Assalamualaikum w.b.t
Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua pembaca. Raya lagi kita ya. Tapi Raya yang ini adalah raya yang paling istimewa. Banyak ibadah yang dituntut untuk kita semua. Boleh kumpul pahala dengan banyak. Tak nak pahala ke? Rugi tau.
Penuh bermakna raya kali ini. Nak kata juadah di pagi raya masyuk, memang agak payah lah. lebih meriah ketika hari raya puasa. Tetapi rezeki raya qurban makin bertambah. Ya Allah, hikmah qurban terlalu banyak. Nak qurban apa?
"Berqurban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati yang mulia"
Amboi!bernyanyi pulak. Ya, kita boleh qurban apa sahaja. Harta, tanah, malah nyawa sekali pun. Tetapi disebalik qurban pada hari raya aidiladha adalah pengorbanan yang kita jalankan terhadap beberapa haiwan ternakan yang bakal menjadi tungangan di akhirat. Bukan suka-suka je tau.
Malah kita berqurban terhadap harta kita dengan menginfakkan harta untuk mereka yang berada dalam kesusahan. Contohnya, membeli seekor lembu untuk dilakukan sebagai ibadah qurban. Kemudian, memberi daging lembu kepada fakir miskin. Tetapi, bukan pakai bagi je ye. Ada syarat-syaratnya.
InsyaAllah,
Niat saya adalah untuk melakukan ibadah qurban untuk keluarga saya. Mudah-mudahan Allah memakbulkan doa saya.
Amin....
Bagaimana dengan mereka yang pergi melakukan ibadah haji? Itu juga salah satu pengorbanan. Mereka melakukan ibadah haji untuk menjadi tetamu Allah. Mereka meninggalkan keluarga mereka dan harta mereka. SubahanaAllah...sungguh indah apabila kita menapak ke bumi Mekah. Pernah pergi ke? Oh, tidak. Cukup sekadar mendengar pengalaman atuk ke, nenek ke dan beberapa orang kawan yang sudah menjejakkan kaki mereka. Sungguh, saya rasa terpangil untuk menjejakkan kaki ke bumi Mekah malah melakukan ibadah Haji.
MasyaAllah....
Indahnya Islam tidak terkira. Banyak sangat pahala yang kita boleh cari dan perolehi di hari raya Aidiladha. Dengan hati ikhlas, InsyaAllah mudah-mudahan kita mendapat barakah dan hikmah daripada-Nya.
Assalamualaikum w.b.t.........
Dalam kehidupan kita ini, tiada yang sempurna. Kita juga bukan diciptakan sempurna. Apapun kita adalah istimewa. Istimewa yang Allah ciptakan memang tiadalah sia-sia. Kesempurnaan terletak pada Allah. Makanya, tidak perlulah riak semacam dengan apa yang kita ada.
Kita jalani hidup perlulah bersederhana. Sederhana dalam segala aktiviti asalkan tidak melampaui batas. Cukup bahagia jika kita mengikuti segala suruhan-Nya, dan jauhi larangan-Nya. Sama juga perkerjaan. Tidak kiralah apa yang kita pilih, asalkan ia halal, tiada masalah.
Ya Allah, segaknya ayah saya.
Segak? Yelah segak. Ayah saya tidak berkot hitam, berkemeja kemas, bertai sutera, berkasut berjenama. Ayah saya bukanlah seorang doktor berkot putih, bukan seorang guru
membawa sebatang rotan dan bukan seorang polis membawa sebilah senapang.
Senapang? ups!!!silap pistol....Hanya berboot coklat dan hanya membawa shovel operator. Mesin besar tu!!!!!
"Wah, hebat lah ayah bawa mesin besar tu."
Kita hanya nampak perkejaan itu hanya biasa-biasa sahaja. Gaji pun ikut masa. Sejam berapa ringgit.. Buat OT dapatlah duit lebih. Tetapi, apabila kita fikir balik siapa yang mengerakkan semua kerja jika bukan orang bawahan. Merekalah yang sepatutnya kita bangga. Kerana mereka, kerja menjadi mudah.
Alhamdulillah,
My father is the best in the world. Bukan kerana dia mendapat anugerah daripada negara. Tetapi kegigihan beliau menyara keluarga kami cukup hebat. The best thing is not everyone can do what he can do. Walaupun, gaji besar melambung tinggi, belum tentu orang itu dapat melakukan mesin besar yang ayah saya bawa masa kini.
"Jangan riak."
Saya tidak riak, tetapi saya bangga dengan ayah saya. Siapa tidak bangga dengan ayah kita. Kawan-kawan mesti banggakan.
