Apa itu WACOM?

Bismillahirrahmannirrahim.

Assalamualaikum semua. :) 

WACOM? Korang pernah dengar tentang WACOM? Apa benda alah WACOM tu? Benda hidup ke? Dia ada 2 mata ke? Wahahahaha....Bagi Designer, Illustrator dan photographer mesti tahu pasal WACOM. 

Apa itu WACOM? Ok, WACOM ialah peranti/alat interaktif untuk sesutau reka bentuk dan melukis ataupun sesuatu alat yang digunakan untuk mengubah sesuatu gambar(editing) oleh pereka bentuk(designer), Illustartor/pelukis dan photographer. Kebiasaannya, tetikus(mouse) dan papan kekunci (keyboard) digunakan sebagai alat interaktif. Akan tetapi, masa pengunaan tetikus dan papan kekunci agak panjang jika kemahiran belum mencapai tahap yang baik.

Jadi, WACOM adalah peranti yang sangat sesuai untuk melakukan sesuatu kerja mengubah(editing) atau menghasilkan grafik/illustrator. Melukis pun ya, mewarna pun ya. Tak perlulah kita melukis dekat kertas lain, kemudian scan dan simpan dalam komputer. Kemudian barulah kita melukis balik dalam komputer. Bukan banyak kerja ke gitu? Tau tak apa.

Inilah WACOM. Satu papan(tablet) ala-ala macam lukisan dan sebatang pen(pen tablet) ala-ala macam pensil gitu.

Tablet tu akan bersambung dengan pc supaya perkara yang kita nak lukis tu nampak dan terus simpan(save) dalam komputer.

Ada juga tablet yang terus lukis di atas tablet. Kita boleh lakar gambar dan karakter yang kita inginkan.

Ini pelukis komik ni. Emmm....bilalah saya ada tablet macam ni. Ini harga WACOM pun baik punya.

AWESOME tak!!!!!!!AWESOME kan????? Mestilah awesome punya.

Emmm.....hari tu, Erna adalah usha-usha WACOM ni. Semuanya mengoda jiwa I ok. Tolonglah encik WACOM, tolong jangan goda I ok. I tergoda. Akan tetapi!!!!! Bila tengok harga, ok Erna terus kata buat masa ni tak perlulah guna WACOM walaupun ada je kerja design-design ni. Kumpul duit, target yang mana satu. Kemudian, kita tibai satu WACOM yek.

Setakat ni je kot pengenalan tentang WACOM. Jumpa yang akan datang.


p/s: Gambar-gambar tu semua datangnya daripada google sebab kita tak ada WACOM. Jadi, carilah gambar tu dalam hati en. Google. 





Share:

2 comments

  1. wow... syoknye melukis dengan tablet ni... akak pun teringn la satu tablet cam tu... haha

    ReplyDelete
  2. Ade ke market malaysia?ni yg rase nk mintak sebijik kat boss ni.. hihi

    ReplyDelete

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^