Pregnancy False

Assalamualaikum...

Agak meruntun jiwa ini bila orang-orang kampung sibuk bertanya "Dah ada isi ke?"; "Bila nak dapat anak?" , "Adik dah nak bersalin, kakaknya bila lagi?". Agak-agaklah nak bertanya. Kecik hati I tau. Tapi tak mengapa, Allah lebih tahu. Nasib baik mak kita faham.

Tapi kak Kiah, kadang-kadang sentap jugak ni. Sebab, ada sekali tu kita dapat "Pregnancy False" tau? Apa kejadah "Pregnancy False" tu? Pregnancy False ni merupakan tanda-tanda seakan orang menggandung tetapi ianya hanyalah tanda sebaliknya. Tup-tup eh Cik P mai dah.

Nak tahu lai lanjut, mai sini kita cerita dengan lebih panjang.


Pseudocyesis

Kes pseudocyesis telah direkod dejak zaman purba. Hippocratesmemberikan rekod bertulispertama sekitar 300 B.C. apabila dia merekodkan 12 kes wanita dengan masaalah tersebut. Ratu England, Mary I (1516-1558), kemungkinannya contoh watak sejarah barat paling terkenal, yang beberapa kali percaya bahawa dia mengandung, sungguhpun sebenarnya tidak. Sesetengah menyandarkan keganasan yang memberikan gelarannya "Mary Berdarah" sebagai reaksi pada kekecewaan apabila menyedari dia tidak mengandung. Sejarahwan perubatan lain mempercayai bahawa doktor Ratu tersilap mengenal pasti ketumbuhan fibroid dalam uterusnya sebagai kehamilan. John Mason Good mencipta istilah pseudocyesis dari bahasa Greek pseudes (palsu) dan kyesis(hamil) pada 1923.

Tanda dan gejala

Gejala pseudocyesis menyerupai gejala kehamilan sebenar dan sering kali sukar dibezakan antara keduanya. Tanda-tanda semulajadi sepertiamenorrhoeamabuk pagi, puting sensitif, dan kenaikan berat badan mungkin hadir. Ramai pengamal perubatan profesional terkeliru oleh gejala yang dikaitkan dengan pseudocyesis. Penyelidik menunjukkan bahawa 18% wanita yang mengalami pseudocyesis pernah pada satu masa didiagnosis sebagai mengandung oleh pengamal perubatan profesional.
Ciri-ciri yang melambangkan pseudocyesis yaitu yang berlaku pada semua kes adalah kesemua pesakit yang mengidapnya yakin bahawa dirinya mengandung. Perut buncit adalah gejala fizikal biasa bagi pseudocyesis (60–90%). Perut membuncit dalam cara yang sama seperti kehamilan, dengan itu wanita yang mengidapnya kelihatan mengandung. Gejala ini sering kali pulis di bawah bius umum dan perut wanita kembali susut kepada saiz normal.
Tanda fizikal kedua paling biasa bagi pseudocyesis adalah haid tidak menentu (50–90%). Wanita turut melaporkan mengalami perasaan pergerakan fetus yang dikenali sebagai menendang, sungguhpun tidak ada kehadiran fetus (50%–75%). Tanda dan gejala biasa yang lain termasuk sindrom berkaitan dengan perut ("gastrointestinal", perubahan payu dara atau rembesan, sakil bersalin, bengkak uterin, dan pangkal rahim menjadi lembut. Satu peratus wanita akhirnya mengalami sakit bersalin palsu.
Untuk di diagnosis sebagai pseudocyesis sebenar, wanita tersebut mesti yakin bahawa dirinya sebenarnya mengandung. Apabila seseorang wanita dengan sengaja dan secara sedar memalsukan kehamilan, ia diistilah kehamilan tiruan (“simulated pregnancy”).

Punca

Terdapat pelbagai penjelasan, tidak satupun diterima secara menyeluruh. Teori psikodinamik menyandarkan kehamilan tiruan kepada konflik emosi. Ia dipercayai bahawa keinginan kuat bagi menjadi hamil, atau kebimbangan amat untuk mengandung mampu mencipta konflik dalaman dan perubahan pada system endokrin, yang mungkin menjelaskan sebahagian dari gejala pseudocyesis. Teori lain menyentuh mengenai memenuhi keinginan. Ia menyatakan bahawa jika wanita tersangat ingin hamil wanita tersebut mungkin menafsir perubahan kecil pada tubuhnya sebagai tanda kehamilan. Cadangan mekanisma biologi termasuk kesan tekanan pada paksi hipotalamik-pituitari-adrenalsembelit, peningkatan berat badan, dan pergerakan gas dalam usus kecil.

(Sumber :  Wikipidea)

Yes, Erna hampir mengalami Pregnancy False. Mahu nak terkam orang je. Nasin baik mood tak teruk. Husband selalu pesan, Allah lebih tahu apa yang terbaik buat kami. Mungkin bukan sekarang kami belum memilik atau mungkin esok lusa Allah akan hadir sesuatu yang lebih berharga.

Tawakal dan usaha. InsyaAllah, lambat atau cepat ianya tetap hadir. Baru nak masuk 7 bulan lebih Kak Kiah. Maybe some people said, it's to loog to get a baby. Tetapi bagaimana pula dengan pasangan yang sudah 10, 11 tahun berkahwin dan ade yang lebih daripada itu belum dikurniakan anak dan ketika itu jugak Allah hadirkan insan kecil sebagai hadiah dan rezeki akan kesabaran mereka? Allah lebih mengetahui.

Bagi yang masih menanti, teruskan usaha dan jangan putus asa. InsyaAllah.

Jumpa lagi.








Share:

0 comments

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^