"Tapi kerja ayah aku hanya seorang pengutip sampah."
Jangan sesekali kita menghina pekerjaan ayah kita. Walhal, itulah punca rezeki dia untuk menyara keluarga. Janji ianya halal. Tidak menyalahi hukum Islamkan. Allah menjanjikan sesuatu pekerjaan untuk hamba-Nya yang sentiasa mendampingi-Nya. Janji Allah itu manis. Lebih manis daripada gula. Makanya, setiap pekerjaan itu pasti ada hadiahnya. Sedikit atau banyak bukan menjadi masalah. Masalahnya ialah diri kita untuk menerima atau pun tidak.
Rasulullah SAW bersabda:
“Bahawa seseorang yang mengambil seberkas kayu api
dan diletak atas belakangnya untuk dijual, Allah melindungi maruahnya.
Itu lebih baik baginya daripada meminta-minta kepada orang lain sama ada
mereka memberinya atau tidak.”
Inilah mesin besar tu!!!!!!bergaya tak??
p/s: Saya akan terima awak seadanya.Saya tidak memilih apa pekerjaan awak. Yang penting awak menyukainya. Macam ayah saya, dia suka bawa mesin besar ini. Jadi tiada masalah.
Assalamualaiku w.b.t...
Kehidupan sekarang tidak semestinya baik seperti dahulu. Walaupun tidur berbumbungkan atap nipah, berdindingkan kanvas, makan hanya ubi kayu, tetapi ia mungkin tidak sehebat kehidupan sekarang yang pada hakikatnya ianya sungguh berliku-liku. Perkara yang kita mungkin lupa akan kembali ke ingatan kita suatu hari nanti. Esok, lusa entahkan waktunya , kita tidak tahu, tetapi Allah yang lebih menyayangi kita pasti ingin membantu kita dengan mengingati kehidupan yang dahulu.
Ya, kehidupan yang dahulu apabila dikenang pasti menjadi suatu yang mencuit hati. Itu menunjukkan kehidupan itu adalah begitu bermakna. Kehidupan yang menampakkan kematangan seseorang atau kejatuhan seseorang. Bukan ingin membanding-bandingkan. Adakalanya, kita lupa dengan kehidupan dulu yang menjadi cermin kehidupan sekarang.
Assalamalaikum w.b.t.....
Setiap orang mempunyai impian dan angan-angan(termasuk saya). Tetapi tidak bermakna impian dan angan-angan itu adalah masa hadapan kita. Masa hadapan kita bukanlah yang kita tentukan dengan sekelip mata. Lainlah Doraemon, gne pintu je dah boleh melangkah masa hadapan, masa belakang pun boleh. Isy2......Fahamilah kawan-kawan, itu semua hanya mainan dunia sahaja.
“Aku yakin sesangat masa depan aku lebih cerah apabila ambil course engineering ni.”
Cik adik sayang oi! cik abang comel oi! Kita ada telepati ke yang boleh ramal perkara yang kita cakapkan itu adalah masa depan kita. Tidakkan. Jangan melakukan perkara syirik yek kawan-kawan seperti.........pergi telek nasib ke........ pergi jumpa nujum pak benam ke......nujum pak benam? yelah, cakap entah pape, semua terbenam....... bomoh tengkorak ke...tengkorak? yelah, cuba tengok cerita kat tivi, semua bomoh ada tengkorak. Tu Syirik namanya. Itu semua hanya mainan Syaitan yang cuba untuk menyesatkan manusia je yek.
Assalamualaikum...
Bagaimana saya mulakan ye. Banyak kali saya ingin mulakan dengan mukadimah yang sesuai untuk posting ini. Tetapi hilang entah ke mana. Begitu jugalah kita, sering lalai dan lupa pada tanggungjawab kita, sampaikan hilang entah ke mana. Tidak susah untuk mulakan mukadimah. Cukup sekadar memberi salam dan bertanya khabar. Mudah bukan. Tetapi perkara itu jugalah susah untuk dilakukan.
Kerdil sangat diri ini bila melihat nenek ku yang sudah dimamah usia masih lagi gah meneruskan kerja-kerja rumah walaupun seorang diri. Tanpa ditemani anak-anak yang sudah berkeluarga, tetapi cekal menjalankan rutin harian. Siapa yang dimaksudkan? Tok yah saya. Tok yah? Tok yah adalah nenek sebelah ayah saya. Kami tidak panggil nenek tetapi panggil tok yah. Mudah juga saya, adik-adik saya dan sepupu sepapat saya membezakan panggilan nenek .
