Tutorial Adobe Illustrator(Ai) - Jom Kita Berkenalan!

Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum.....:)

Hai semua!....Pernah tak korang dengar Perisian Adobe? Mesti pernahkan? Puak Adobe ini banyak membangunkan perisian untuk mereka-mereka atau korang yang kreatif tu. Senang kata, puak Multimedia macam saya lah. hihihihi..puak photographer, puak video editor dan puak-puak seangkatan dengannya. Korang pun boleh guna...Macam-macam ada. Adobe Photoshop, Adobe Illustrator, Adobe Flash, Adobe Indesign dan macam-macam la.
 
Sebelum ini, saya pernah berkongsi tentang penggunaan Adobe Flash CS4 dan menunjukkan cara-cara melukis menggunakan Adobe Flash. Kali ini, saya bawa anda kepada penggunaan Adobe Illustrator(Ai) pulak. Copp! Saya lupa, tutorial berlambak dalam internet. Tak mungkin korang nak berkongsi dengan sayakan. Emm...tak apa! Saya tetap nak berkongsi dengan korang semua tentang Adobe Illustrator. Sangat holio!!!!! 


Inilah menatang Adobe Illustartor. Kalau korang nampak huruf AI warna oren-oren ni, namanya Adobe Illustrator.
Ini dipanggil stage / pentas. Bukan pentas untuk menari tu yek. Apa sahaja rekaan/design atau apa-apa jelah boleh dilakukan dalam stage ni. Size plak, korang pun boleh adjust sendiri. Nak kecik, nak besar, korang setting dalam new document ok. Size documen dalam stage ni, A4 size.
Korang dah tak sabar nak melukis ke? Sabar-sabar. Ada benda lain yang korang kene, wajib dan harus tau iaitu menatang-menatang atau tools yang ada dalam Ai. Semua wajibulghunnah dah kuarkan. Melukis by hand memerlukan pensil dan pemadam. Begitu juga melukis menggunakan perisian. Ianya ada tools tersendiri.


First Tools : Untuk menghasilkan pelbagai bentuk yang menggunakan Rectangle tool, Rounded Rectangle Tool, Elipse Tool (L), Poligon Tool, Star Tool dan Flare Tool
Untuk menggunakan tools pertama, korang bawak cursur korang di tool dalam box merah tu. Tak semestinya kotak tu dalam bentuk rectangle ye. Ada juga dalam bentuk star atau bulat dalam box hijau tu. Pastu pilih tool yang nak diguna sama ada Rectangle tool, Rounded Rectangle Tool, Elipse Tool (L), Poligon Tool, Star Tool dan Flare Tool. Nak pilih tool yg berbeza seperti dalam box hijau tu, korang kene klik lama-lama pada button dalam box merah tu. Baru akan keluar ke semua tool seangkatan dengannya.


Second Tools : Tools ni semuanya berkaitan dengan garisan. Macam-macam garisan boleh dibuat. Yang lonjong, semuanya ada.
Tidak semestinya, garisan tu tegak je. Ada senget, ada yang lurus sesuai ketika melukis. Pelbagai bentuk pun ada. Bawak cursor pada tool dalam box merah. Tools yang terlibat adalah Line Segment Tool, Arc Tool, Spiral Tool, Rectangular Grid Tool dan Polar Grid Tool. Tools ini dalam box hijau. Bagamana nak dapatkan tool ni? Sama je caranya, klik lame sikit pada button dalam box merah tu sehingga tools yang lain keluar.

Banyak lagi tool yang ada pad Ai ni. Tools yang ada hampir sama dengan tools dalam Adobe Photoshop dan Adobe Flash. Tak percaya? Jom kita scroll ke bawah.......


Third Tool : Tools nie di panggil Pen Tool (dalam box biru). Kegunaan tool ini adalah untuk membentuk lenkungan atau merubah bentuk yang asal kepada bentuk yang kita inginkan. Antaranya ialah : 1)Pen Tool. 2) Add Achor Point Tool. 3) Delete Achor Point Tool. 4). Conver Achor Point Tool. Dalam bulatan kuning tulah dipanggil Anchor point. Benda ni penting untuk merubah garisan atau bentuk yang asal.
Another tools. Kebanyakkan tool hampir sama dengan tools yang berada dalam Adobe Photoshop, Adobe Flash dan Adobe InDesign. 1) Selection Tool, 2) Direct Selection Tool, 3) Magis Wind Tool, 4) Lasso Tool, 5)Type Tool, 6) Paint Brush Tool, 7)Pencil Tool, 8) Bloob Brush Tool, 9) Eraser Tool, 10)Rotate Tool, 11) Scale Tool, 12)Warp Tool, 13) Free Transform Tool, 14)Symbol Sprayer Tool, 15) Column Graph Tool, 16)Mesh Tool, 17) Gradient Tool, 18)Eye Dropper Tool, 19) Blend Tool, 20) Live Paint Bucket Tool, 21) Live Paint Selection Tool, 22) Artboard Tool, 23) Slice Tool, 24)Hand Tool, 25) Zoom Tool.


Itulah antaranya tools yang terdapat dalam Ai. Kebanyakanya sama sahaja. Fungsinya pun sama sahaja. So, memandangkan korang dah tau, kita dah boleh mula melukis!!! Saya terlalu excited apabila dapat melukis menggunakan Ai ni. Holio ok!!!! Sebelum ni terkial-kial.


Ok, rasanya dah cukup kot sesi perkenalan Ai. Perkongsian akan datang ialah saya akan berkongsi cara-cara melukis menggunakan Ai. InsyaAllah. :)

Terima kasih membaca...:)

## Perisian Adobe adalah Master Collection Adobe CS4. Mampuih berat laptop den. Macam mana tu?













Share:

2 comments

  1. hehehe..walaupun bdk art..xmahir gne Ai..slm perkenalan..bw dr www.housewifearts.blogspot.com

    ReplyDelete

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^