Camera 360 - Baru Tahu?

Bismillahirrahmannirahim. Assalamualaikum. :)

Sejak akhir-akhir ni, saya gemar snap gambar dan masukkan ke dalam laman instagram. Cehh! self-fie ler tu...(Maaf, talian self-fie tiada disini). Kebanyakkan gambar dalam instagram saya berunsurkan makanan (saja nak tunjuk lauk yang dimasak ler tu.. mana tau ni? hahaha), ERFAy' ART WOLRD (bab ni nak promote perkhidmatan design..Tak lama lagi muncul lah ni) dan ada juga gambar yang entah apa-apa.

Apa yang saya nak cakap, saya baru jumpa 'Camera 360' , aplikasi smart phone untuk pengguna android. Lorrr, baru jumpa ke? Semua orang dah guna, dah ada dalam handphone masing-masing. Berkepuk-kepuk gambar dalam handphone tu! hehehehe.....

Apa yang menarik minat saya ialah penggunaan 'Camera 360' ini sangat holio!!! membantu untuk mendapatkan gambar yang lebih cantik dan berkualiti ( tapi tak sehebat camera DSLR..idaman saya tu!!). Tapi, untuk menutup jerawat-jerawat manis korang, bolehlah install applikasi ini dalam telefon korang yang canggih tu yek.

Ada nampak camera 360? kedudukannya berada diantara 'Camera' dan 'Gallery' ,yang kotak berwarna kuning tu.- Screen Shoot Samsung Grand (GT I9082)

Ini pula gambaran atau reka bentuk 'camera 360'. Macam menarikkan? Bukan macam lagi, memang menarik pun. Did you see the 4 small circle at the right side?. Pengunaanya ialah untuk menukar bahagian yang kita ingin gunakan. Antaranya, effect untuk ditambah dalam gambar, easy cam, self-shoot untuk yang suka mengambil gambar sendiri, funny (yang ini boleh jadikan muka macam alien..hahaha), color-shift dan audio. - - Screen Shoot Samsung Grand (GT I9082)

Bahagian ni yang saya suka sekali. Effects part. Sebelum kita simpan gambar kita, kita boleh set effect sebelum mengambil gambar atau selepas mengambil gambar. Effects sangat banyak. Tapi effects yang selalu digunakan ialah bahagian 'enhance' dan 'Magic Skin'. Mostly is enhance. Gambar nampak lebih terang dan jelas dan bersesuaian dengan situasi tempat. Bagi sesiapa yang ada jerawat banyak macam saya tapi nak ambil gambar sendiri, boleh guna 'Magic Skin'. Konfem semua jerawat hilang. Tak payah nak edit dalam Adobe Photoshop...ngeh....ngeh.... - - Screen Shoot Samsung Grand (GT I9082)

Kemudian, saya mula mengumpul beberapa gambar yang telah diambil menggunakan Camera 360 ( gaya macam photographer profesional, padahal potograper ciput je.... :/ ). 


Pemandangan di dalam bilik. Bukan kesemuanya pun. Gambar ni diambil di bahagian tingkap bilik yang ditutupi langsir tingkap. Asal warna langsir tersebut ialah warna kuning krim. Disebabkan suasana bilik tu gelap sedikit, warna langsir tak nampak langsung. Jadinya, dengan menggunakan camera 360, erna set kan kepada 'Colorful Effects - Colorful'. Ianya untuk menampakkan aura positif diawal pagi hari. Terasa pelangi muncul dalam bilik pulak. - Situasi di pagi hari.


Penggunaan Camera 360 yang fokuskan pada pemadam di atas laptop erna yang disetkan pada 'Enhance Effects - Indoor'.
Penggunaan Camera 360 yang memfokuskan pada warna / tema blog erna yang disetkan pada 'Magic Skin - Natural'. Warna green turqoise dan blue turqoise agak menonjol walaupun dalam skrin laptop. Sekarang, background blog dah lain. Warna ni macam tak masuk je. hahaha...
Ada sesiapa yang cemburu? hahaha...maaflah, saya tak dapat berkongsi coklat ini dengan pembaca semua. Tinggal ni je dan sudah masuk dalam perut saya pun. Gambar Ferrero Rocher ini disetkan kepada 'Magic Color Effects  - Orange'. Fokus utama adalah pada sampul Ferrero Rocher tu. Jadi warna lain tak muncul. Yang muncul, hanya warna oren keemasan pada sampul coklat tu.


Sarapan saya. Air suam (kemestian. Bukan tak minum air manis tapi semua dilarang untuk sementara waktu. Kadang-kadang, minum je..hihihi), telur rebus yang akan dimakan bersama mee goreng dalam bungkusan tu dan karipap berintikan kentang + ayam. Nyum2....Agak-agak, habis tak? Sudah tentu tidak. hahaha...Penggunaan Camera 360 disetkan pada 'Enhance Effects - Indoor'. 


SRCJ Gugurl in the house. Ada sesiapa yang tak masuk ke? Yang tak ada dalam gabar ni, nanti kita amik ye. Penggunaan Camera 360 disetkan pada 'Enhance Effects - Night'. Kalau dilihat dari sudut lain, kehadiran lampu jalan turut membantu ke seragaman dalam gambar ni. Ini semuanya kerja Camera 360.

Penggunaan Camera 360  yang disetkan pada 'Enhance Effects - Balance'.
Haa! yang ni, bukan saya yang ambil. Yang ni, kawan saya Dyasmira ambil gambar saya mengunakan smart phone beliau. Ketika ni, saya berada di Hospital Sultanah Aminah ditemani beliau, menunggu giliran temu janji saya. Berada ditahap lapar, biskut sekeping ni pun jadilah. Yang penting, gambar ni menggunakan camera 360 yang disetkan kepada ' Magic Skin Effects - Glowing'. Hilang semua jerawat saya. hahaha...

Kalau dilihat dari sudut gallery smart phone,the photo is very clear. Tapi, bila dipindahkan ke dalam laptop, nampak kurang ok. Ada sesetengahnya, sangat cerah dan gambarnya sangat baik. Walaubagaimanapun, untuk kepuasan diri, ianya sudah memadai. Tak dapat camera DSLR atau camera digital, yang ini pun jadilah...hihihihi

Allah tetap memberi kecukupan kepada kita dalam kita sedar atau pun tidak. Dalam keinginan kita, pasti akan hadir satu yang hampir sama dengan keinginan kita. Jadi Allah lebih tahu apa yang sesuai dengan kita.

Ok, yang ni guna camera biasa. Comel tak? Alahai Tatak, bonda kau mest jealous kan?



*** Gambar-gambar tersebut mengunakan aplikasi camera 360 dalam Samsung Grand (GT-I9082). Terima kasih ye en.emm emm belikannya untuk saya sebab macam-macam gambar yang saya boleh ambil.  :)




Share:

3 comments

  1. oi2... gmbo syg bonda ade...hihihi.. of cos la jelesss... werkk.. :P

    ReplyDelete
  2. Najef Alya : hahaha....anak u comel....terpakselah snap time die btol2 comel...

    ReplyDelete
  3. Hai cik erna, nice story.. datanglah ke blog ammar pula. Blog saya tak de lah comel macam blog erna. maklumlah blog lelaki.

    http://jalanancerita.blogspot.com/

    ReplyDelete

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^