Serius! Kejutan Tak Menjadi

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.. :)

Pernah tak anda semua sesat semata-mata untuk membuat kejutan? 
Mesti tak pernah kan? Ke lebih hebat daripada saya? 
Haaa! baik jangan tipu ye. Allah Maha melihat! hahaha

Saya nak buat satu kejutan terhadap seseorang, malangnya tak menjadi...
saya hampa. Malah, SAYA SESAT dan TAK JUMPA TEMPAT!!!!

Kononnya, saya nak buat kejutan dengan hadir secara mengejut. 
Lepas itu, saya akan teriak dan sambil tangan memegang pizza 
 --> SAYA DATANG!!!....(wat malu je teriak-teriak segala bagai, hang ingat ini macam kat Paris tu ka?)
Tapi hampeh, salah tempat rupanya. Tempat yang sepatutnya saya tuju ialah Medan Selera Taman Cempaka menghala ke kempas tu....Tapi, saya sesat sampai ke perling.

Guna Waze GPS pun boleh sesat (harap maaf, Medan Selera Taman Cempaka tidak berada dalam sistem kami)...berpeluh ni mencari tempat. Sambil-sambil tu handphone tak lekang dalam tangan. Setiap masa buat panggilan kawan saya, Dyasmira. Setiap masa juga saya pesan dengan dia, "jangan habak kat dia na"...Lastly, dia habak jugak..agak-agaknya dah tak tahan kot dengan saya yang tak sampai-sampai lagi . Masa tu saya sudah berada di Petronas dekat dengan Taman Anggerik.

Orang tu siap perli lagi, "Cik nak pi mana?" Hahaha. Saya akan pastikan, untuk hari mendatang, kejutan itu akan menjadi....(semangat nie!!!!)

Kemudian, saya teruskan perjalanan balik ke kampung. Saya dah berjanji dengan adik-adik saya yang tak beberapa shomell tapi cunlahh di rumah tu. Janjinya pergi PASAR MALAM. Balik kampung semata-mata nak pergi pasar malam di kampung ke?. Apa punye oranglah. Well, rindu pasar malam di kampung. Sampai je, terus letak bag. Masing-masing dah menunggu alongnya ini. 

Apa beli?...

Mostly, food and food and food and food. Masa tu, ramai kawan-kawan yang saya jumpa. Kawan-kawan dari sekolah rendah sehingga sekolah menengah. Fully memories. :)


Blue wallet yang hanya berharga RM10 di pasar malam, Sungai Rengit. Kualitinya usah dipertikaikan, sebabnya memang tak akan tahan lama. Tapi, ianya sedang sahaja dan mudah dibawa..:) - PASAR MALAM SUNGAI RENGIT, PENGERANG
SMART PHONE CASE RM15 (macam mahal je), pink gitu. Akhirnya, saya jumpa case yang berwarna pink. Tidak terlalu pinky sangat, tapi sangat cantik dipandang sekali, selepas tu biasa-biasa sahaja. Tapi, Smart phone case ini bukan beli di pasar malam. Beli di kedai biasa sahaja..hahaha - SUNGAI RENGIT,PENGERANG

Selepas kejadian itu, saya rasa tak akan serik nak buat kejutan. Sekurangnya, saya tahu jalan mana lepas nie yang saya nak guna. Hahaha..Ini bukan 'practice make perfect'..hahaha....Let's GO TO TRAVEL!!!




Memandangkan midnight dah bercapuk dan bercoklat tanpa lemak berkrim, apa kata kita pi main air sebelum bertolak pulang ke Skudai, Taman U - Di Laman Syurga, BUKIT RAJA DARAT, PENGERANG
Haa! sebelum memulakan perjalanan, jangan lupa baca doa masuk kenderaan. Minta perlindungan daripada Allah, agar kita sentiasa dilindungi daripada marabahaya. Allah sebaik-baik Perlindung... :)


GAMBATE!!!!! :)








Share:

3 comments

  1. cam nak gelak pon ade....SUPRISE untuk diri sendiri akhirnya... hohoho kan..?? btw, sweet gtu... Happy for u dear.. ;) GAMBATE!!!

    ReplyDelete
  2. Hahaha....nak sgt wat kejutan...tp semua litang pukang......last2 x menjadi....hampeh je...

    ReplyDelete
  3. Hahaha....nak sgt wat kejutan...tp semua litang pukang......last2 x menjadi....hampeh je...

    ReplyDelete

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^