Bekalan Untuk Diri Dan Semua
Bismillahirrahmannirrahim.
Assalamualaikum semua. Dengan ini, saya maklumkan bahawa, umur makin bertambah. Takutnya!!!!!! Why? Why? Saya belum mampu menjadi seorang mukmin sejati apabila tahun hijrah dan tahun masihi sudah menginjak kepada satu anak tangga.
Post sebelum ini iaitu "Keseluruhan 2014, Permulaan 2015", saya ada menyatakan bahawa adakah kita sudah bersiap sedia dengan kehidupan yang seterusnya. Hari kita sebenarnya semakin lama semakin pendek, semakin sengkat. Kadangkala, ego kita yang cuba menutup perkara yang sebenar. Saya akui, kadangkala ego saya membatasi segala perkara yang benar. Sebab itu, takut. :(
Walhal, sepatutnya kita takut dengan Allah. Takut dengan azab Allah. Bila kita ingat semuanya, mudah untuk kita buang sifat ego kita. Betul tak? Jadi, saya mencari sesuatu candy yang sangat hebat untuk memberi mata dan jiwa terbuka luas.
Penerangan yang sangat mudah difahami kerana ianya ditulis dalam bentuk cerpen.
"Alahai , nak tunjuk baik lah tu.'
"Cik Kiah, Ilmu Cik Kiah."
Banyak intipati yang kita boleh dapat dan kita boleh gunakan untuk muhasabah diri. Saya konfem, korang tak berganjak daripada tempat duduk korang. Lagipun, ianya lebih kepada memotivasikan diri kita. Antara intipati yang boleh saya senaraikan:
Eh, cukup-cukuplah tu yek. Kalau korang nak tahu lebih lajut baik korang pergi cari buku ini. Tak mahal pun. RM13.00 sebuah buku. Untuk ilmu, untuk benteng pertahanan jiwa dan diri kita, apasalahnya kita wardahkan diri kita dengan perkara sebegini. Malah sesuai untuk seisi keluarga.
Bukan itu sahaja, ianya satu permulaan untuk kita lebih baik kepada kehidupan yang akan datang. Muhasabah diri dan terus mencari kebaikan untuk kehidupan kita kerana Allah S.W.T. Tak susahkan. Eh! susah ke? Niat kerana Allah. InsyaAllah, semuanya akan dipermudahkan.
Selamat Tahun Bahru Masihi. Semoga kita semua berada dalam Ibrah-Nya. |
Jumpa lagi di akan datang.
0 comments