Bismillahirrahmannirrahim.
Assalamualaikum semua. :)
Seterusnya, kad undangan perkahwinan Erna/Faiz di sebelah pihak lelaki. Sama seperti kad undangan perkahwinan sebelah pihak perempuan, Erna buat sendiri untuk kad undangan bagi majlis di pihak lelaki. Mujur emak dan abah En.Husband suka dengan kad undangan tu. Malah, Erna pun print sendiri. Simple je design kad tu. Warna pilihan kad kahwin tu ialah warna Biru. Dalam hidup En.Husband, dia memang suka warna biru. Apa-apapun mesti ada warna biru. Tak banyak, sikit pun jadilah.
Macam mana? Berminat untuk memiliki design custom made sendiri dengan harga yang mampu milik?
Korang boleh tempah melalui :
Email :nurernahazwani@gmail.com
**Erna akan senaraikan harga untuk setiap design. Lupa plak, buat masa ni, Erna hanya ambil perkhidmatan design/rekabentuk je yek. Perkhidmatan cetak belum disediakan lagi.InsyaAllah, tak lama lagi. :)
Jumpa lagi di design seterusnya.
Bismillahirrahmannirrahim.
Assalamualaikum semua.:)
Bagi sesiapa yang sudah baca post Erna yang sebelum ni [Klik Sini], Erna buat sendiri Kad kahwin baik belah Erna mahupun belah En.Husband. Kemudian print sendiri. Design kad kahwin ringkas je. Untuk kad jemputan kahwin di sebelah Erna, Erna menggunakan warna merah sebagai warna tema Kad Kahwin tu. Kemudian, sedikit warna coklat dan light pink.
Berminat untuk memiliki design custom made sendiri dengan harga yang mampu dimiliki?
Korang boleh tempah melalui:
Email : nurernahazwani@gmail.com
***Erna akan umumkan harga di setiap design yang Erna buat.
##Lepas ni nak ubah logo ERFAy' ART WORLD tu. Nampak macam betul-betul bersungguh ni.
Jumpa lagi di design seterusnya!!
Bismillahirrahmannirrahim.
Assalamualaikum semua.
Sekelip mata je, kita sudah menginjak ke 22 Ramadhan. 10 malam yang terakhir. Cepatnya masa berlalu.
Ok, semalam company Erna ada buat majlis berbuka puasa. Kali ni, staf boleh bawak family untuk berbuka puasa bersama-sama. Destinasi berbuka adalah di Meletop Steamboat and Grill di Pulai Jaya, Johor.
Alhamdulillah, kali ini En.Husband dapat ikut serta majlis berbuka sebagai suami. Ikutkan, En.Husband tak dapat ikut sebab dia kerja. Memandangkan semalam dia PT kerana menyertai pertandingan azan untuk program pasukan Imegresen. Tak mengapa tak menang ye En.Husband, bukan rezeki tapi rezeki kita di petang hari.
Alhamdulillah, memang meletoplah tempatnya. Beraneka makanan ada. Yang bestnya ada kambing golek. Best giler. Banyak makanan laut yang dihidangkan, perapan ayam, daging dan kambing pun berbagai. Sayur yang boleh dikatakan meriah. Dan ketika itu ada nasi berani.
 |
| Erna tak dapat nak amik gambar makanan dekat-dekat. Memandangkan kawasan tempat makanan penuh sesak dengan pengunjung, kita guna gambar dekat facebook mereka jelah. |
 |
| Ada menu istimewa sempena Ramadhan ni tau. Harga tetap sama. Sampai 15 Julai je. Lepastu mereka tutup untuk cuti raya yek. |
 |
| Memang meletop habislah |
 |
| Ini baru sedikit yek. Kat dalam belum tengok lagi. Kat luar ni penuh dengan mereka yang berbuka puasa. Sebab tu kene buat tempahan dulu. Kalau tak, melepaslah korang. |
 |
| Terkejut ke apa Choi Wan qi ni? Jangan risau, orang tak marah. Makan je...Hahahaha |
 |
| Majlis ni juga sempena farewall for Yek Bai Wang. Semalam tu hari terakhir die buat intership di company kite orang. |
 |
| Muaz, makan duduk yek. Tak baik makan berdiri. |
 |
| Aunty, angry bird mana? |
 |
| Anak-anak staf. Meriah sebab budak-budak ni ada. |
 |
| Apa yang korang mintak dengan aunty Winnie tu.? |
 |
| My favorite, Kupang. Nyum...nyum... |
 |
| Kenyang ye En.Husband. |
Jadi, kalau korang yang berada di Johor Bahru boleh mencuba di Meletop Steamboat and Grill ni.
MELETOP STEAMBOAT & GRILL
Alamat : No 55, jalan perdana 4Taman Sri Pulai Perdana 2, Kangkar Pulai, Skudai, JB
Whatapp/ Call : 013-744 8634
Sebelum korang nak pergi tu, jangan lupa buat tempahan yek. Memang penuh beb.
Pasti korang kenyang. Jumpe lagi!!!