MH17 : Peringatan dan Hadiah
Bismillahirrahmannirahim. Assalamualaikum semua.
MasyaAllah, rata-rata semua orang terkejut dengan apa yang berlaku dalam minggu ini. TEMBAK, BERKECAI DAN TERHEMPAS. Itulah yang boleh kita katakan pada masa ini terhadap pesawat MAS MH17. Faham tak perkataan tembak tu, maknanya pesawat itu ditembak, kemudian berkecai dan akhirnya terhempas di kawasan lapangan. Ohoi ingat nyawa orang ini barang dagangan ke?
Seperti kes MH370, saya tak ingin menimbulkan sebarang spekulasi, andaian, kronologi fakta dan auta tentang pesawat terhempas MH17. We should respect the family and all people. We shouldn't blame each other in this tragic. How shame us.
Berani hanya di dalam laman sesawang, petah berbicara di laman sesawang. Taulah masing-masing banyak persoalan aka wartawan yang terulung di rantau Asia, tetapi tidak boleh ke kita bagi laluan kepada ahli keluarga untuk bernafas, mencari kekuatan dan semangat. Ini makin kita bertanya, makin banyak teka teki timbul. Makin kita berhujah atau menyampaikan andaian masing-masing, makin menrungsingkan hati keluarga mangsa. Makin kita berbalah atau menyalahkan mana-mana pihak, makin merumitkan keadaan. Kitalah jadikan semua perkara. Kannnn????
Saya tidak kata apa yang kita semua buat itu adalah salah, tapi korang faham tak, apa yang kita bebelkan, berteka-teki, menyalahi tidak pada paksi yang sebenar. Kita di sini, tidak berada di sana. Kita hanya melihat dan mendengar sahaja tapi kita tidak tahu apa yang berlaku sebenanya. Disebabkan tidak tahu, kita cuba mengorek segala fakta dan auta untuk dijadikan kita tahu. Sedangkan, saluran mana yang kita korek tu? Berita terlalu banyak, adakah betul atau tidak kita pun tak tahu. Yang kita tahu, kita sudah jadikan ianya satu perkara yang kita tahu.
TAPI, kita lupa bahawa ALLAH LEBIH TAHU daripada apa yang kita tahu. ALLAH LEBIH HEBAT daripada apa yang kita dikatakan. Disini, saya ingin kita berfikir sejenak. Daripada kejadian ini, saya perhatikan banyak perkara. Sama seperti kejadian MH370. Antaranya:
Panjang pulak perkongsian saya. Saya juga ingin tahu apa yang terjadi sebenarnya, siapa dalangnya, tetapi perasaan itu sudah mati dek kerana keangkuhan kita untuk dapatkan maklumat dan keangkuhan kita dalam menyebarkan kata-kata, andaian itu dan ini "Kalau dia orang tak gunakan jalan tu kan.....Kalau MAS tak bagi bla..bla..bla.....Ini ada konspirasi ni...ni ada dalang ni..ni ada perisik ni" , semua ini dan itu. Habis tu nak buat apa? Memang terbantut habis.
Bukan tak perihatin eh. Saya perihatin tetapi saya lebih suka bagi semangat dan doa kepada Allah agar Allah bagi kekuatan kepada keluarga si mangsa. Ini tak, hebat belaka kita-kita ni mengomen sana sini, buat andaian sana sini; baik tua dan muda, lelaki dan perempuan. Wallahualam.
Salam takziah buat keluarga mangsa pesawat MH17 dan juga keluarga mangsa MH370.
PRAY FOR GAZA. Pray for children to be secure from zionis Lakhnatullah.
**Saya dah habak kat laman muka buku dah, kronologi, andaian,spekulasi fakta dan auta akan keluar jugak susulan kes MH17 ni. Maaf jika bahasa saya banyak yang kasar tapi itulah hakikatnya.
2 comments
benar apa yang jadi satu peringatan dari-Nya buat kita yang masih diberi kesempatan hidup. takziah buat mereka dan semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang beriman disamping-Nya.
ReplyDeleteAde hikmah tiap satu yg berlaku. Cuma kita je tak nampak hikmah tu. Hm..
ReplyDelete