, "Alaa, kita bukannya suka beli baju mahal-mahal, murah-murah je bajunya.". Hakikatnya, tetap membeli belah juga kak Kiah. 

Erna memang spesis manusia wanita yang tidak shopping sangat. Tapi, bila dapat shopping, penuh tangan. Biasanya, ianya akan terjadi pada awal bulan setiap bulan dan awal tahun setiap tahun. Awal bulan setiap bulan tertumpu kepada shopping barang dapur, manakala awal tahun setiap tahun pula adalah shopping barang-barang peribadi terutamanya barang-barang Erna dan En.Husband. Kami akan borong barang yang murah tapi puas hati.

Kadang-kadang tu, Erna akan beli barang-barang keperluan rumah atau hiasan rumah. Hari ini beli 3 barang, esok beli 4 barang, lusa beli 3 barang, hari seterusnya 3 barang lagi. Lama-lama banyak barang yang dibeli. Itulah cara Erna shopping.

Kali ini, Erna banyak beli barang untuk menghias rumah. Dalam masa yang sama, tengah buat senarai untuk membeli perkakas tanaman pulak dan beberapa lagi barang keperluan rumah. Balkoni belakang tu adalah pokok cili padi dan daun kesum dalam satu bekas. Banyak lagi kepala otak ni suruh beli. Beli sikit-sikit, lama-lama berlambaklah dalam rumah.

Hasil tangkapan untuk hiasan rumah. Selagi terasa kosong dan terasa macam ada je nak tambah, automatik tangan mengambil. Hasil tangkapan ini berlaku di Mr.DIY . U Mall Taman Universiti.


Jadi, En.Husband jangan mengeluhlah yek. Nasib baik isterimu ini tak minta belian dan gelang emas satu tangan. Semput nak cari duit. Hihihihi......








Share:

1 comments

  1. Masa membeli barang dapur memang buat tiap bulan. Biar beli sekaligus barang dapur untuk sebulan kan. Untuk barang peribadi, siqah je biasa beli barang. Hii. Rasa boros je. lebih kepada keinginan nampaknya :)

    ReplyDelete

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^