Segmen irrayyan | Sejarah Blog Along.Wawa.Erna

Bismillahirrahamnirrahim...
Assalamualaikum semua....

Klik Banner



Sejarah Blog Erna (Along.Wawa.Erna)

Sudah lama sangat tidak mengarang. Kali terakhir mengarang karangan panjang adalah ketika dalam peperiksaan SPM 2006. Lama sangat Kak Kiah! Alhamdulillah, terpanggil untuk menyertai satu segmen yang agak mencabar. Sebabnya ialah kita wajib mengarang. Dah itu syarat-syarat MommyIrra letakkan. Tetapi segmen ini sangat segar. Kita boleh ingat balik apa yang kita pernah kongsi dalam blog kita. Kita scroll balik apa yang kita pernah kongsikan.

Blog Erna ni, jika kawan-kawan tengok di bahagian "Penulisan Hari ini", menunjukkan sudah 4 tahun usianya. Akan tetapi blog ini adalah blog kedua Erna. Sejarah Erna menulis di dalam blog ketika Erna berada di alam universiti. Ketika itu, Erna berada dalam kelas En.Zubaile Pada tahun 2009(Tahun pertama sem 2), pensyarah yang mengajar subjek "Information system". Beliau memperkenalkan blog kepada kami. Masa tu Erna mengantuk giler sebabnya kelas tersebut berlaku pada sesi petang. Kantoi sudah!!!!  Erna tak tidur okk.

Masa itulah Erna mengenali blogger. Bagaimana untuk menguruskan blog kita. Tapi, masa itu Erna agak lembap sikitlah. Macam chipsmore pun yek. Sekejap muncul sekejap tidak. Dan ketika itu jugalah, lahirnya blog pertama Erna iaitu "Dunia Senyuman". Masa tu, follower Erna tak ramai. Hanya dikalangan rakan-rakan universiti. Ketika itu, Erna tidak mengenali Nuffnang, SEO dan apa-apa yang berkaitan dengan blog. Sikit-sikit Erna belajar. Macam mana nak trick rakan-rakan follow kita. Mencantikkan blog kita.

Kebanyakkan post juga berkisarkan kehidupan di universiti, program-program yang Erna pernah ikuti. Semuanya Erna share di dalam blog "Dunia Senyuman". Pada tahun 2012, Erna terpaksa menutup blog "Dunia Senyuman" kepada publik dan melahirkan blog baru iaitu "Along.Wawa.Erna".

Kenapa tutup blog lama dan buka blog baru? Ianya umpama tutup buku lama, buka buku baru. Macam tulah. Ada kisah di dalam blog lama yang Erna tidak mampu untuk meneruskannya lagi. Memandangkan Erna tidak boleh melupakan terus hobi blogging ini, Erna buka blog baru. Akhirnya, termeterailah blog Along.Wawa.Erna. Ianya lebih tertumpu dengan kehidupan Erna sekarang dan berkongsi tentang karya-karya Erna.

Mengapa Along.Wawa.Erna? Along, Wawa dan Erna adalah 3 nama panggilan Erna dikalangan keluarga dan rakan-rakan. Erna yakin semua orang ada nama panggilan, nama timangan dan nama pena sendiri melainkan nama asal. Betul tak? Oleh itu, Erna abadikan 3 nama Erna di dalam blog Erna. Malahan suami Erna sendiri menyokong dengan nama tersebut. Every one will be remember my own name.

Agak kelakarkan nama blog Erna. Alhamdulillah usia blog lama Erna, Dunia Senyuman(hanya kita sahaja yang boleh buka) dan blog Along.Wawa.Erna ini almost 7 years. But for Along.Wawa.Erna was 4 years only. Lama juga kita bloging. Oh ye....Erna ni pun macam chipsmore jugak. Sekejap aktif berblog. Sekejap tidak. Mengikut kekangan waktu dan internet connection  jugak. Tetapi, Erna akan sentiasa berusaha untuk update yek.

Oklah, jika korang rasa segmen ini bagus, apa kata korang sertai segmen MommyIrra ni. Boleh kita kongsi sejarah blog masing-masing. Seronok apabila kita bace sejarah blog kawan-kawan. Jangan lupa klik banner di atas yek.

Terima kasih masih bertahan dengan Erna dan terima kasih membaca.

Jumpa lagi....



Share:

2 comments

  1. Terima kasih along.wawa.erna join segmen mommy. Salam ukhuwah n salam kenal dari mommy. Seronoknya erna dah lama abadikan cerita2 dlm blog. Kalau lupa boleh cari dlm blog kan. Thanks again :*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih mummyIrra. betul sgt mommy. Rasa-rasa nak imbau kenangan, Erna akan bukak dan baca semula. Such a beutiful memory.

      Delete

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^