Perniagaan Atas Talian (Online) Yang Menjengkelkan

Bismillahirrahmannirrahim.

Assalamualaikum semua.

Dalam Islam, perniagaan merupakan rezeki yang paling besar. 
Sesiapa yang melakukan perniagaan merupakan pengamal sunnah Rasulullah S.A.W.
Malah dapat membantu kehidupan sekarang yang kian meningkat.
GST lagi kan.
Dah agak dah akan cakap macam tu. 

Tetapi, Erna rasa jengkel. 
Bukan nak menutup periuk nasi orang. 
Tapi memang terasa jengkel sangatlah 
dengan sistem muamalat sesetengah peniaga.
"Kau dah kenapa Erna?"
"Tak baik berdengki dengan rezeki orang yang berniaga ni"

Eh, Erna tak berdengki tapi ada beberapa perkara yang
 membuatkan Erna rasa jengkel.
Bukan setakat kepada peniaga sahaja, malah kepada pembeli juga.

Cuba korang perhatikan senario sesetengah peniaga
dan sesetengah pembeli.
Jual beli yang sangat lemah.

Erna tak kata semua peniaga tu mengjengkelkan ya. 
Sesetengah je.


1). Tiada tanda harga pada setiap barang jualan.
Setahu Ernala, apabila kita melakukan sebarang jualan atau perniagaan, harga patut dan wajib diberitahu bersama barang yang kita jual. 

Tetapi, ada sesetengah penjual online,
 tak letak langsung harga pada barang yang dijual. 
Asyik-asyik, minta kita PM/Mesej mereka jika kita nak tahu lebih lanjut.
Memang, trend perniagaan ke?
Atau taktik perniagaan ke?
Kaedah dalam marketing ke?
Eh, ada ke macam tu?
Macam menyusahkan pembeli je nak kene PM segala bagai.
Pembeli ni tak rajin sangat nak PM hanya untuk tahu harga barang.
Kalau pembeli macam Erna lah. Memang taklah nak PM segala bagai.

Bila Erna berkenan dengan sesuatu barang, 
Erna akan cari perniaga yang betul-betul nyatakan harga.
Itu Erna lah. Tak tahulah pembeli lain pulak macam mana kan.

Mungkin jugaklah, sesetengah peniaga berharap 
barang tersebut mendapat perhatian/respons daripada pembeli. 
Apabila pembeli tertarik, pembeli akan hubungi mereka.

Come on lah.
Bukan menyusahkan ke?
Baik penjual malah pembeli.

Tak rasa ke yang perjalanan muamalat sebegini penuh berliku.
Siap bercabang lagi.
Bercabang sana, bercabang sini.
Flowchart yang penuh kekeliruan. 
Banyak langgar sana sini.
Wahh!!!! Erna memang tak akan singgah lagi dah.
Good Bye lah jawabnya.
Itu Ernalah, pembeli lain tak tahulah kot.

2) Pembeli yang malas
Macam Erna cakap sebelum ini, Erna memang malas nak pm segala bagai.
Melainkan perniaga tu tunjukkan harga barang. 
Pastu apabila Erna berminat dengan barang tu, barulah Erna PM peniaga tu.

Tetapi, pembeli pun sangat menjengkel.
Rasanya, kebanyakkan pembeli boleh membaca dan mengira. 
Yang bekerja pun yek, 
tapi mungkin sebab malas nak membaca butiran
yang diberikan oleh peniaga, 
sibuk meminta peniaga PM mereka balik.
Lagi-lagi perniagaan dalam laman muka buku (facebook).

Wahai pembeli, 
page Like untuk perniagaan tidak boleh hantar messaging(FB)
 kepada personal page (individu) ye.
Yang korang sibuk-sibuk minta peniaga online tu PM berlaka wat ngapo.
Depa memang tak akan PM punyalah.
Sebab tidak boleh melakukan sebarang PM.
Harap maklum!!

Yang kau lagi tadi sibuk kata PM-PM segala bagai ni, 
pening kepala membaca. PM itu mesej lah.

Jadi,
nampak tak kejengkelan disitu.
Orang putih kata "Annoying".
Mungkin, sesetengah orang tidak boleh menerima situasi sebegini macam Erna.
Rasa menjengkelkan.

Jika kita sebagai peniaga, berniaga dengan kaedah yang betul.
Jika kita sebagai pembeli, membelilah dengan cara yang betul.
Barulah Muamalat dan akad dalam jual beli menjadi cantik.

Korang setuju ke?

Erna ni bukan peniaga. 
Cuma menyatakan pendapat sendiri tanpa terpengaruh daripada 
mana-mana pihak.




Jumpa lagi.



Share:

3 comments

  1. heiii kamu.. sye punye pendapat seperti kamu.. so annoying..
    dah la tu bile kita xmau pm marah beria plak.. siap sound2 suruh baca arahan..
    heloo nak jual ke xmo?? apa la salahnya letak je harga.. ye dak?

    ReplyDelete
  2. sgt xsuke kalo kene pm semata mata nk tnye hrga..
    letak jela hrga kat gmbar barang.. huhu..

    ReplyDelete
  3. Rasulullah contoh terbaik dalam segala urusan termasuklah berniaga :)

    ReplyDelete

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^