Tok yah tetap kuat walaupun sudah dimamah usia, penyakit pun sudah menjadi nadi dalam diri tok yah tetapi tetap bersemangat melakukan kerja.
"Tok ni degil wa. Kalau tok tak degil semangat tok tak kuat. Tak dapatlah tok buat kerja rumah."
Memang saya akui, tok yah saya sangat degil orangnya. Puas ayah saya, mak saya, pakcik-pakcik dan makcik-makcik saya nasihat supaya berhenti buat kerja rumah. Nanti makan diri. Tidak ada maknanya. Nasihat tetap tidak jalan. Malah makin buat kerja adalah. Sampaikan pak ngah, adik ayah merajuk selama seminggu. Tetap tidak jalan.
Saya faham perasaan anak-anak yang tidak mahu emaknya sakit. Sebab saya pun seorang anak. Saya sendiri tidak mahu emak saya sakit. Saya masih ingat lagi, bagaimana takutnya saya bila semput emak saya datang mengejut.
Alhamdulillah.
Sekarang kembali pulih sedia kala. Inikan pula tok yah yang sudah dimamah usia. Tetapi, si ibu pula tidak mahu menyusahkan anak-anaknya.
"Jika tok rasa mampu kemas, tok kemas tapi buat mana yang patut je ye. Jika perlukan pertolongan, cucu-cucu tok kan ramai. Telefon je kami."
Apa lagi yang mampu saya katakan. Cukup sekadar peringatan dari segi pertolongan sahaja. Tetapi saya fikir, kemana kudratnya orang muda zaman sekarang. Kerja sedikit, sudah mengeluh. Sakit sedikit, sudah jadi malas. Malah dijadikan alasan untuk mengelak daripada melakukan pekerjaan. Malunyakan. Betul, betul, betul...
Sebab itu, apabila si lembut anai-anai menyerang rumah, saya membuka seribu langkah untuk membantu ibubapa saya mengemas rumah. Berkepul-kepul sarang anai-anai. Geli ke? Geli lah. Tak payah nak geli-geli. Sepatutnya malu dengan anai-anai tu. Almari tu punyalah besar, boleh rosak teruk dek anai-anai yang comel lote tu. Comel ? Awak jangan risau, badan saya tetap teguh ketika membantu mengemas bilik tu yek. Senyum....:-)
Alhamdulillah.
Kehadiran anai-anai membuka mata saya bahawa, sedikit kejahatan boleh mendatangkan kemudaratan, sedikit pertolongan boleh meringankan beban dan sedikit mujahadah boleh melembutkan kekerasan. Memanglah menyusahkan anai-anai ni, tetapi kehadiran mereka menjadikan saya untuk tidak hanya duduk diam di rumah akibat demam biasa malah menjadikan saya bersemangat untuk menolong ibu bapa saya. Cekal untuk terus menjadi anak yang solehah.
InsyaAllah.
Selepas kemas, suara saya hilang! Banyaklah suara hilang. Ada je, cumanya suara saya sudah jadi macam Ella. Ratu rock Malaysia tu. Tetapi tidak adalah sampai nak buat konsert pulak. Dalam rumah bolehla. Bila sakit ni timbul balik, mulalah terngidam nak makan ini, nak makan itu. Erk...bukan orang sakit tidak ada selera nak makan ke? Itu orang lain, saya lain. Selera makan sangat kuat.
Kawal nafsu tu. Masa nilah kawal nafsu. Didik nafsu makan tu dengan sehabis baik.
"Mak, jadi tak buat kek coklat?"
Kek coklat! Terliur sudah. Ya Allah, mengapakah nafsu tidak terdidik lagi? Silap kita dimana? Di hati kita? atau diminda kita? Bukan tidak boleh makan, makan jelah tetapi berpada-pada. Alhamdulillah, ikut sunah. erkkk...selama ini ada ke? Kantoi sudah. Peringatan untuk semua dan diri sendiri. Tetapi keperihatinan doktor saya di rumah, saya kian pulih. Makan jelah apa yang ingin dimakan tetapi sering diingatkan oleh doktor saya lebihkan sayur dan protein untuk kekuatan tubuh badan dan beri tenaga balik kepada badan. Syukur, Allah kurniaankan doktor yang mujarab kepada saya. Doktor mana? Emak saya lah. Mampukah saya jadi macam emak saya ye?
InsyaAllah....
Kek merekah selepas diangkat, tapi sedap....terima kasih mak
lepas ni, saya pula mencubanya...