Iftar FLOC SRCJ, Pontian

Bismillahirrahamanirrahim. Assalamalaikum semua.

Alhamdulillah, kita sudah memasuki fasa ke-2 bulan Ramadhan, 1435. Tak lama lagi kita bakal memasuki fasa ketiga iaitu fasa terakhir bulan Ramadhan, 1435 Hijrah. Ohoi, dah nak habis ke? Cepatnya lahai. Rating Ramadhan korang macam mana? Naik tak? Eh! Eh! Sorry-sorry. Korang mesti terkejut, tetibe je den datangkan? Yolah, lama dah menyepi. Beberapa minggu ni memang busy Cik Kiah. Tak cukup tangan. Tu yang menyepi.

Oklah, semalam, saya ada iftar bersama keluarga FLOC SRCJ. Saya ulang kembali, FLOC SRCJ adalah sebuah kelab kereta FL Owner Club-Southern Region Johor (kelab kereta Saga). Oh! Jangan panik, ini bukan kelab kereta yang suka melepak. Ini kelab kereta berkeluarga. InsyaAllah, aktiviti die orang semua ada tujuan. Faham? Tak faham? Tak mengapa, kenali mereka baru tahu. Hahahahaha....

Semalam, kami ada iftar di Pontian. Ramai juga yang turun iftar. Alhamdulillah, kali ini en.Tunang ada bersama. Of courselah, dia salah seorang ahli kelab ni. So, saya pun dapat tempiasnya. Lepas tu, Kak Alya tuan rumah kepada rumah sewa saya ni, yang dah jadi bini orang dan bakal mummy to be tu ahli kelab kereta jugak. Eh, apa yang melalut ni..hahaha.

So, saya dan en. Tunang bertolak dari Skudai dalam pukul 05.15 petang. Saya kira, kami paling lambat. Rupanya, kami bertembung dengan ahli kelab SRCJ dari Pasir gudang di Pekan Nenas. Apa lagi, kami pun follow depalah. Kami sampai lewat ke tempat berkumpul kami iaitu Sea Side Pontian. Wo, jalan jem wo. Ingatkan dalam pukul 6 sampailah kot. Tak ada maknanya.Hampir 06.30 kami sampai ke tempat mereka berkumpul.

Sampai je, turun kereta, jumpa mereka, salam, cium pipi kiri kanan ..Cop.cop..copp..boy dengan boy, girl dengan girl lah. No sentuh-sentuh okai...hahaha.... Lepas tu, kami jalan kaki ke bazar Ramadhan. Dekat je dengan tempat kite orang berkumpul. Saya dengan en. Tunang cari makanan apa yang patut sahaja. Budget lah katakan. Wahahahaha...kan....kan...kan... Lepas tu, kami bergerak ke rumah salah seorang ahli kelab kereta di Taman Saujana Pontian (iye ke? Jika silap, maaf ye..hihi). Kite orang panggil dia Tok. Anak 3 orang.(Nak jugak sebut...hahaha). Sampai-sampai je dah berbuka. So, kite orang pun berbuka dengan gembiranya. SELAMAT BERBUKA!!!!

Masing-masing tak bersedia je....hahahaha.....after Iftar di rumah Tok Sariman.

Sempat lagi berselfie sebelum ke Sea Side. Untungla ada monopod. Hahaha

Lepas tu, kami bergerak semula ke Sea Side, Pontian. Berkumpul seketika, baru kami pulang. (Tak setel lagi rupanya. Mana ada perkataan setel kalau dah berjumpa...hihihi).. Alhamdulillah, en.Tunang pun gembira dapat jumpa mereka. Katanya, sudah lama tak berjumpa dan berkumpul dengan dia orang ni. Iye ke? Iyelah. Kann...kan...

Ohh!! Blur rupanya. SRCJ gugurl only. Termasuklah yang single mingle, tunang, dan isteri orang. Bakal ibu-ibu pun ada.


Alhamdulillah, tak dapat beriftar dengan sahabat ex-5J1 batch 2006, beriftar dengan keluarga FLOC SRCJ sudah cukup gembira. Sahabat-sahabat ex-5J1 batch 2006, selamat beriftar pada 26/07 ni yek. So, ada yang kata kelab kereta ini hanya membuang masa, silalah buang tanggapan itu ke dalam tong sampah yek, kerana ini ada sebuah keluarga yang mengajar erti persahabatan.
 
Jumpa lagi story morry yang seterusnya. Terima kasih baca. :)

****Gambar-gambar semua credit kepada Zirah dan yang lain-lain. Kita lupa nak amik gambar. Kikikiki....Lepas tu lupa nak show up makanan yang disediakan oleh tuan rumah. Bulan puasa, tak baik. Hahahaha

********Terasa nak buat segmen blogwalking dan memilih 5 Blogger terbaik untuk hadiah Potret Vektor dan review blog. Korang nak tak kalau saya buat? Hihihi, InsyaAllah dalam masa yang terdekat ini.






Tags:

Share:

4 comments

  1. Sape kate kelab kete ni membuang mase. Best hape. Diorg bagai satu family. Rajin buat event. Ade kete kan? Cakap je nak buat event. Konfem leh turun. Kan kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.....InsyaAllah. Asalkan mereka ni tak tinggalkan solat. Baru orang nampak mereka ni kelab kereta yg ok. :)

      Delete
  2. semua kelab mesti ada tujuan masing2.bukan melepak tak tentu hala kan? hehe..
    seronok tgk iftar ramai2..

    btw 120 masuk sini ya..

    http://ilhamdatangdarihati.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Tulah. Mereka pun bukan remeja. Masing-masing dah jadi mak bapak dah. Hahaha... Terima kasih.. InsyaAllah...nanti saya kunjung sis yek.

      Delete

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^