#2 Selesai Singgah

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua.

Semalam, saya buat kerja kurang sopan dikala waktu bekerja. Al-maklumlah, en. bos tak ada. Lepas tu, boleh pulak dia muncul. Nasib baik saya dah habis menaip. Lagipun, en.bos datang sekejap je. Tujuannya, nak bagi task kat saya. 

Hari ini , saya nak buat kerja kurang sopan dua kali ganda daripada semalam. Tapi sebelum buat kerja kurang sopan dua kali ganda dikala waktu bekerja, saya kene siapkan kerja yang en.bos bagi sebelum tengah hari. Lepas tu, apa lagi. Kerja kurang sopan apa yek? Blogwalking!!!!!

Akhirnya! Tamat sudah persinggahan saya ke semua blogger yang menyertai segmen daripada Kak Farah ( Bubblenotes Blogger). Beliau menyediakan satu segmen untuk mengumpul ke semua blogger dan kita-kita ni boleh menyediakan aktiviti singgah-menyinggah. Dalam penyertaan tersebut, ada beberapa syarat yang perlu kita ikut dan patuhi. Nak tau apa dia, [Klik Sini]. Lepastu, kita informlah kat kak Farah yang kita sertai segmen beliau. Lepas tu, nama korang akan tertera dekat bawah tu. Apabila, penyertaan korang dah approve, korang boleh singgah-menyinggah ke semua blogger yang menyertai segmen tu.

Tapi, segmen tu pun dah tamat dan sudah ada pemenang pun [Klik Sini]. Tapi, saya lambat menghabiskan aktiviti singgah-menyinggah ni disebabkan kerja yang berkurun dan tinggi-menggunung *al-maklumlah, en.bos suka jenggah menjenggah macam singgah-menyinggah. @@@#### bukan sama ke?* Dan hari ini, saya berjaya menghabiskan aktiviti singgah-menyinggah ni. Fuhh!!! Berpeluh along habiskan. Kali ini, jumlah yang menyertai segmen kak Farah lagi ramai daripada yang sebelum ini.

Alhamdulillah, tujuan segmen kak Farah buat ini adalah untuk memilih 10 orang blogger untuk dimasukkan ke dalam bloglist dia. Amboi kak Farah, siap sediakan segmen tapi saya suka. Walaupun tak menang, tapi segmen ini membantu saya untuk mengenali lebih ramai lagi blogger-blogger yang saya langsung tak jangka. Isy, ramai sangat dalam selimut ni. Keluar-keluarlah kan. For me, you are intelligence, Kak Farah * sekali keluar ayat pujian tu, amboi kelas ko erna *  Oitt, cik Erna, ramai je buat segmen segala bagai. Pergi je sertai. Tak danya orang nak marah. Wahahahaha....

Well, saya bukan rajin sangat menyertai segmen ni. Jika saya rasa nak sertai, saya akan sertai. Lagipun, untuk diri saya, saya menulis tujuan perkongsian. Jika ada masa lapang, saya akan sertai segmen korang yek. At least, sebulan sekali saya akan sertai segmen. 

So, saya kene pastikan bahawa penulisan saya semakin baik dan mudah difahami. Ini tak,  selepas publish entry, mesti ada je ayat yang tungang -langang dan ejaan yang berkecai *apa pun tak boleh*. Oklah, setakat ini sahaja review saya untuk segmen kedua yang saya sertai * surelah, takkan ada yang suka bila ada orang buat review tentang segmen yang kita buat kan. Mengarut je lebih* . Alahai Cik Piah, jangan salah anggap. Saya hanya menyatakan my own option. Harap-harap kak Farah tak fikir lain yek. Cuba baca yang atas, maknanya saya support segmen akak. Hihihihi....

Oklah, jumpa segmen yang akan datang yek.



Share:

5 comments

  1. kadang2 tu dah check 2, 3x pon masih ada yang salah..alahai..

    ReplyDelete
  2. Rajin yer berblogwalking... Zumal balas kunjungan di sini :))

    ReplyDelete
  3. Hamboii..dibuatnye en.bos ade blog gak. Dia stalk wawa, abis laa wawa. Pasni lari berirama laa wa..haha

    ReplyDelete
  4. Thanks along singgah Blog Santai walaupun dalam keadaan tak sopan..he..he..

    ReplyDelete
  5. Happy Blogwalking Hazwani... =)

    ReplyDelete

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^