Sayang Akan Kerja

Bismillahirrahmannirrahim.

Assalamualaikum semua. 
Selamat petang.

Kebiasaannya, petang -petang gini, my lovely boss suka bagi kerja.
Lagi 5 minit nak balik pun dia bagi kerja.
Sampaikan, Erna dengan seorang rakan sekerja di Singapore terus gelarkan
my lovely bos dengan panggilan "Ayah".

Ayah kandung kita lagi muda dengan "Ayah" ni tau.
Tapi dia taklah kejam mana. "Ayah" ni bagi je kerja lewat petang tapi 
die minta kita buat esoknya.

Kadang-kadang tu, pukul 7 malam pun "Ayah" bagi kerja.
Eh, agak-agaklah "Ayah".
Kot ye pun baliklah rumah dulu.
Mana  kau tahu dia bagi kerja pukul 7.00 malam?
Tengok email lah. Setiap kali bukak email, berderet dia bagi kerja.
Pukul 7, pukul 11 malam pun ada.
Tak apa lah, Erna buat kerja "Ayah" dengan jayanya ye.

"Ayah" kat pejabat Singapore, pekerja di Johor Bahru.
Kadang-kadang je dia masuk pejabat JB. 
Best tak macam tu.

Macam mana kau boleh bersabar dengan boss kau yang suka bagi kerja agak lewat ni Erna?
Agak-agaklah soalan tu. Dia bos, cik kak ni pekerja. Dia majikan yang bayar gaji cik kak ni.
Title of my job was given by him.
Allah buka jalan kepada Erna untuk mencuba kerja dengan beliau.
Memang geramlah kan.
Tapi sebagai pekerja, buat jelah kerja yang dibagikan.
Tapi, tengoklah kerja apa kan.

Sepanjang 2 tahun kerja di Metalux Far East sebagai Creative Design & Multimedia Marketing,
mula-mula tu agak penat dan gerun sebab Erna bermula dengan "SIFAR".
Baru lepas graduate selepas 8 bulan tanam anggur.
Mostly, banyak yang hampir hilang.
Tapi syukur lah, ilmu tetap kekal diingatan.

Tapi, sekarang ni oklah.
Tiada perasaan bercelaru.
Bila kerja terlalu banyak, semua benda lupa. Baik blog, lukisan dan apa sahaja.
Keluarga taklah yek.
Tapi, bila kerja kurang atau tak ada langsung,
boleh dikatakan relaks juga lah.

Dengan cara apa boleh bertahan dengan bos macam tu?
Come onlah!!!
"Ayah" ni tak suka marah-marah.
Tiada sebab untuk Erna tidak selesa bekerja dengan dia.
Just "LOVE OF MY JOB".
only that.

Itu je????
Yelah itu jelah.
Bila kita sayang akan kerja kita, kita akan lakukannya kerana Allah.
Bila lakukanya kerana Allah, kerja jadi mudah walaupun
"Ayah" bagi kerja pukul 1 pagi pun, relaks je.

Mungkin ada sesetengah tu, boss nya garang macam singga.
Tapi jika kita betul sayang akan kerja kita. 
Kemudian lakukannya kerana Allah,benda tu akan berlalu tanpa tekanan.

Mungkinlah, tekanan tu ada,tapi tidak akan mengangu peribadi kita.
Pendapat setiap orang berbeza. But,this is my way to handle of this job.

Sayang kerja kita.
Lakukannya kerana Allah.
Simple buat it's very difficult.
TAPI,
Allah kan ada.

Agak-agaklah Erna oit. Meja bersepah bagai ni. Stress dapat kerja lagi 5 minit nak balik. Kata tadi ok je. Hahahaha....


Jumpa lagi!!!!!




Share:

5 comments

  1. adat berkerja.... kerja mcm stress ada, tak stress dgn boss... stres dengan kerja yg belambak... stress ngn kawan sekerja... mcm2

    Owh! Jom Kenal | Segmen - Owh!MananQayyim™

    ReplyDelete
  2. best of luck....!!
    mana-mana kerja pun sama.. ada dugaannya... hehehehehe..

    singgah sini sambil klik2 nuffnang... salam kenal... :)

    ReplyDelete
  3. haha. PG pun pernah mengalami benda yang sama. tapi kena siapkan sebelum jam 5. faks sebelum jam 5. bayangkan, nak draft surat, kena cek surat, kena pergi minta sign surat dengan pengarah, dengan mana nak faks surat lagi. adui. haha. tapi tak pe. janji siap dan kita ikhlas buat kerja tu, Allah permudahkan kerja kita pula. kan? :)

    salam kenal awak :)

    ReplyDelete

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^