Sticker and logo Kruncheese, Smile To Rich

Bismillahirrahmannirrahim. Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah, baru-baru ini kawan saya, Aziah yang juga merupakan pengasas Smile To Rich [Klik Sini] , menempah design sticker untuk produk mereka iaitu Krunchese. Sedap kot. Orang katalah. Saya nak tempah biskut tu, tapi kawan kita kata takut hancur. So, dia akan datang Johor bawa biskut Krunchese ni khas untuk saya. Wah!!!!! Saya suka. Hahaha...

Review Logo Krunchese dan STR (Smile To Rich) :
  • STR Logo: Merupakan logo perniagaan. Penggunaan warna Merah dan Hitam. 
  • Krunchese Logo: Merupakan logo produk (biskut). Penggunaan Oren dan Coklat bagi melambangkan biskut yang kelihatan oren keemasan. Wahaha....ayat bombastik gitu. Eh!! memang betul pun warna biskut tu seakan oren keemasan.

Logo Produk

Logo syarikat/perniagaan


Review Sticker Produk Krunchese :
  • Nama Produk : Krunchese
  • Nama Syarikat : Smile To Rich, dibawah no berdaftar IP0406532-A yang beralamat di Batu 13, Jalan Segari, 34900 Pantai Remis, Perak.
  • Warna Latar Belakang: Putih sebab nampak lebih segar dan tulisan lebih jelas.
  • Tema :  Nampak seakan profesional dan terapkan sedikit elegent pada produk.
  • Saiz buku : 6cm x 6cm (60mm x 60mm).
  • Item dan Isi Kandungan : Gambar yang diberi oleh pihak STR, Nama produk, Nama syarikat, no phone dan laman perniagaan (Facebook).

Sticker produk yang kawan saya nak lekat dekat bekas produk dia.

Nampak tak. Meriah you. Pada fahaman saya, ini tempahan daripada customer dia untuk raya kot. Kan Aziah? - Gambar ni, Aziah yang bagi selepas kita minta. Hahahaha

Jadi, bagi yang belah utara tu, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan biskut Krunchese. Saya jamin ianya sangat sedap. Buatan bumiputera 100%. Lagipun, Smile To Rich sudah didaftarkan di bawah SSM. So, tiada sebarang penipuan. Haa! nak dihidangkan ketika Hari Raya pun apa salahnya. Ada seminggu lagi. Hahaha...promote habis ni.

Korang boleh hubungi pihak Smile To Rich  di:

No. Telefon : 014-9435769 / 0134637520
Facebook : Smile To Rich [Klik Sini]

Thank you so much ye AZIAH because you always trust on my design

Jika korang berminat, Korang boleh email ke nurernahazwani@gmail.com atau pm ke facebook saya di [Klik Sini].   :) Memandangkan , hasil rekaan masih lagi dalam seciput je tapi korang boleh pergi ke laman ERFAY' ART WORLD [Klik Sini]. InsyaAllah, saya akan hasilkan sebaik mungkin...ececeh....hihihi. 

Jumpa di hasil yang seterusnya. :)





 


Share:

3 comments

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^