Kerana Sha & Shah, suami beromantika

Bismillahirrahmannirrahim..
Assalamualaikum semua...

Finally, cerita Sha & Shah tamat juga. Setiap kali tengok drama Sha dan Shah, memang tergolek dan senyum sakan. Bila En.Husband tak ada, kita pun tengok dengan senyum sipu sorang-sorang. Nasib baik rumah kecik je. Kalau besar, gamaknya naik bulu roma. Tapi, bila En.Husband ada, habis tangan En.Husband saya gomol-gomol. Maunya tak, drama tu lawak ok.

[Sumber gambar daripada google]


Walaupun drama itu merupakan adaptasi daripada sebuah novel berjudul Sha dan Shah, tapi comel lah jugak. Semalam adalah episod yang terakhir. En.Husband yang baru balik daripada kerja pun join sekaki dengan Erna. Sambil makan, sambil tengok drama. Buruk perangai makan malam-malam. Mana tak boncet. Nak buat macam mana Kak Kiah, En.Husband balik daripada kerja pukul 10. mestilah lapo.

Inilah bukunya.[Sumber gambar daripada google]


Habis tangan En.Husband kita gomol. Lepas tu En.Husband pun buat muka pelik. Selesai je cerita, terus je En.Husband up status dekat Facebook dia. Amboi, dia yang lebih. Apa status yang di up oleh En.Husband?

Em....Rahsia..... haha..Berpuluh kawan dia like status dia. Amboi En.Husband. Pancing nampak. hahahaha. En.Husband kata, suami tu tak perlu sweet-sweet sebab jika dia jalankan tanggungjawabnya, sweet itu akan datang dengan sendiri. Yeke? Lepas tu, minta kita like. Yeaaa, I am the first one to like his status. Gembira tak En.Husband.

Yes, usia perkahwinan kami masih muda dan masih jauh perjalanannya. Masih belajar sehingga menjadi suami isteri yang diredhai Allah. Kehidupan kami yang lepas itulah pembelajaran kami untuk hari ini.


Bagi yang belum menonton drama Sha dan Shah, boleh lah download kat sini [Klik url tu yek]:





Jumpa lagi!!!


Share:

0 comments

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^