Petua - Demam Campak Untuk Kali Kedua
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum semua. Apa khabar? Korang sihat? Maaflah dua minggu tak menjengulkan diri. Sebenarnya Erna kene chicken pop. Dua minggu Erna amik cuti. Dua minggu jugak Erna bersenang-lenang di kampung. Wahahaha.... Makan sedap tu!....Waaa!!!! Sedap-sedap pun, best-best pun, makan kene pantang lorr. ✌ ✌
Sebenarnya, Erna kene chicken pop untuk kali keduanya. Bravo!!! Bravo!!!! Hebat sangat ko ni, Erna. Sudahlah ko kene masa awal tahun baru 2015. Ini baru rare sebab sambut tahun baru 2015 bersama chicken pop. Nak buat macam mana. Immunity kurang sikitlah Cik Kiah. Itu yang Puan Sri Chicken pop datang menjenggah tu. Dia nak bagi immunity. ✌ ✌
Pada mulanya, Erna agak ragu-ragu sama ada bintik-bintik tu chicken pop atau sekadar ruam sebab Erna tak rasa nak demam dan tak ada rasa gatal-gatal di badan. Bintik-bintik keluar pun hanya 3 hingga 4 biji je. Awal-awal tu, ada 3 biji di badan. Siap erna boleh terceku(orang siam kata pecahkan...lempang kang ) bintik tu sampai keluar air. Keesokkanya, Erna tengok bintik tu menjadi pelik sesangat. Pastu, tambah 4 hingga 5 biji lagi. Siap telefon emak bagi tahu.
Mulanya, tak mahu bagi tahu emak sebab nanti dia susah hati. Tapi terbagi tahu, nak buat macam mana. Mak mula sangsi(ececeh, macam drama pulak). Mak siap cakap macam terkene chicken pop je. Padal mak kata, Erna dah kene masa baby lagi. Masa I dalam hari lagi tau. Sadis sungguh bunyinya. (;一_一)
Esoknya, saya pergi Negeri Sembilan dengan En. Tunang saya untuk menghadiri majlis perkahwinan seorang sahabat saya, one of my member M205, UTHM (nanti Erna akan cerita yek). Malam tu, lepas pulang dari Negeri Sembilan, terus pergi klinik. Sahlah bahawa Erna terkene chicken pop. Macam tulah kisahnya.
But, the main point is about one of medicine that I take it. Ubat yang Erna guna. Superb babe! Bukan nak kata ajaiblah dan bukan nak cakap ubat modern tak bagus. 4 hari pertama di Kampung, Erna telan ubat demam, ubat gatal dan ubat anti-virus untuk chicken pop. Lepas demam dah kebah dan bintik-bintik dah keluar semua, saya terus menggunakan mandian daun dan bedak sejuk yang emak Erna buat. Banyak bagus lor. ✌ ✌
Petua Demam campak yang Erna guna (kalau korang ada petua lain bolehlah kongsi disini yek. Ini petua yang Erna guna je) :
1. Air kelapa. Air kelapa ni mesti asli. Tiada tambahan gula yek. Fungsi dia untuk keluarkan semua bintik-bintik kat badan yek. Tapi minum tu berpada-padalah. Bukan sehari 5 biji tau. Cukuplah sekadar segelas.
2. Daun semambu/ mambu atau nama sainstifiknya ialah Melia Indica. Tapi, mak , nenek dan yang lain panggil daun mempelai. Patutlah search dekat Google tak jumpe. Aduhai! semua cari Google, apa nak jadi. Toink!! Toink!!! (づ ̄ ³ ̄)づ
Kegunaan pertama : Kita buat mandi. Rebus daun semambu. Lepas tu, mandi dengan air rebusan daun semambu. Kita guna dalam 5 hari. Ikut korang lah. Kalau daun banyak..Mandai untuk 20 hari pun tak apa. |
3. Berpantanglah yek makan tu. Telur , kacang, ayam, ikan bermisai seperti keli, tioman; dan banyak lagi. Google je...(Haha..dunia, dunia.) Haaaaa!!! Kicap pun jangan cuba-cuba nak telan yek. Nanti bekas chicken pop jadi hitam. Korang nak? Mesti tak nak kan. Lagi satu, masa awal-awal kene tu, jangan pergi gatal mandi hujan yek cik adik manis. Nanti jadi lekuk. Kan dah tak cantik.
Kalau sesiapa ada petua yang lain, bolehlah share yek. Seminggu dah Erna masuk kerja. Dua minggu cuti memberi kesan yang mendalam terhadap diri bos. Sorry ye bos. Masuk je kerja, semua orang cari, bukan bos je tau!. Maaflah ye korang, tak boleh nak buat apa-apa. Nanti korang berjangkit pulak. ◕‿↼
Oklah sampai sini je perkongsian kita. Jumpa lagi.
Assalamualaikum. :)
0 comments