GAMBATE! Itu Bahasa Jepun

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.

Untuk makluman pembaca, hari ini Erna kerja. Bukan hari ini tahun baru ke?.
Apa peduli. Company suruh kerja.
Lagi pun, saya kerja untuk mencari sesuap nasi. Hidup diperantauan memang begini.
Sedangkan, diri ini liat untuk bekerja. Depressed tetibe....
Kenapa?
Boss buat onar dalam gaji saya...Hahaha...Maaflah bos..saya tersebut pulak.

Well, 2013 dah berlalu.
Nak diceritakan, banyak yang berlaku dalam 2013 tapi bagi saya ianya adalah Muhasabah diri untuk apa yang berlaku dan saya akan lebih banyak bercerita apabila tiba tahun Islam....Haa! tunggulah yek.....Tapi, memang banyak perkara yang berlaku.
Sama ada suka dan duka, ianya menjadi nadi dalam hidup saya dan orang sekeliling saya.

Well, WELCOME 2014!
Apa yang saya boleh katakan...GAMBATE! untuk kehidupan seterusnya dalam 2014 ye....senarai saya masih mengikut tahun Islam....belum ade perubahan lagi.....hihihi

Tapi, tidak salah untuk membentuk MATLAMAT atau AZAM dalam sesuatu perkara.
Rancang awal, and then you can run it. And shout GAMBATE! on yourself. It's a sign for the positive aura.

GAMBATE! GAMBATE!

Banyaknya Gambate!...Apa sebenarnya "Gambate"?
Lorr..tak tahu ke maksud "GAMBATE" tu?
"Gambate" tu bermaksud Berusaha!, Good Luck!, Jia You! Fighting! something like that....
Gambate adalah kosa kata bagi Bahasa Jepun...
Haaa! peminat cerita Jepun, konfem tahu "Gambate" tu apakan.

Saya lebih suka mengunakan perkataan GAMBATE! untuk sesuatu perkara.
Ianya menunjukkan suatu aura positif. Dan saya begitu rasa bersemangat untuk melakukan sesuatu perkara.
Saya juga selalu menyatakan GAMBATE! terhadap ahli keluarga saya
(walaupun mereka akan buat muka pelik tanda tidak faham..hahahaha..well...terima jelah..), kepada en.emm emm dan sahabat-sahabat saya yang lain..
serta awak-awak yang sedang membaca.
Mereka terima atau tidak, saya akan sentiasa menyalurkan semangat dan sokongan dengan menyebut GAMBATE!
Hopefully, you were received from me!

Malah, saya merasakan GAMBATE! bagaikan ombak yang mengalunkan irama yang ganas tetapi kekal berintonasi....haaa! macam tulah apabila cik WAWA nie bermadah..
Teringat akan gitar. Bilalah saya nak belajar Gitar!!! GAMBATE! (yang ni, tak faham..tetibe gambate)


Nampak tak ombak yang menganas tu! haaa! Jauh lagi tu....-BATU LAYAR BEACH, PENGERANG

Walaubagaimanapun, ALLAH jualah tempat kita mengadu dan berserah....
Jangan sesekali lupa akan Allah yang sentiasa berada dengan kita.
Kerana Allah, saya akan terus menyalurkan semangat dan sokongan dengan perkataan
GAMBATE! GAMBATE! Thank you Allah...:)


Peace! GAMBATE! Senyum juga menyalurkan semangat apa....:) -BATU LAYAR BEACH, PENGERANG




Share:

0 comments

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^