Desaru Damai Beach Resort, Desaru, Johor

Bismillahirrahmannirrahim. Assalamualaikum semua....

Kali ini saya nak bawak awak-awak semua menjelajah ke Desaru, Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor. Tempat saya membesar tu. Kali ini saya ingin mencadangkan satu resort yang ok bagi saya, tempatnya menarik walaupun bukan hotel/resort 5 bintang. Lagi-lagi depan pantai kan. Nama resort tu Desaru Damai Beach Resort. Sesuai untuk melakukan hari keluarga kat sini. Perkhidmatan pun disediakan. Dan yang penting, mudah berunding.

Sebenarnya, saya tak pernah jejak ke Desaru Damai ni walaupun dari rumah ke Desaru Damai hanya mengambil masa 15 mnit je. Rumah kat kampung yek bukan kat Skudai. Inilah kali pertama saya jejakkan kaki ke sini. Sebab? Oooo, sebab saya merupakan salah seorang ajk program hari keluarga oleh sebuah kelab kereta 'FL Owner Club Southern Johor'. Sebab itu, saya dapat jejak kaki ke sini. nanti saya akan ceritakan serba sedikit tentang hari keluarga tersebut walaupun hanya setengah hari sahaja saya dengan mereka. Saya juga akan ceritakan tentang tugasan saya dalam program tersebut. Post yang akan datang okai.

Saya tak pasti tentang harga penginapan sebab yang handel tentang badjet hotel semua-semua ni adalah dibawah Kak Amni dan Kak Yana. Siapa mereka berdua ni? Mereka berdua juga merupakan ajk untuk program Hari Keluarga ni. Ramai lagi termasuk Kak Alya. Saya akan cerita lebih lanjut untuk post akan datang yek.

Semua bilik menghadap laut. Wah! sungguh!! Sangat tenang bila berhadapan dengan laut. Laut yang mendamaikan, ombak yang menghempas pantai yang beralun-alun. Diselang-seli ombak kecil dan ombak besar memberi satu irama yang cukup mendamaikan. Jika dapat bilik di level atas, memang best sebab boleh nampak keseluruhan laut yang membiru.

Dari pengamatan saya untuk keseluruhan yang tidak bermalam di situ, tempatnya sangat sesuai untuk mereka yang ingin adakan program, macam saya katakan tadi. Kemudahan pun banyak yang disediakan. Daripada budget juga, amat berpuas hati. Nanti saya tanya kak Amni @ Kak TL yek. Tak pun boleh layari laman web http://www.desarudamai.com.my untuk mengetahui lebih lanjut. Untuk info korang je.

Sebelum masuk ke dalam resort, pastikan korang nampak penanda ni. Desaru ade 3 Resort yang sebaris. Pertama, Lotus Resort. Kedua, Pulai Beach Resort dan yang terakhir baru Desaru Damai Beach Resort.

Pintu masuk utama Desaru Damai Beach Resort.

Ada value sentimentel di situ!!!

Pool game dan korem game.

Kalau siapa-siapa yang nak melalak dengan ahli keluarga atau kawan-kawan, apa kata melalak kat sini.Karaoke ada ma!!


Pemandangan daripada tempat menunggu. Nampak tak laut membiru.Wahhhh!!!!


Mereka juga sediakan padang bola tampar pantai.

Bendera ku gah terpacak.

Mereka juga menyediakan padang kecil. Sesuai nak buat sukaneka ke apa ke.

Sea side view room. Semua bilik menghadap laut.


Sesat? Cari penunjuk ni.

Mana swimming pool tu? Haaa! tu dia.

Mana gambar bilik? Memandangkan  saya tak masuk bilik, tak adalah gambar bilik. Tunggu honeymoon. Wahaha...Tak nak kat sini. Nak pergi CM. CM tu apa? jeng...jeng.....Rahsiah. Tapi dia orang cakap, bilik pun not bad. Lagi best jika dapat bilik level atas. Nampak semua laut.


Oh! Damainya laut. Bunyi ombak menenangkan jiwa. Kan???

Ha! Sesiapa nak buat program boleh pergi sini. Not bad. Sesuai untuk Keluarga dan kawan-kawan. Tempatnya dimana? Ops! ok, salin alamat ni:


Desaru Damai Beach Resort
Bandar Penawar, 81930 Kota Tinggi,
Johor Darul Takzim, Malaysia
Tel: +607-822 4600/5600    Fax: +607-822 3600
Email: desarudamai@hotmail.com

Siap bagi no telefon lagi. Hahaha....belas ehsan daripada en.google. Kemalasan nak tanya kak TL. Toink!!!!! InsyaAllah, berpuas hati. Oklah, sampai sini je. Jumpa lagi jalan-jalan di Johor.

** Kali ini betul-betul menggunakan camera 360 dalam Samsung Grand (GT-I9082). Saya yang amik tau. Terang pula gambar.


Share:

11 comments

  1. Salam kenal Erna....
    Okje pernah sampai Desaru ni beberapa tahun lepas. Rasanya resort nilah yg okje singgah dan nak menginap kat sini sebab harganya murah dibandingkan yg lain. Tapi bila tengok keadaan pantai dan resort yg kurang best macam tak terjaga terus cancel balik pergi PD pulak....huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sis, sekarang ni pantai dia bersih. Mungkin disebabkan dulu pengurusan dia teruk kot.

      Delete
  2. salam kenal jgk sis...
    cantik nya desaru ni... teringin nak kesana nti... blm pernah sampai lagi...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, nanti sampai jugak....Ini slh satu resort yg sy pergi.

      Delete
  3. hehee, walaupun belajar dekat Bandar Penawar tapi jarang sekali pergi desaru, hehehe =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laaaa.....belajar kat mana? Instead ke kolej komuniti?

      Delete
  4. Bilik brbau..aircond rosak..tv x blh..katanye smua bilik pn tv rosak..bila kita dh complain dia bg bilik sblh blh plak tv on? Adoi...first n last la dtg cni..

    ReplyDelete
  5. cantik gambar tu.. tgh usha resort mana nk book utk mak sy nnt..

    ReplyDelete

DESCLIMER

Haaa! lupa nak habak, segala penulisan Erna tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jika ada yang baik, boleh dikongsi dengan orang sekeliling. Jika ada kesilapan daripada Erna, sila bagi tahu dengan cara baik yek.Saya menerimanya. Bukan dengan kasar yek. Kitakan manusia, suka benda yang lembut-lembut. Begitulah dengan erna. Selamat membaca semua!!! ^_^