Selamat Pengantin Baru Kak Alya -Part 1

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah, Kak Alya dah jadi Isteri orang. Lepas ni, tak boleh nak bermanja-manja dengan dia. Yelah,  orang dah ada suami. Mestilah dia cari suami dia kan? Syukur, Tahniah ye kak Alya. I 'm Happy for you.

Pada 31 Mei 2014, saya berangkat ke Muar untuk meraikan hari bahagia beliau. Ingatkan, ramai yang turun daripada Johor Bahru. Rupanya 5 buah kereta je. Jadilah. Kemudian bertemu di meetpoint - Kulai dan Ulu Tiram. Jumpalah beberapa kereta lagi kat sana. Katanya nak konvoi. Rupanya konvoi daripada rumah sanggah ke rumah pengantin. Hahahaha...

Oh, lupa nak maklum. En. Tunang saya tak dapat ikut kerana perlu menjalankan tanggungjawab di setiap pintu masuk negara di Tambak Johor tu. Jadi saya car pool dengan Kak Hani. Asalnya, nak tumpang dgn mira dan suami dia. Tapi kesian Kak Hani sorang. Jadi saya tumpang Kak Hani. Kak Hani ni siapa? Oh, dia jugak senior ahli FLOC.

Selepas tu, kami terus bergerak ke Muar. Dan akhirnya bertemu dengan yang lain di homestay yang Kak Alya book untuk dia orang dan keluarga pengantin lelaki. Besar kot. Harganya pun murah. Dalam pukul 12, baru kami sebagai wakil pihak pengantin lelaki bergolek ke rumah pengantin perempuan iaitu Kak Alya.


Sempat bergambar sebelum bergerak ke rumah pengantin perempuan.Eh, suami ko mira memang kuat menyelit kan?


Ini mini pelamin nikah. Warna warni, cantik.


Pelamin di bawah kanopi. Cantik. English style macam tu. Ini hasil daripada Pak yom Kak Alya. Macam kenal je pengapit kiri dan kanan tu?


Sementara pengantin tengah makan, apa kata kita serbu pelamin. Gugurl SRCJ only.


Kesian yang berdiri berdekatan dengan lampu. Tak nampak muka.
Dialah tuan rumah yang saya sewa. Dialah housemate saya selama setahun. Dia jugak kakak yang dekat dengan saya apabila saya ada masalah. Dia juga rakan kelab en. tunang saya. Selamat pengantin baru both of you. Eh, saya ikut tema lah. Hahahahaha.

By the way, saya jumpa seseorang dan saya pasti dia ada di situ. Dan sangkaan saya tepat. Saya jumpa Kak Shahidatul Akmal, Blogger Mama Dini Berceloteh [Klik Sini]. Dia sahabat baik Kak Alya. Sebab tu saya boleh jumpa Kak Akmal, mama kepada Dini, si mata bulat.


Gembira dapat jumpa Kak Akmal. Saya suka baca penulisan Kak Akmal. Ni pun sebab Kak Alya jugak. Kalau tak kerana Kak Alya, saya tak kenal siapa Kak Akmal. Dini sangat comellllllll.

Ini baru part pertama (dah beberapa hari baru nak post..hahahaha) iaitu majlis di sebelah pengantin perempuan. Nanti kita jumpa di part dua pulak, Majlis Menyambut Tetamu di rumah pengantin lelaki. Ohoi!!!! Bila tu?Haaaa...kenelah tunggu.

Kalau ada sesiapa yang bakal jadi raja sehari boleh buka laman muka buka:

SERIE AHMAD
(Bak kata pengantin, yang ni page tukang make-up,bridal dan pelamin kawan pak yom dia )


****** emmm...kali ini pun en. tunang tak dapat ikut. Wajib menjalankan tanggungjawab menjaga keamanan pintu masuk negara. Fighting!!!!!!!!!!
*** Pissssss......Ada something yang saya sponsor untuk majlis kak Alya. Nak tau? Tunggu.....

1. Selamat Pengantin Baru Kak Alya -Part 2
2. Guest Book Alya & Razman 










Tags:

Share:

4 comments

  1. Selamat pengantin baru buat kak Alya. Eceh...mcm kenal je. ^^ btw cantik tema pengantin dia..

    ReplyDelete
  2. wah..cantiknya pasangan dua mempelai nih...hani datang sini

    ReplyDelete
  3. Muo kat mana tu Erna?.....seronok dapat makan nasi minyak yeh hehe

    ReplyDelete
  4. Selamat pengantin baru buat mereka..moga kekal hingga ke syurga... cantik pelamin :)

    ReplyDelete

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^